Monday, November 28, 2016

Peranan aku sebagai 'Problem Solver'

Bila hati tak disentuh memang susah nak rasa
Suka tidak
Marah pun tidak
Tak berperasaaan dengan apa-apa pun
Ibarat 'lantak lah nak buat atau jadi apapun'

Itu aku . . .

Kadang-kala tak berminat nak ambil tahu perihal atau cerita yang berlaku sekeliling
Sibuk hal orang sana
Sibuk engan hal orang sini
Geng kepohchi ni memang akan ada sentiasa
Biar kelompok yang kecil atau besar
Ada saja yang perlu ambil tahu dan untuk diberitahu

Aku anti dengan kumpulan sebegitu . . .

Disebabkan itu aku jenis yang natural
Tak berat sebelah kepada satu-satu pihak 
dan tak bersekumpulan dengan mana-mana kedudukan 
Tidak menjadi orang tengah kepada permasalah
Tidak juga menjadi menyebab kepada permasalahan 
Tetapi tanpa diseru . . .
Aku menjadi orang tengah kepada peleraian masalah

Rahsia yang dikumpul terlalu banyak
Permasalahan yang diberitahu makin berat 
Aku cuma senyum dan tekun mendengar 
Telinga menjadi saksi utama bagi semua bicara yang dikongsi dan diluah orang si peluah perasaan
Permasalahan bukan menjadi satu rahsia lagi
Tetapi isi kandungan bagi cerita lepas yang terbongkar dengan keinginan sendiri
Bukan paksaan
Tapi kerelaan
Oleh siapa? Oleh si peluah perasaan

Aku sering terfikir sendiri, 'aku ni jenis prolem solver kah?'
Tanda tanya yang menjadi CAPS LOCK kepada tanda tanya aku sendiri
Mungkin muka aku ni jenis yang nampak senang untuk diluah segala isi hati atau permasalah
Atau mungkin juga muka aku ni jenis yang sukar untuk bocor rahsia
Mungkin ~





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...