Wednesday, December 21, 2016

Aku rindu

Aku bukan seorang yang senang nak luah perasaan
Nak-nak untuk berkongsi apa-apa dengan dunia luar
Tapi harini teringin pulak menaip panjang
Luah perasaan aku yang dah lama terpendam
Macam zaman dulu
Zaman aku rajin mencoret dalam dada blog ni
Kisah suka, kisah duka
Dan ada kadang-kadang tu bukan benda penting pun
Sebaliknya…
Benda-benda kosong dan bodoh

Satu benda yang aku sedar sekarang
Betapa pentingnya kewujudan seorang kawan
Atau mungkin tepat seorang teman
Macam zaman sekolah dan uni
Stay up sampai pukul 2, 3 pagi
Dan kadang-kadang nak tido pun masih boleh sambung bersembang
Kongsi segala macam kisah
Dari sekecil-kecil sampai sebesar-besar berita
Semuanya kepoh. Bergelak-sakan
Tak pernah rasa penat dan mengantuk
Yala, kalau mengantuk dalam kuliah la jadi tempat lentok kepala

Bila fikir-fikirkan aku rindu balik saat tu
Walaupun masa tu ramai orang cakap “student life” is so bored
Dah la “No money!” “No life!” pula tu
Melimpah-ruah dengan jadual sem yang padat
Kena pula dengan assignment and quiz yang bila datang “kedebuk” sekali gus, terus kau rasa nak jadi gila
Bila masa tu datang, bergelas-gelas kopi and nescafe kau deguk
Semata-mata nak stay up, ulang kaji konun
The end milo juga kau rindu
Hahaha. Masih kanak-kanak rebina katanya

Pastu, Bila dah tak keriuan
Mula la kau cari talian hayat terakhir
Pergi ketuk pintu kawan-kawan kau yang lain
Dengan niat boleh dijadikan mentor “Tunjuk Ajarku Sifu”..
Paling tidak pun dapat soalan spot
That how it work every time bila ada quiz and test
Itu belum cerita kalau ada group assignment
Lagi panjang rasanya...

 Selama hampir empat tahun dikelilingi oleh kawan-kawan yang sama
Kawan yang bila aku nangis mereka pujuk
Bila down mereka pujuk
Bila ketawa sama-sama ketawa
Apa je yang tak sama
Dari celik mata sampailah tutup mata semula, semuanya buat sama-sama

Then, masing-masing tak sabar nak grad and start kerja
Aku pun sama. Tak sabar nak mengkah ke alam yang dikatakan “zaman bekerjaya”
Zaman bekerjaya yang aku lalui SEKARANG
DETIK INI
Nak je aku kata, my feel now is totally difference
It not fun at all

Even now you finally have “THAT”, which I ‘could said “money!”
But to find the same “KAWAN” like them is “impossible!”
Atau mungkin aku yang terlalu tutup hati aku untuk kawan dengan orang?
Tak, aku rasa aku sengan berkawan
Cuma kawan yang semacan kawan belajar, aku rasa aku dah takkan jumpa lagi dah sampai mati

Siapa cakap aku tak ada kawan masa bekerja ni
Kawan tetap kawan
Tapi macam aku cakap tadi, tetap tak sama
Lagikan lain peringkat umur, lain jawatan, lain bangsa, lain agama…
Walau baik macam mana aku dengan meraka sekali pun
Walau ramai mana pun kawan-kawan keliling aku
Aku tetap rasa aku masih seorang

Mungkin zaman dewasa ini sepatutnya aku jadi semakin matang
Yeke??
Kadang-kadang aku rasa nak salahkan diri sendiri
Kenapa aku macam ini

Memang,sepatutnya kite pegang, cukuplah kalau ada Allah untuk aku'
Itu aku mmg tak pernah lupa
Aku bukan tak ingat, aku alpa walhal Allah tak pernah lupa aku

Berapa banyak kali jatuh tersungkur, kotor penuh lumpur
Masa tu baru ingat Allah
Menangis…
Minta di beri kekuatan bangun
Minta dibersihkan hati
Minta dipermudah apa yang susah
Keran Allah memang tak pernah lupa aku

Tapi kerana aku manusia biasa
Yang memang penuh ketaksempurnaan, penuh cacat cela
Aku perlu kawan

AMmang aku tak punya kuasa putar balik masa
Aku sekadar mengenang
Bersyukur…
Aku punya kawan seperti itu dulu
Bukan bermaksud sekarag dah tak ada
Cuma mereka kini jauh...
Rindu


p/s: post yang panjang. Harap yang membaca tidak mengeluh sepertimana aku yang mengeluh ini.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...