Monday, January 8, 2018

No clue





Susah kalau minda hanya sekadar minda
Tanpa dikurniakan dan diberi ispirasi oleh sang pencipta
Kosong tanpa makna
Kosong tanpa cerita
Sunyi~

Entahlah banyak sangat yang tidak terkeluar dari lubuk akal
Walaupun ianya ada
Tetapi tetap bersembunyi
Menyembunyikan diri dari diketahui oleh alam kehidupan luar
Terlalu asing barangkali
Atau mungkin jua kerana sudah tidak mempercayai apa yang dilihat
Dan mungkin jua apa yang dirasai sudah tiada rasa
Tawar tanpa sebarang perasa yang meledakkan keinginan penambah selera

Bila perkara yang ingin ketawa bertukar tangis
Semuanya menjadi gelap
Tak punya makna
Berat untuk dipikul tetapi masih perlu kehadapan
Menanggung beban tanpa tahu apa nasib yang akan terjadi pada bahu yang merana
Beban yang diatas bahu yang sudah lebam dan berdarah
Perlukah untuk aku terus berjalan membawa beban ini?
Atau perlu apakah aku untuk tidak berhenti?
Tolong berikan aku jawapan


Sunyi~
Kosong tanpa jawapan
Kosong tanpa petunjuk
Tanpa sesiapa yang disekeliling yang menemani
Sekadar perbualan sesame minda yang kau punya sendiri




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...