Friday, July 15, 2016

Perempuan punya kepoh

------

Masa balik kampung minggu lepas, adalah 'moment' yang paling seronok apabila aku adik beradik yang boys dan girls berkumpul sekali depan tv tengok drama, berborak bertampar di halaman rumah intai jiran main mercun, bersilang tangan di dapur ketika makan dan berhimpit-himpit dalam kereta nak balik kampung beraya. Seronok! Memang seronok! Sampailah timbulnya satu soalan 'ajaib' daripada adik aku yang boy, tanya kat sisturr dia yang sorang ni dengan tiba-tiba. Soalan dia 'deep' weh, 'Angah! Perempuan memang 'kepoh' ya!?'. Kau rasa masa tu aku nak jawap apa...

Rewind kembali sketsa yang terjadi pada diri aku sendiri sebulan yang lepas. Kot lah boleh 'relate' dengan soalan adik aku tadi. Ini cerita bukan nak mengutuk tetapi sebagai iktibar bersama 'especially' kaum perempuan. Eh terasa pulak aku! dan cuba 'relate' kan dialog di bawah bersama dengan gambar 'contengan' cakar ayam aku tu. Ya...paham! Gambar tu terlalu 'berseni'. Paham... *angguk-anguk kepala sambil lari masuk dapur

'hey nyah, bila kita nak bla..bla..blaa......nyah!'
bla..bla..bla..blaa..bla..bla..blaa..bla..bla..blaa..la....bla..bla..blaa.....nyah!
HAHAHAHAHAHAHAHA!
HAHAA!!!HAI!!!
bla..bla..blaa..hotnye dia bla..bla..blaa.. sambung balik!
LOL SANGAT!
HAHAHAHAHAHAHAHA!
HAHAA!!!HAI!!!
bla..bla..blaa..bla..bla..blaa..nak kawin dah ke?!
HAHAHAHAHA*dengan sekuat hati jantung usus*


Korang pernah tak mengalami situasi di atas? Berasap lahai telinga dengar diaorang punya cerita. Kita yang duduk sebelah tunggu kawan tak muncul-mucul masuk butik dah macam join 'group' kanak-kanak tadika dengar cikgu cerita kat depan kelas pulak. Ini semua pasal ter-dengar (bukan niat) sebijik-sebijik semua 'plot' cerita diaorang yang bernama 'kepoh' berborak 

Start dari mukadimah pengenalan 'oi Jah...! lama tak jumpa! Makin gemokk kau Jah!' (mulut tak de takaful insurance betol!) sampailah ke plot 'drama' Dewali ahad lepas kau terlupa nak tengok disebabkan tertidur gara-gara terlantar kenyang melahap bbq kambing rumah cik Roslan. Tah sapa Roslan ni pun aku tak kenal. Hahaiii...lah!

Bukan apa aku sebagai budak-budak lagi ni nak tegur nanti terasa. Tak tegur nanti sendiri kena hadap dan tempuh dengan perasaan 'redha' walau dalam hati tu berzikir minta janganlah TER-'smashdown!' WWF 'kepoh' itu. So, jika anda antara 'kamu' yang termasuk dalam set-set macam ni kalau nak cerita berapi tu 'cuba' cakap kat luar. Duduk satu sudut hujung, buat gaya 'usrah' lagi cantik. Tapi pastikan air liur tak terpercik kat muka kawan depan dan cuba control 'gaya tangan' sekali. Karang tak pasal-pasal ada yang kena 'libas' panahan petir kilat halilintar. Senget muka kawan tu, tak sedar siang ke malam hari. Ni aku kira cakap baik-baik dah ni  

Aku as 'perempuan' pun paling annoying plus malu kalau ada 'kepoh' yang tak kado kan diri bercakap punya lah kuat. Hashtag hotsetaff sangat! Ini bukan marah. Tak marah! Cuma nasihat. Dah diaorang cakap kuat-kuat memang nak bagi satu kedai dengar ke. Sebab dah tak tahan, at last aku tarik headphone cucuk dalam telinga dengar lagu 'Gerua' sorang-sorang sambil makan twistis




Produa Bezza - New Launching Model 1.0L and 1.3L Dual VVT-i – P2’s

Rewind and stay update [Blog : Post Review]
------

Bila kaitkan dengan brand Seng Heng, selalu lah dengar si Nabil cakap 'beza.... memang berbeza....'. Beza betul ke dengan syarikat 'competitor' yang lain? Hah... itulah dinamakan sebagai trademarkerting. Lagi kerap dengar dan diulang-ulang lagi melekat di telinga dan minda pelanggan atau 'customer'. Sudah begitu sinomim keduanya.

Tetapi bila digandingkan antara 'Produa' dan 'Bezza', ramai yang masih lagi zero knowledge dan tak tahu. Seperti yang kita sedia maklum, Produa sebelum ini hanya mengeluarkan model keluaran jenis compact dan MPV ternyata tak mahu ketinggalan mengeluarkan keluaran barunya jenis 'sedan' untuk bersaing dengan model-model kenderaan yang lain di pasaran 'automative' dunia. Produa baru-baru ini telah membuat kejutan dan perasmian model terbaru keluaraannya iaitu 'Produa Bezza'. Aku as salah seorang dari beribu-ribu pemandu dan pemilik kenderaan model Produa tidak terkecuali inginkan 'informasi' dan maklumat lanjut tentang model terbaru daripada Produa ini. Okay ke? Cantik ke? Selamat ke? Itu yang diberi keutamaan.

Aku dapat tahu salah satu model keluarannya yang bersifat mesra alam atau 'Eco-Idle' sistem. Ia adalah model Produa 1.3 Advance. Ia datang dengan sistem Eco-Idle atau sistem Henti Melahu, di mana enjin akan mati sendiri bila berhenti di lampu merah atau bila kenderaan tidak bergerak, dan akan hidup semua secara automatik apabila kaki mula menekan pedal pendikit kembali

Humm... Aku take noted! dalam salah satu ciri-ciri spesifikasi yang diberitahu ini. Siapa yang taknak pastikan alam sekitar terpelihara dan bersih. Kan!

Since aku bukan lah orang yang begitu pakar dalam ni, korang boleh baca lebih pasal ni di blog DRIVEN (paultan.org), antara salah satu sources for automative new di Malaysia atau pergi kemana-mana showroom Produa. Tanya dan rasai sendiri kelainannya






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...