Bukan marah tapi nak mengingat

Ingat . . .
Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur.
Ramai yang tak mampu lakukan ini.
Hanya suka menegur tetapi tak pula suka ditegur.

Ingat . . .
Apabila anda menunding jari terhadap kesilapan orang lain.
Sebenarnya tiga lagi jari anda telah menunding diri sendiri.
Sebab itu penting apabila menegur kena isyaratkan terlebih dahulu teguran itu terlebih dahulu untuk diri sendiri.

Tapi dalam diam-diam itu ada yang tersentuh dengan tingkah laku aku.
Dikatakan sombong~
Dikatakan kerek~
Dikatakan berlagak~
Dikatakan jaga tepi kain~

Ewah . . .
Senang sahaja melemparkan prejudice!
Tanpa kenal hujung pangkal cerita.
Di lemparkan terus pengakhiran dan kesudahan cerita.
Konklusi yang ditambah titik noktah tak bersebab.
Memang tak adil .

Even dalam komik ada watak tersendiri.
Takkan semua watak lelaki yang dipegang tu watak hero.
Yang gagah . . . 
Yang hensem . . .
Yang gentlemen . . .
Boleh buat semua orang cair

Dan takkan semua watak wanita yang dipengang tu watak heroin.
Yang cantik . . .  
Yang menarik . . . 
Yang tertarik kau memang debomm!
Not fair n lovely langsung.
Mungkin ada je yang perasan macam cantik jeerrr! Macam comel jerrr!
Kamon la.

Watak sampingan pun penting dalam sesebuah cerita.
Nak menghidupkan konflik dan menampal plot yang kosong.
Even dalam cerita watak kau jadi lalu lintas yang sesaat kurang masa muncul di layar.
Bagi aku ia nya penting.

Berbalik pada realiti.
Setiap individu sifat semula jadinya memang unik dan tersendiri.
So payah la kalau semua nak kena perfect tanpa salah.
Tanpa cacat cela buruknya tindakan.
Dan sebagai seorang individu yang lain.
Aku yang memainkan watak sampingan ini perlu menegur jika ada salah laku itu.
Kau buat salah.
Aku tegur.
Kau buat baik.
Aku puji.
Mudah kan!? 








Post a Comment

0 Comments