Tuesday, July 12, 2016

Ulang cerita raya 2016 - raya tanpa lemang


-----

Seminggu beraya memang tak rasa. Kejap sungguh! Lemang pun tak sempat rasa weh. Raya tahun ni 'havoc' dia lain macam sikit. Raya tak makan lemang memang 'bukan raya' namanya. Kan?

Tahun ni tak buat lemang and tak buat ketupat. Tak macam kebiasaan tahun-tahun yang lepas. Bukan malas u alls... Tapi bekalan air dekat rumah 'tak ada' hampir seminggu. Ada air, sebesar jari kelingking. Itu pun dah tengah-tengah malam kul duabelas gitu, terputus-putus pulak tu senah oi... Mak aku bising gila! semua plan terbantut dan mak just decide buat nasi impit, kuah kacang and kuah lodeh. Then rendang ayam pun makan dengan  nasi impit. Senang kata motherr. Kes tak de air ni bukan aku je yang kena, tapi ramai senasib. As master in keyboard warrior, ligat tangan viral kat fb pasal kes ni. Walau tak trending sehebat FIFA 16, at least keluar berita dekat tv!

Aku ulang cerita raya tanpa lemang aku tahun ni

Raya pertama, dimulai dengan sesi photobomb. Sesi bergambar satu family kena gempak. Lepas balik dari masjid solat sunat raya mulalah sesi posing 'ku putih... ku hitam... barulah comel' kami. Dari posing donaldduck face, muka separa kena lempang, sampailah posing 'kaki silang tangan di perut'. Tu belum termasuk buat 'boomerang' lagi. Patah riuk lah tulang belakang nak buat gaya. Motherr & fatherr pasrah je! tengok anak-anak diorang yang macam apa niha. Lepas dah separa masam ketiak berpeluh posing sakan, disebabkan tekak belum dapat rasa lemang, hati melonjak nak keluar beraya mencari lemang. Dah pakat dengan adik aku, dua-dua hantu lemang. Tengah tauch up mekap nak keluar rumah, empat buah kereta datang serbu halaman. Full house on the spot! Sudah jadi tradisi untuk raya pertama, tetamu datang tak putus-putus. And that the story of the day 'begin'. Macam dah dapat nombor giliran je, lepas sorang and sorang tetamu datang sampai ke malam.  As 'sisturr' watak tu memang kena ada and standby kat rumah. First day raya, misi mencari lemang terbantut!

Raya kedua, family akan balik kampung belah ayah dekat nogeri. Memang itu jadual raya kedua sejak dari kecik lagi and since kampung belah mak still kat Pahang je. So, motherr and fatherr tak penah berbalah yang 'i nak balik kampung i.... u kena ikut!' Memang tak pernah. If buat memang 'drama' sangat! Sampai rumah wan aki, terus cari lemang kot ada. Kuciwaaa dihatiku! Wan aki pun tak buat lemang tahun ni. Berhuhu-huhu sangat aku! Dekat kampung nogeri pula, kami adik beradik memang jenis tak pandai berkawan dengan orang kampung sana. We just in our own community. Ish! Our bad... So, tak beraya selain rumah wan aki. Second day raya, misi mencari lemang terkandas ditengah!

Raya ketiga, kebiasaannya sebelum balik, fatherr akan ajak kami-kami ni singgah rumah saudara mara. Ziarah menziarahi mengeratkan silaturrahim sesama keluarga. 'Sekurang-kurangnya tiga buah rumah...' kata fatherr. See... sekurang kurangnya tu dah tiga rumah! Itu memang wajib. Aku dah 'yes!' dalam hati. Kot-kot lah dalam banyak-banyak buah rumah ada hidang lemang. Kan ke tercapai hajat raya nak makan lemang tu. Lepas sebuah-sebuah rumah singgah, macam-macam hidangan masuk perut. Tapi lemang non-ada! Keciwaanya tu disini, di dalam hatiku sangat!. Third day raya, misi mencari lemang masih buntu!

Raya keempat, kita pergi beraya kampung belah motherr pulak. Kena adil, Tau tak.... kena adil! Haha. Tahun ni meriah nya lain macam sikit since belah mak buat 'family day'. So, semua keluarga kumpul sekali dan serentak. Belah mak pula, adik-beradik mak ramai. Adik beradik mak sahaja dah 10 orang, anak-anak diorang dah berapa... cucu lagi. cicit belum cerita! Memang ramai. Aku macam tak kenal sepupu dah kedang-kadang tu. Yang kanak-kanak jangan tanyalah. Nama sorang-sorang memang tak kenal. Yang tak bestnya dalam ramai-ramai tu tak ada pun yang 'sebaya' aku. Kau tahu tak perasaan 'kaget!' tu macam mana. Hakak aku juga yang best. Yang sebaya dia je dah empat orang. Datang je terus tubuh geng dia. Aku juga yang terpinga-pinga sesorang. Nasib lah aku ni sisturr yang dikasihi adiks. Geng dengan bebudak jelah kita ya. Since kami buat beraya 'plus' family day, macam-macam aktiviti dirancang. Dari sukaneka kanak-kanak dan dewasa sampai lah sesi gotong royong masak-memasak. Well, dah hari keempat raya kan. Menu dah berubah ala-ala makan nasi lah pula. Lemang dah disisihkan. So, menu haritu kata nasi berlauk. Siapa nak lemang, pergi main jauh-jauh. Fourth day raya, misi mencari lemang semakin disisihkan!

Raya kelima, memang mood raya dah jadi suram. Yela teringatkan esok dah balik kl. Esok dah kena kerja. Terus syndrome down mental jadinya. Adiks aku pagi-pagi dah naik bas balik JB, orang pertama nangis sebab kena balik study. Bertabah je dia kesat air mata lambai tangan dalam bas. Lepas tu sorang-sorang start enjin balik. Mak dah siap packing sorang satu bekal. Dengan nasi, gulai ayam, seronding daging, kuih raya. Mum you are the best!! Sebelum balik kakak aku cakap nak masak 'special'. Aku masa tu tak jadi balik, tunggu dia siap masak. Kot lah dia buat 'seperas' lemang. Ye dok? Haha, jangan mimpilah. Memang tak ada nya kakak aku nak mengipas bara dan tunggu masak lemang tetiba. Memang rekod lah! Masuk buku sejarah kalau betul dia buat. Even though, tak ada lemang, terhidang nasib arab atas meja. Memang terbaik! Ber 'anna...' 'ante...' la lepas makan nasib arab dia. Fifth day raya, misi mencari lemang boleh masuk beg simpan jadi kenangan jelah!

Raya keenam? Kita raya dengan laptop, kita raya dengan projek. Okeh bos dah jeling. Kau ingat dia jeling tu nak bagi lemang ke nak bagi lempang? Hah! Kau kira berutung la dapat juga beraya, adiks aku yang kat bawah ni makan apa lah waktu raya kat perantauan? Last word, 'Selamat Hari Raya dan Selamat Bekerja.' Raya sebulan kan, so chill je. If siapa buat open house and ada lemang, please invite me! Thank you in advance.





6 comments:

Norhayati Mohd Isa said...

Bab tak ada air memang lah terencat nak memasak kan Shasa..

Kesian pulak tak dapat makan lemang ye..
FIL akak buat lemang 2 hari raya hahaha..
sebab tak nak berpanas masa puasa..
bila dah raya boleh minum air kihkih..

Terima kasih singgah blog akak ye :)

Puan Wawa said...

selamat hari raya.. best kan lemang..")

Shahida Dzulkafli said...

Raya kalau x kena lemang memang kureng sikit kemeriahan dia.. Lemang is wajib.. kikikiki..

shasa_fiez said...

To Norhayati Mohd Isa, Puan Wawa, Shahida Dzulkafli : Ala... nak lemanggg. *sob sob!

Khir Khalid said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri... saya tahun ni bnyk pulak makan lemang hehee... salam ukhwah & ceria aidilfitri... :) :)

Carl Dani said...

selamat hari raya!..hehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...