Thursday, August 18, 2016

Aku bercakap mewakili semua kamu

Bila penat semua jadi serba tak kena
Nak berkerja malas, makan tak ada selera, keluar jalan tak ada mood
Dan paling teruk mengundang kepada perasaan mengantuk yang teramat sangat
Kalau boleh seinci pergerakan tubuh pun tak nak gerak

Ini perkara biasa yang dilalui oleh manusia bahkan haiwan sekali pun
Kucing pun akan lari ke satu sudut untuk melelapkan mata lepas seharian 'bermain' dengan tuannya
Penat ni, walaupun kadang-kala bukan penat fizikal tubuh tetapi penat dalaman contohnya fikiran menjadikan tempoh masa seharian itu suatu yang sangat panjang dan terisi
Senang cerita bila bandingkan dua watak ni. Buruh dan ceo
Lain penatnya orang yang bekerja sebagai 'buruh' dan penatnya orang yang bekerja sebagai 'ceo'
Dua level berbeza, dua kedudukan berbeza, dua kerahan 'kudrat' yang berbeza

Aku?
Aku bukan dari mana-mana kedudukan sepertimana contoh yang diatas
Aku cuma manusia pertengahan
Kadang-kadang 'kuli' dan kadang-kadang 'ketua'
Jadi aku merasai dan 'mewakili' penat bagi keduanya

Seminggu ni rasa macam tiap-tiap hari adalah hari Isnin
Monday blue in a row of the week!
Damm...
Bila penat sebagai kuli aku mula rasa 'ah... best nya kalau aku yang beri arahan. Tak payah buat semua benda ni"
Tapi ada suatu tempoh dan ketika
Bila penat sebagai ketua aku mula rasa 'ah... best nya kalau aku ni orang bawahan je. Tak payah fikir semua benda ni"

Dan tempoh tamat waktu bekerja adalah suatu yang dinantikan
Jam e.n.a.m masa yang aku tungggu
Harap tidak perlu sesaat melebihi jarum ke saat e.n.a.m s.a.t.u. s.a.a.t setiap hari
Pejam sebentar dalam kereta sebelum menghadapi 'peperangan' penat di jalan raya
Dugaan dunia ~






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...