Monday, December 19, 2016

I'm not scold, i just talk nicely

Ingat . . .
Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur
Ramai yang tak mampu lakukan ini
Hanya suka menegur tetapi tak pula suka ditegur

Ingat . . .
Apabila anda menunding jari terhadap kesilapan orang lain
Sebenarnya tiga lagi jari anda telah menunding diri sendiri
Sebab itu penting apabila menegur kena isyaratkan terlebih dahulu teguran itu terlebih dahulu untuk diri sendiri

Tapi dalam diam-diam itu ada yang tersentuh dengan tingkah laku aku
Dikatakan sombong~
Dikatakan kerek~
Dikatakan berlagak~
Dikatakan jaga tepi kain~

Ewah . . .
Senang sahaja melemparkan prejudice!
Tanpa kenal hujung pangkal cerita
Di lemparkan terus pengakhiran dan kesudahan cerita
Konklusi yang ditambah titik noktah tak bersebab
Memang tak adil 

Even dalam komik ada watak tersendiri
Takkan semua watak lelaki yang dipegang tu watak hero
Yang gagah . . . 
Yang hensem . . .
Yang gentlemen . . .
Boleh buat semua orang cair

Dan takkan semua watak wanita yang dipengang tu watak heroin
Yang cantik . . .  
Yang menarik . . . 
Yang tertarik kau memang debomm!
Not fair n lovely langsung
Mungkin ada je yang perasan macam cantik jeerrr! Macam comel jerrr!
Kamon la

Watak sampingan pun penting dalam sesebuah cerita
Nak menghidupkan konflik dan menampal plot yang kosong
Even dalam cerita watak kau jadi lalu lintas yang sesaat kurang masa muncul di layar
Bagi aku ia nya penting

Berbalik pada realiti
Setiap individu sifat semula jadinya memang unik dan tersendiri
So payah la kalau semua nak kena perfect tanpa salah
Tanpa cacat cela buruknya tindakan
Dan sebagai seorang individu yang lain
Aku yang memainkan watak sampingan ini perlu menegur jika ada salah laku itu
Kau buat salah 
Aku tegur
Kau buat baik
Aku puji





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...