Wednesday, January 10, 2018

Cara Mudah Menyemak dan Membayar Saman DBKL

Tiap-tiap tahun memang tak pernah miss kena saman
Saman parking, speed cam etc.
Halahai dah lah memang duit poket tengah menipis
Ini tambah lagi kena saman, memang cari masalah sungguh
Tapi kena juga bayar sebelum harga saman meningkat
dan lagi parah bila sudah melibatkan surat saman dari mahkamah

Okay
Untuk post kali ni aku kongsi cara mudah bayar dan dalam masa yang saman menyemak (if ada saman yang tertunggak) dari DBKL
Biasanya kesalahan saman parking 

Ada dua (2) cara untuk bayar saman DBKL:

1. Terus ke kaunter DBKL (DBKL Hq,Menara 1 di Jalan Raja Laut,Kuala Lumpur)
(Sebaik-baiknya datang pada jam 8pagi,pegawai berkenaan akan berada di biliknya pada jam 830pagi)

atau

2. Terus bayar / semak melalui online sistem MyEG (cara yang aku akan kongsi disini)
All the step akan diterangkan dibawah, just follow je

CARA SEMAK KOMPAUN DBKL MENGGUNAKAN MYEG

1. Mula-mula log in website ni : www.myeg.com.my 
Pastikan register dulu baru boleh log in. Tak susah pun nak register, isi maklumat yang diperlukan di SINI.




2. Dah register, sila log in dan paparan kat atas ni akan keluar. Pilih Logo Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)



3. Pilih 'Semak/Bayar Kesalahan/Kompaun'



 4. Bila keluar pilihan macam kat atas ni, pilih 'Vehicle Registration No'



5. Masukkan 'No Kad Pengenalan' dan 'No Pendaftaran Kenderaan'



6. Senarai saman akan keluar di sini
    (kalau ada la. kalau takde, tahniah sebab tiada mempunyai kesalahan dengan DBKL)


*ada satu lagi link kalau korang nak cek saman DBKL. Klik link ni dan masukkan no kad pengenalan dan no pendaftaran kenderaan je : https://appsys.dbkl.gov.my/ezbill/index.asp

CARA BAYAR KOMPAUN DBKL MENGGUNAKAN MYEG


Alang-alang dah keluar senarai tu, apa kata bayar je terus. Tapi syarat dia kena ada online banking la. Kalau tak ada, kena menapak pergi kaunter la jugak untuk bayar secara manual. Cara nak bayar kompaun DBKL secara online seperti dibawah:

1. Pilih senarai saman yang nak dibayar dan klik 'Submit/Hantar'


2. Jumlah pembayaran akan dipaparkan dan klik 'Pay/bayar'




3. Pilih samaada nak guna 'Credit Card' atau 'Online Banking'.


4. Pilih pautan / cara Online Banking yang ingin dibuat. As contoh diatas aku pilih Online Banking sebab guna Maybank2U. 


5. Settle bayar saman DBKL.

Senangkan bayar saman DBKL secara online di MYEG ni
Sebenarnya banyak lagi kegunaan MYEG ni, pautan semua ada pada front page MyEG yang tersebut




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...