Friday, January 24, 2014

Cara buat pizza macam Domino dan Pizza Hut


Nak resepi pizza yang senang tapi rasa macam dekat Piza Hut atau Domino?
Terliur tengok iklan-iklan pizza dekat tv?  macam sedap je.. macam menarik je..
Jangan risau..
Walaupun aku bukan pemenang master chef, tapi dengan resepi ni tangan yang jarang pegang periuk kuali pun boleh menjadi pizzanya.
Waa..waahhhh...

Jom mulakan kelas masakan kita.


PIZZA 

Bahan-bahan (untuk loyang bersaiz 11" ):

• ** Untuk doh pizza **
• 200g / 2 cawan tepung gandum
• 20g / 2 st yis segera
• 3g / 1/2 st garam
• 5g / 1 st gula
• 10g / 2sb minyak sayuran atau minyak zaitun
• 1/2 cwn air suam untuk menguli

• ** Untuk sos pizza **
• 1 labu bawang besar - cincang halus
• 2 ulas bawang putih - cincang halus
• 2 biji tomato - cincang halus
• 2 sb minyak masak
• 3 sb tomato puri
• 2 sb sos tomato
• 3/4 st gula
• 1 st oregano
• garam & gula

• ** Untuk Topping **
• Udang, sosej, daging ayam, daging lembu, tuna/sardin (ikut kesukaan dan citarasa masing-masing)
• Lada benggala hijau atau merah, tomato
• Cendawan butang, bawang besar, nenas (optional)
• Keju untuk pizza

Ukeh.. dah dapat semua bahan tadi? Kalau dah boleh mula pakai apron dan basuh tangan untuk proses pembuatannya. 

Cara-cara:

** Untuk sos pizza **
1. Tumis bawang hingga naik bau. Masuk bahan2 yang lain (**bahan untuk sos** tadi). Masak sampai agak pekat. Tutup api & sejukkan sebentar.


** Untuk doh pizza **
1. Campur tepung gandum,yis,garam,gula dan minyak dalam mangkuk besar. Gaul rata. Masuk air suam sikit2 dan uli hingga jadi doh lembut & tidak lekat di tangan.

2. Sukatan air bergantung pada tepung gandum yang digunakan, agak2 supaya doh tidak melekat di tangan. Masuk doh dalam bekas besar yang telah disapu sedikit minyak.Tutup bekas dgn plastik cling. (if tak ada plastik cling tutup je dengan apa-apa yang boleh biarkan doh itu rehat)

3. Letakkan mangkuk dalam tempat yang panas selama 60minit supaya doh naik sekali ganda.

4. Minyakkan acuan pizza atau loyang yang nak digunakan. Canai doh menjadi bulat setebal 2cm. Masuk doh dalam loyang hingga menutupi loyang. Biarkan sebentar 10minit supaya kembang sedikit.

5. Cucuk adunan dengan garpu supaya tak gelembung semasa membakarnya. Kemudian bolehlah disapu permukaannya dengan sos pizza yang telah anda masak tadi.

6. Parut dan tabur 1/3 keju yang telah anda beli. Selepas itu taburkan pula sayur,daging atau ayam serta bahan2 lain mengikut selera sendiri. Akhir sekali taburkan baki keju tadi.

7. Bakar selama 25-30minit pada suhu 200 degree.



SIAP!!
Dah masak boleh lah hidangkan bersama ginger bread and mushroom sup. Yummy.. Selamat mencuba. :)




14 comments:

ash' said...

ponn ponn~
salam.. nanti balik boleh la suruh aok buatkan.. ngehee

encik kuri said...

rasanye dia pandai buat pizza guna roti gardenia je kot nnti..hihihhihi jgn maran

Belajar Seo dan Blog said...

wah kayanya enak nih..., mau buat aha dengan cara resep diatas makasih ya share info pizzanya...

Anonymous said...

mohon share resepi..

Anonymous said...

mohon share resepi untuk sy gunakan..terima kasih..

Anonymous said...

Mohon share yer...tq

Anonymous said...

Wow hebat nya

Anonymous said...

Memang mnjadi ke klu buat?? Klu x mcm mne??

Anonymous said...

Meleleh habis

Noraini Zahiri said...

Mohon copy
Tq

mamaleensihat SID said...

Boleh cuba resepi nie. Tq sharing resepi pizza. :)

Anonymous said...

erm nak tanya..doh kena bakar dulu ke sebelummletak sos?

Ideal Kitchen said...

Nak cuba la huhu

Anonymous said...

ada x gambar selepas masak? nk compare yg sy try resepi u.. sm x hasilnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...