Tuesday, November 22, 2016

Malas atau Pemalas

Malas adalah sifat biasa manusia
Bahkan haiwan juga ada sifat yang sama
Keletihan . . .
Kepenatan . . .
Hilang minat . . .
Tiada keinginan . . .
Antara elemen yang memungkinkan 'malas'

Tapi semuanya perlu ada had dan limit
Jangan menjadikan ia satu tabiat
Kerana ia akan bertukar menjadi si pemalas
Yang mengambil peluang tanpa ada alasan

Aku bukan menulis untuk merujuk kepada diri sendiri tetapi diri mereka yang berada sekeliling
Sengaja atau tidak sengaja
Biar mereka yang rasa dan perasan sendiri
Atau memang aku ingin biarkan mereka itu terasa

Dapat kredit pada perkara yang bukan milik
Dapat pujian kepada apa yang bukan dari kerahan usaha
Dapat nafkah dari goyangnya kaki dan pejamnya mata

Ahhhh
Aku bukan merungut
Aku bukan iri hati
Bukan juga mengharapkan sesuatu itu diberi pingat atau habuan
Tetapi teguran kepada apa yang benar dan keyataan

Nota kaki: Hanya monolog dalaman. No abuse . I said no !







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...