Aku ada sepasang mata yang boleh melihat dunia..
Aku ada sepasang telinga yang dapat mendengar riuh rendah dan bisikan suara...
Aku ada satu hidung yang dapat menghidu bau-bauan yang pelbagai aroma..
Aku ada satu mulut yang mampu berkata-kata, mahupun hanya sengukir senyum..
Walaupun kulitku hitam…
Atau walaupun kulitmu putih…
Walaupun wajahku bulat…
Atau walaupun wajahmu bujur…
Syukur, Alhamdulillah dengan pemberian yang teristimewa ini.
Setiap orang ada keistimewaan yang tersendiri..
Cantik, Hodoh, Gelap, Cerah,
Putih, Hitam, Coklat, Kuning langsat,
Kau lain…Aku lain… tak sama!
Kalau sama.. aku dan kau kembar seiras..
Kalau sama.. aku real dan kau klon..
Kalau sama.. aku orang dan kau hantu raya..
Kalau sama.. aku nama bedah dan kau nama bedah..
Kalau sama.. akan terkejut tengok diri sendiri kat depan mata sendiri di tengah-tengah kota raya
Jadi, kenapa nak jeles kepada yang cantik..
Kenapa nak mengejek kepada yang hodoh..
Kita dicipta dengan keistimewaan yang hanya diberi kepada kamu seorang dan bukan orang lain.
“Subbahanallah! indahnya ciptaan Tuhan”
Just said “Alhamdulillah, pray to Allah”
0 Comments