Monday, August 29, 2016

Rasa iri hati pada si bayang-bayang lain

My best SPONSORSHIP adds this month by:
1. KFC click via  LINK
2. TOYOTA click via  LINK
3. DOVE click via LINK
---

Manusia selalu mempersoalkan nasib diri yang 'kurang' berbanding yang lain
Banyaknya perkara tersebut sampaikan tak terhitung sebenarnya sifat 'iri hati' tersebut

Tentang . . .
Kepandaian
Kemewahan
Kecantikan
dan lain-lain

Takkan pernah terlepas daripada sekilas memikirkan perkara tersebut apabila perasaan rasa 'kekurangan diri' timbul dan menjergah fikiran si pemikir melalui pandangan mata ataupun mainan perasaan
Aku juga pernah rasa
Dan aku yakin kau juga pernah rasa
Aku manusia. Kau manusia. Kita sama-sama manusia.
Memang akan ada perasaan tersebut

Pertama kepandaian
Aku letakkan diri aku di tempat yang kini aku berada
Di dalam . . .
Posisi kerjaya
Posisi pembelajaran
Sinomim kah dengan apa yang aku 'sepatutnya' berada ?
Aku acap kali tanya diri sendiri
Aku bukan dilahirkan seorang yang semula jadi 'genius' yang boleh petah menjawap segala soalan yang diajukan
Yang boleh sekadar mencongak untuk mendapatkan jawapan daripada sebarang pernyelesaian yang melibatkan digit-digit nombor
Yang boleh menghafal dan mengingati tebalnya halaman buku pada masa yang singkat melibatkan kemampuan 'save' dalam otak
Itu bukan aku

Kedua kemewahan
Aku letakkan diri aku di tempat yang kini aku berada
Di dalam . . .
Posisi kebendaan
Posisi status pangkat dan darjat
Sinomim kah dengan apa yang aku 'sepatutnya' miliki ?
Aku acap kali tanya diri sendiri
Aku bukan dilahirkan seorang yang hidup dengan mewarisi kekayaan keturunan datuk atau moyang yang hartanya tak pernah luak untuk diwarisi hatta tujuh keturunan
Yang sejak dari lahirnya dibaluti dengan percaan kain sutera dan dilengkapi dengan segala macam kebaikan untuk zahir dan batin tumbesaran
Yang tidak perlu risau tentang besar atau kecilnya langkah melewati cabaran kehidupan pada waktu sekarang mahupun akan datang kerana tiada istilah fakir meminta
Itu bukan aku

Ketiga kecantikan
Aku letakkan diri aku di tempat yang kini aku berada
Di dalam . . .
Posisi populariti
Posisi dalam perhubungan jantina atau lain jantina
Sinomim kah dengan apa yang aku 'sepatutnya' rasai ?
Aku acap kali tanya diri sendiri
Aku bukan dilahirkan seorang yang darahnya dari darah kacukkan dua benua
Yang fizikalnya bermata biru, berkulit putih dan tinggi lampai
Yang tidak pernah disisih oleh masyarakat mahupun disindir kesudut hujung besarnya sesebuah ruang
Itu bukan aku

Ya
Itu bukan aku
Aku adalah sebaliknya
Yang perlu kepada kerja kuat fikiran untuk menjadi pandai dan duduk di atas
Yang perlu kepada kuderat perahan tenaga untuk mengejar sehelai kertas yang dicap supaya bernilai 
Yang perlu kepada sinar pacaran dalaman untuk menjadi indah dan cantik di mata masyarakat

Tentang . . .
Kepandaian
Kemewahan
Kecantikan
dan lain-lain

Manusia sebenarnya tidak perlu selalu mempersoalkan nasib diri yang 'kurang' berbanding yang lain
Kerana perasaan tersebut takkan lenyap atau hilang dalam diri 'kita'
Kita yang berada di bawah ataupun yang berada di atas
Lupakan corak bayang-bayang orang lain pada 'reflect' diri sendiri
Sebaliknya yakin dan berdiri pada bayang-bayang diri sendiri






1 comment:

Amir Mazlan said...

jgn bandingkan diri dgn orang yg segala2nya lebih drpd kita, tapi tengok pada orang yg segala2nya kurang drpd kita :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...