Monday, September 11, 2017

Aku takut

Terlalu banyak perkara yang terjadi pada aku
Buat aku terfikir sendiri
Ini ujian atau balasan

Jika ianya satu ujian
Aku sudah tidak sanggup nak harungi dan atasi
Ianya sangat sakit
Sakitnya yang tidak nampak pada zahirnya tubuh
Yang boleh dilihat pada terus pandangan mata
Dan yang boleh dirasa oleh sentuhan tangan
Sakitnya ini tenusuk terus pada hati dan perasaaan aku
Menyesakkan salur penafasan
Merobek setiap inchi daging dan tulang

Manakala
Jika ianya satu balasan
Aku kini melutut dan merayu
Tolong tarik nyawa aku sebagai bayaran dan gantian
Aku sanggup terputus nafas dan badan yang sementara cuma ini
Yang hanya pinjaman dariMu jua
Tarik dan ambillah ia semula dalam sebagaimana bentuk dan keadaan
Aku redha
Tetapi jika aku masih boleh dan sempat untuk satu rayuan
Aku minta biarlah lah ketika dalam sujudku
Dalam keadaan aku berwuduk
Saat aku masih sempat untuk berSyahadah 

Ya Tuhan
Kerdilnya aku
Hinanya aku
Sekecil dosa atau sekecil pahala sendiri aku tidak tahu 
Tidak tahu yang mana satu sebab bagi semua yang aku hadapi ini
Aku takut
Aku takut 
Aku takut






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...