Monday, January 9, 2017

My concern is...

If someone asking me what kind of concern that you have?
I will reply . . .
My concern is that I have too much concern
I worry about many thing unnecessary
Too many
Sangat banyak sampaikan aku give up nak fikir

Seperti yang aku cakap tadi 
Aku banyak fikir perkara yang tak perlu untuk difikirkan
Unnessasary things
Yang kadang kala hanya menyemakkan ruang fikiran aku
Dan ianya berlangsungan tersimpan untuk waktu tempoh yang agak lama

Nak saja aku hapuskan terus
Lenyap tanpa sebarang jejak dan tinggalan
Tak kira tentang masalah ataupun kebimbangan
Tentang kemungkinan yang aku sendiri belum pasti
Mungkin semakin meningkat kedewasaan ni buat aku jadi sensitif
Jadi aku lebih peka tentang keadaan sekeliling
Yang berlaku pada aku dan pada orang sekeliling
Dimana aku banyak fikir tentang result dan kesan
Bagi setiap perkara yang aku lakukan dan akan lakukan
Kemungkinan bagi kemungkinan

Mungkin nampak dari luaran aku seperti tak ada masalah
Bebas gelak ketawa
Lompat dan berlari tak kira masa
Bercakap, membuli dan dibuli 
Tapi hakikatnya banyak yang tersimpan

Arrhhh jadi dewasa memang rumit 





Wednesday, January 4, 2017

2017 here I come

Dalam beribu rambut yang hitam
Pasti ada rambut yang putih
Dalam beribu orang yang dikenali
Pasti ada yang tidak menyukai
Bukan diminta untuk disukai atau digilai
Cukuplah sekadar memaafi diri ini

Tahun 2016 dah melabuhkan tirai
Terlalu banyak ‘moment’ yang berlaku dan berlalu
Ada yang akan dikenang sampai tempoh tahun ke tahun mendatang
Dan tak kurang ada juga yang ingin dilupa dalam sekelip mata harapnya
Lumrah kehidupan yang realiti adalah begitu
Ada pasang surut baik buruk nya
Jauh dengan apa yang di dalam fantasi atau drama
Semua nampak indah tanpa sebarang cacat dan calar luka
Kan?

Ikutkan hati
Teringin hendak aku listkan apa yang telah tercapai sepanjang tahun sudah
Perkara yang telah aku ‘tick’ as accomplished tasks and dreams
Dan perkara yang aku ‘strike-cross’ tanda belum dan tak perlu untuk dicapai
Mungkin nanti, satu hari
Mungkin~ 
Sungguh aku belum pasti!

Namun begitu
Perkara mendatang akan menghampiri
Perlahan~
Dari detiknya saat ke minit dan seterusnya
Cepat dan pantas masa tu kadang kala memang tak terperasan
Harini dah empat haribulan satu
Harini bukan lagi satu haribulan satu
Kau perasan tak?
Aku kena bangun dari lena dan rehatnya minda
Aku kena siap sedia untuk tempoh baki 361 hari lagi
365 Ideas of Happines, sang penulisnya Nurrila Iryani, yang pernah aku baca banyak mengimbau
Membantu aku merenungi dan merefleksi diri

Walau apapun yang bakal kita hadapi
Harap belum lagi terlambat untuk mengucapkan selamat datang tahun 2017 kepada semua pembaca
Yang mungkin segaja atau tak sengaja datang ke blog ini
Atau adakah hanya aku dahaja yang perasaan masih ada pembaca yang baca selama ini?





Wednesday, December 21, 2016

Aku rindu

Aku bukan seorang yang senang nak luah perasaan
Nak-nak untuk berkongsi apa-apa dengan dunia luar
Tapi harini teringin pulak menaip panjang
Luah perasaan aku yang dah lama terpendam
Macam zaman dulu
Zaman aku rajin mencoret dalam dada blog ni
Kisah suka, kisah duka
Dan ada kadang-kadang tu bukan benda penting pun
Sebaliknya…
Benda-benda kosong dan bodoh

Satu benda yang aku sedar sekarang
Betapa pentingnya kewujudan seorang kawan
Atau mungkin tepat seorang teman
Macam zaman sekolah dan uni
Stay up sampai pukul 2, 3 pagi
Dan kadang-kadang nak tido pun masih boleh sambung bersembang
Kongsi segala macam kisah
Dari sekecil-kecil sampai sebesar-besar berita
Semuanya kepoh. Bergelak-sakan
Tak pernah rasa penat dan mengantuk
Yala, kalau mengantuk dalam kuliah la jadi tempat lentok kepala

Bila fikir-fikirkan aku rindu balik saat tu
Walaupun masa tu ramai orang cakap “student life” is so bored
Dah la “No money!” “No life!” pula tu
Melimpah-ruah dengan jadual sem yang padat
Kena pula dengan assignment and quiz yang bila datang “kedebuk” sekali gus, terus kau rasa nak jadi gila
Bila masa tu datang, bergelas-gelas kopi and nescafe kau deguk
Semata-mata nak stay up, ulang kaji konun
The end milo juga kau rindu
Hahaha. Masih kanak-kanak rebina katanya

Pastu, Bila dah tak keriuan
Mula la kau cari talian hayat terakhir
Pergi ketuk pintu kawan-kawan kau yang lain
Dengan niat boleh dijadikan mentor “Tunjuk Ajarku Sifu”..
Paling tidak pun dapat soalan spot
That how it work every time bila ada quiz and test
Itu belum cerita kalau ada group assignment
Lagi panjang rasanya...

 Selama hampir empat tahun dikelilingi oleh kawan-kawan yang sama
Kawan yang bila aku nangis mereka pujuk
Bila down mereka pujuk
Bila ketawa sama-sama ketawa
Apa je yang tak sama
Dari celik mata sampailah tutup mata semula, semuanya buat sama-sama

Then, masing-masing tak sabar nak grad and start kerja
Aku pun sama. Tak sabar nak mengkah ke alam yang dikatakan “zaman bekerjaya”
Zaman bekerjaya yang aku lalui SEKARANG
DETIK INI
Nak je aku kata, my feel now is totally difference
It not fun at all

Even now you finally have “THAT”, which I ‘could said “money!”
But to find the same “KAWAN” like them is “impossible!”
Atau mungkin aku yang terlalu tutup hati aku untuk kawan dengan orang?
Tak, aku rasa aku sengan berkawan
Cuma kawan yang semacan kawan belajar, aku rasa aku dah takkan jumpa lagi dah sampai mati

Siapa cakap aku tak ada kawan masa bekerja ni
Kawan tetap kawan
Tapi macam aku cakap tadi, tetap tak sama
Lagikan lain peringkat umur, lain jawatan, lain bangsa, lain agama…
Walau baik macam mana aku dengan meraka sekali pun
Walau ramai mana pun kawan-kawan keliling aku
Aku tetap rasa aku masih seorang

Mungkin zaman dewasa ini sepatutnya aku jadi semakin matang
Yeke??
Kadang-kadang aku rasa nak salahkan diri sendiri
Kenapa aku macam ini

Memang,sepatutnya kite pegang, cukuplah kalau ada Allah untuk aku'
Itu aku mmg tak pernah lupa
Aku bukan tak ingat, aku alpa walhal Allah tak pernah lupa aku

Berapa banyak kali jatuh tersungkur, kotor penuh lumpur
Masa tu baru ingat Allah
Menangis…
Minta di beri kekuatan bangun
Minta dibersihkan hati
Minta dipermudah apa yang susah
Keran Allah memang tak pernah lupa aku

Tapi kerana aku manusia biasa
Yang memang penuh ketaksempurnaan, penuh cacat cela
Aku perlu kawan

AMmang aku tak punya kuasa putar balik masa
Aku sekadar mengenang
Bersyukur…
Aku punya kawan seperti itu dulu
Bukan bermaksud sekarag dah tak ada
Cuma mereka kini jauh...
Rindu


p/s: post yang panjang. Harap yang membaca tidak mengeluh sepertimana aku yang mengeluh ini.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...