Tuesday, September 5, 2017

Dewasa hanya pada usia

Usia
Makin meningkat makin senang tangis ini jatuh
Cepat sangat tersentuh
Dengar suara mu, wahai mak
Buat hati jadi sebak
Bukan ayat yang kau tak biasa dengar
Tapi hanyaa ungkapan biasa
‘Angah sihat?’

Risaunya mu, wahai mak
Buat aku serba salah
Buat aku rasa egonya diri ini
Buat aku jadi pendosa
Tanpa ingatkan mu, wahai mak

Ralit dengan dunia
Ralit dengan kehidupan
Ralit dengan putaran masa
Yang sebenarnya hanya sementara Cuma

Maafkan Angah mak
Maafkan Angah~

Air mata jatuh
Sendu ku tahan seboleh nya
Tapi di sudut corong ganggang telefon
Wahai mak, kau boleh agak
‘Angah menangis lagi?’
Dengan itu tagis ini terus jatuh makin laju

Ingin ku menipu
Tapi kau wahai mak, terus tersenyum
Senyum yang membuatkan anak yang dikandungnya selama 9 bulan ini terkasima
Berhenti bercakap dan terus menagis semahunya
Ingin diluah segalanya
Tentang masalah yang ditanggung
Yang sudah tak tertanggung lagi








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...