Friday, August 5, 2016

Kisah Raya Kau Bukan Aku

Aku percaya ramai blogger yang tidak terkecuali berkongsi cerita tentang kemeriahan sambutan hari raya yang telah diraikan. Ada yang kongsi cerita gembira dan ada yang kongsi cerita tak berapa nak gembira.

Contohnya, cerita gembira kau makan lemang perisa strawberry cheese leleh di rumah Pak Long Seman (jangan tanya, aku pun tak kenal!), cerita kau beraya dengan crush yang kau baru declare sehari sebelum raya, cerita si Meonah isteri kepada si Meon akhirnya telah selamat melahirkan anak empat ekor di pagi hari raya dan terus kau namakan mereka tu dengan nama si Syawal, si Syawil, si Syawol dan si Syawel dan 1001 lagi cerita riang ria di hari raya yang kau nak pekasamkan dalam blog ni.

Dan tak ketinggalan ada juga yang berkongsi cerita sedih... contohnya cerita baju raya yang kau beli ribu riban aritu dah tak muat (oh mai girlsss) menjelang tengahari raya pertama kes melantak lemang kat dapur lepas balik sembahyang raya, cerita kau beraya dengan kasut baru tetapi ter-sama 'sebijik' pula dengan anak jiran sebelah yang kau memang anti sejak pindah tiga bulan lepas, cerita pencapaian duit raya paling 'hambar' dalam sejarah hidup membuatkan kau tekad tak nak sambut birthday dah tahun depan dan lain-lain lagi.

Menarik kan! Memang menarik. Agak nya dah berpuluh-puluh draft post mereka 'standby' dalam list tunggu masa je nak post. Aku ni je yang masih terkial-kial 'struggle' nak taip sebaris demi sebaris perenggan. Please don't 'BOOO' me.... Haha! Rasa loser sangat ni hah!

1. Raya Versi Pot-Luck
2. Ulang Cerita Raya 2016 - Raya Tanpa Lemang
3. Cerita Noktah Dengan Hasgtag
4. Tema Raya Paling Meletop 2016
5. Bila 'Dia' Memang Akan Menang 



. . . b.e.r.s.a.m.b.u.n.g . . .





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...