Sunday, January 14, 2018

Sedarlah



Bila kau rasa tak diperlukan
Lebih baik menjauh
Pergi tanpa perlu diusir dan disuruh
Kehadiran yang muncul hanya dipandang sinis
Kehadiran yang bakal memudarkan senyum diwajah mereka
Kehadiran yang mencetus segala persoalan dan pertanyaan
Kehadiran kau wahai diri
Jadi sedarlah

Terasa kelam dan gelap
Bila mereka ketawa dan berkata di dalam hati tentang kau
Buat suasana menjadi riuh dari dalam
Mungkin tidak terluah dari kata-kata
Tapi jeling mata dan suara dari minda mereka dapat aku rasakan
Aku rasa itu
Sebab aku sedar

Bila mana aku lihat mata mereka
Bila mana aku dengar isi hati mereka
Aku rasa perit
Aku rasa kering
Aku rasa disisih
Perlu apa aku patut lakukan?

Sedarlah
Sedarlah
Sedarlah
Sedarlah wahai diri
Perlu apa aku patut lakukan!

Kalau mereka rasa aku tidak perlu ada
Bagi aku jalan untuk pergi jauh
Bagi aku ruang untuk sendiri bangun
Bagi aku kesempatan untuk bernafas tenang

Biar tidak lagi menyusahkan
Biar tidak lagi membebankan
Biar istilah risau itu tidak perlu lagi ada dalam kamus hidup mereka
Bila berkait tentang aku
Sebab aku sedar siapa lah aku sekarang~




1 comment:

Flavnesz said...

Bila ada mata yang tak menyenangi, abaikan mata-mata itu dan buat hal sendiri.. Mungkin itu yang terbaik.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...