Wednesday, December 21, 2016

Aku rindu

Aku bukan seorang yang senang nak luah perasaan
Nak-nak untuk berkongsi apa-apa dengan dunia luar
Tapi harini teringin pulak menaip panjang
Luah perasaan aku yang dah lama terpendam
Macam zaman dulu
Zaman aku rajin mencoret dalam dada blog ni
Kisah suka, kisah duka
Dan ada kadang-kadang tu bukan benda penting pun
Sebaliknya…
Benda-benda kosong dan bodoh

Satu benda yang aku sedar sekarang
Betapa pentingnya kewujudan seorang kawan
Atau mungkin tepat seorang teman
Macam zaman sekolah dan uni
Stay up sampai pukul 2, 3 pagi
Dan kadang-kadang nak tido pun masih boleh sambung bersembang
Kongsi segala macam kisah
Dari sekecil-kecil sampai sebesar-besar berita
Semuanya kepoh. Bergelak-sakan
Tak pernah rasa penat dan mengantuk
Yala, kalau mengantuk dalam kuliah la jadi tempat lentok kepala

Bila fikir-fikirkan aku rindu balik saat tu
Walaupun masa tu ramai orang cakap “student life” is so bored
Dah la “No money!” “No life!” pula tu
Melimpah-ruah dengan jadual sem yang padat
Kena pula dengan assignment and quiz yang bila datang “kedebuk” sekali gus, terus kau rasa nak jadi gila
Bila masa tu datang, bergelas-gelas kopi and nescafe kau deguk
Semata-mata nak stay up, ulang kaji konun
The end milo juga kau rindu
Hahaha. Masih kanak-kanak rebina katanya

Pastu, Bila dah tak keriuan
Mula la kau cari talian hayat terakhir
Pergi ketuk pintu kawan-kawan kau yang lain
Dengan niat boleh dijadikan mentor “Tunjuk Ajarku Sifu”..
Paling tidak pun dapat soalan spot
That how it work every time bila ada quiz and test
Itu belum cerita kalau ada group assignment
Lagi panjang rasanya...

 Selama hampir empat tahun dikelilingi oleh kawan-kawan yang sama
Kawan yang bila aku nangis mereka pujuk
Bila down mereka pujuk
Bila ketawa sama-sama ketawa
Apa je yang tak sama
Dari celik mata sampailah tutup mata semula, semuanya buat sama-sama

Then, masing-masing tak sabar nak grad and start kerja
Aku pun sama. Tak sabar nak mengkah ke alam yang dikatakan “zaman bekerjaya”
Zaman bekerjaya yang aku lalui SEKARANG
DETIK INI
Nak je aku kata, my feel now is totally difference
It not fun at all

Even now you finally have “THAT”, which I ‘could said “money!”
But to find the same “KAWAN” like them is “impossible!”
Atau mungkin aku yang terlalu tutup hati aku untuk kawan dengan orang?
Tak, aku rasa aku sengan berkawan
Cuma kawan yang semacan kawan belajar, aku rasa aku dah takkan jumpa lagi dah sampai mati

Siapa cakap aku tak ada kawan masa bekerja ni
Kawan tetap kawan
Tapi macam aku cakap tadi, tetap tak sama
Lagikan lain peringkat umur, lain jawatan, lain bangsa, lain agama…
Walau baik macam mana aku dengan meraka sekali pun
Walau ramai mana pun kawan-kawan keliling aku
Aku tetap rasa aku masih seorang

Mungkin zaman dewasa ini sepatutnya aku jadi semakin matang
Yeke??
Kadang-kadang aku rasa nak salahkan diri sendiri
Kenapa aku macam ini

Memang,sepatutnya kite pegang, cukuplah kalau ada Allah untuk aku'
Itu aku mmg tak pernah lupa
Aku bukan tak ingat, aku alpa walhal Allah tak pernah lupa aku

Berapa banyak kali jatuh tersungkur, kotor penuh lumpur
Masa tu baru ingat Allah
Menangis…
Minta di beri kekuatan bangun
Minta dibersihkan hati
Minta dipermudah apa yang susah
Keran Allah memang tak pernah lupa aku

Tapi kerana aku manusia biasa
Yang memang penuh ketaksempurnaan, penuh cacat cela
Aku perlu kawan

AMmang aku tak punya kuasa putar balik masa
Aku sekadar mengenang
Bersyukur…
Aku punya kawan seperti itu dulu
Bukan bermaksud sekarag dah tak ada
Cuma mereka kini jauh...
Rindu


p/s: post yang panjang. Harap yang membaca tidak mengeluh sepertimana aku yang mengeluh ini.





Monday, December 19, 2016

I'm not scold, i just talk nicely

Ingat . . .
Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur
Ramai yang tak mampu lakukan ini
Hanya suka menegur tetapi tak pula suka ditegur

Ingat . . .
Apabila anda menunding jari terhadap kesilapan orang lain
Sebenarnya tiga lagi jari anda telah menunding diri sendiri
Sebab itu penting apabila menegur kena isyaratkan terlebih dahulu teguran itu terlebih dahulu untuk diri sendiri

Tapi dalam diam-diam itu ada yang tersentuh dengan tingkah laku aku
Dikatakan sombong~
Dikatakan kerek~
Dikatakan berlagak~
Dikatakan jaga tepi kain~

Ewah . . .
Senang sahaja melemparkan prejudice!
Tanpa kenal hujung pangkal cerita
Di lemparkan terus pengakhiran dan kesudahan cerita
Konklusi yang ditambah titik noktah tak bersebab
Memang tak adil 

Even dalam komik ada watak tersendiri
Takkan semua watak lelaki yang dipegang tu watak hero
Yang gagah . . . 
Yang hensem . . .
Yang gentlemen . . .
Boleh buat semua orang cair

Dan takkan semua watak wanita yang dipengang tu watak heroin
Yang cantik . . .  
Yang menarik . . . 
Yang tertarik kau memang debomm!
Not fair n lovely langsung
Mungkin ada je yang perasan macam cantik jeerrr! Macam comel jerrr!
Kamon la

Watak sampingan pun penting dalam sesebuah cerita
Nak menghidupkan konflik dan menampal plot yang kosong
Even dalam cerita watak kau jadi lalu lintas yang sesaat kurang masa muncul di layar
Bagi aku ia nya penting

Berbalik pada realiti
Setiap individu sifat semula jadinya memang unik dan tersendiri
So payah la kalau semua nak kena perfect tanpa salah
Tanpa cacat cela buruknya tindakan
Dan sebagai seorang individu yang lain
Aku yang memainkan watak sampingan ini perlu menegur jika ada salah laku itu
Kau buat salah 
Aku tegur
Kau buat baik
Aku puji





Friday, December 16, 2016

Between L.O.V.E.R or F.R.I.E.N.D

It happen again..
And now it happened in the same situation like my past…past…and past…. years
Serabut nya rasa

Between . . . 
L.O.V.E.R or F.R.I.E.N.D
I rather choose for the 'second' which is friend!
If asked why??
'Those kind of relationship will become long lasting'

If it happen to be love!
I will disappeared . . .
I will move to another chapter
Flip to another picture
And log-in to another account

But, if that 'decision' is simple as THAT 
In reallity . . .
It is not that simple
Since I’m girl.. and u are boy . . .
The feeling is nature. It came and go ~

You may hurt! Even though, I cannot see those “physical wound” but what may remain SCAR inside





Thursday, December 15, 2016

Act like you are BIG girl

Be strong !!
“You are big girl now”
Acap kali aku bagi semangat pada diri sendiri
Walau kadang kala terpaksa menahan amarah dan tamparan
Sabar . . .
Sabar . . .
Ingat
“Allah sentiasa ada dengan orang yang sabar”
Ingat
"Tuhan akan sentiasa bersama"
Aku ada Dia

At the moment.
I’ll take the tears back
Even I feel so difficult and exhausting
Air mata sendiri, kena lah kesat sendiri
Kan . . . ?

Memang aku akui sejak dua menjak ini aku agak penat
Terpaksa meng’ia’kan arahan yang sebelum ini bukan tanggungjawap aku
Kena ambil alih tugas orang lain
Yang bukan aku mulakan
Tetapi perlu aku lengkap dan habiskan

Sukar..
Memang. Siapa yang cakap tidak sukar . . . 
Tapi inilah aku
Aku !
“A person that puts others first”

Biar terpaksa rasa susah untuk lihat orang lain senang
Mungkin orang susah nak pandang usaha susah payah aku
Tapi ianya berbaloi *mungkin . . .
Ingat tu

Sembunyikan dan pendamkan semua masalah kadang kala ada baiknya
Macam aku selalu buat pada masa lampau
Selagi boleh dan mampu tanggung beban aku buat je
Pulangan nya aku akan rasa nanti
Suatu hari nanti *just percaya
Sebab . . .
Aku selalu soal pada diri

"Kau tahu bila Tuhan sayangkan kau?
Bila semalam kau menangis teresak-esak
Esok Dia berikan kau senyuman"





Wednesday, December 14, 2016

Kepada yang bernama 'Lelaki'

Bila bicara tentang perasaan
Aku memang akan 'fail'
Bukan kerana aku mudah cair atau senang untuk menerima
Tetapi sebaliknya

Orang akan cakap aku ni hati batu
Bukan batu pasir yang bila hari-hari titis dengan air akan hancur berkecai
Sebaliknya batu kerikir yang solid
Yang di pagari pula sekelilingnya dengan tembok tinggi
Dapat bayangkan tak?

Itu baru bongkar fakta tentang hati
Belum lagi tentang kepala dan lain-lain anggota
Keras kepala tu yang kedua dan ternyata benar
Betul lah kot, budak yang lahir bulan MAY memang sifat keras kepala adalah azali
Maksudnya aku termasuk dalam kategori itu so sila jangan persoalkan
Paham?
Yang lain-lain biar aku simpan dulu sebab yang dua ini pun kau belum mampu tandingi lagi

Jadi . . .
Aku harap sikit demi sikit waktu ada yang mampu kikis batu kerikir tersebut
Ada yang mampu cairkan kekerasan ego apa yang aku fikir dalam kepala selama ini
Aku tunggu waktu itu






Friday, December 9, 2016

Bila diri bercakap pasal diri sendiri

last night,
for the first time aku ask myself bout…
'kau rasa bila kau nak settle down?
bila kau rasa kau betul-betul nak jadi selfless, putting others before yourself, jaga parents
get married
have children
die'

thats a hard question.i wonder when will i.


p/s: to begin with bismillah and end with Alhamdulillah





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...