Perasaan

Perasaan bukan sesuatu yang mudah untuk dijaga dan dirawat
Sedikit sakit lukanya dalam
Punca tunjangnya bukan kelihatan pada zahirnya
Tapi makan dalam pada batinnya
Ternusuk pada akar umbi jantung dan juga hati
Kesannya menguasai keseluruhan tubuh jasad dan akal fikiran
Mengganggu perjalanan kehidupan seharian
Dan kemurungan aura negative menyelubungi setiap inci anggota

Perasaan
Nyah engkau dari badanku
Nyah engkau dari fikiranku
Aku serabut
Aku serabut
Biarkan aku seorang tanpa kau menemaniku disetiap saat
Ingin saja aku hilang ingatan supaya tak tertanggung lagi dalam menguasai perasaan
Aku tak ingin hilang siuman kerana gila dalam memendam perasaan
Semakin lama semakin aku kusut dan tak tenteram

Tuhan
PadaMu aku berserah
Aku tidak kuat
Aku tidak berdaya
Tunjuk dan pimpinlah aku kepada kelapangan dari segala masalah
Sujudku dan doaku hanya padaMu, YaRabb
Permudahkanlah
Permudahkanlah
Permudahkanlah

Perasaan
Jika engkau masih dan tetap mendampingiku tanpa usai untuk pergi
Kali ini aku akan melawan
Sakit itu akan aku ubati dan rawat dengan halus teliti
Jantung dan hati ada bersamaku untuk tolong
Biar ianya makan masa berminggu bulan mahupun tahun
Aku akan tetap terus konsisten
Hidup aku ini aku yang tentukan
Perjalanan aku masih jauh kehadapan
Pengecutlah aku jika disebabkan engkau wahai perasaan aku jadi kaku, layu dan mati
Pengecutlah aku jika tidak melawan dan hanya duduk terima
Pengecutlah aku jika biarkan sahaja engkau mengawal bagai boneka
Ingatlah lah
Sekali aku bangkit dan mula melangkah
Pergi dan tinggalkan engkau sendirian
Jangan fikir aku akan toleh kebelakang kembali walaupun sekilas
Life must go on
ON means nothing can turn it OFF without my permission again
Not even once
 
Đọc Truyện Cung Cấp Stock Cho Edit Photos - #106: Ảnh sưu tầm - Trang 2 - 顾胥嫣 - Wattpad - Wattpad

Post a Comment

0 Comments