Friday, July 1, 2016

Tema raya meletop tahun 2016

Kalau nak pilih tema raya ni biasanya terserah kepada kakak aku. Memang dia terer bab-bab keluarkan pilihan tema baju raya macam ni (sejak azali kot) dan akan di review terlebih dahulu oleh adik aku (yang ni 'bakal' pereka fesyen) sebelum semua orang dalam famili dikerah untuk patuh mengikut arahan. Kau bayangkan lah, bila berdua ni bergabung memang kebabom! lah jawapnya. Sorang beri idea, sorang bantah... sorang bantah, sorang kata, 'kau dah kenapa!?'. Ish... Nama color tu pulak memang bukan yang basic color dalam color pattern lah weh. Mix sikit color ni dengan color tu, terus dapat nama 'pelik' kebenau. Pastu mulalah aku buat muka kata, 'payah lah cari color tu... korang...?'. Then mula lah laju kakak aku bidas, 'nanti aku carikan!'

Hah...kalau dah sampai peringkat dia nak tolong cari kan tu kira 'bertuah' sangat lah. Dan memang dia kaki shopping. So, nak bid dengan orang kaki shopping ni senang je. Bagi duit secukupnya, result nanti kau tunggu jelah. Haha! Tapi biasanya jarang lah. Selalunya dia akan 'heret' aku sekali bawak pergi shopping baju raya. Sebab kalau nak harapkan aku cari memang sampai malam raya kot baru cari baju. Itu memang muka 'tadah' penampar jawapnya. Dan kalau harapkan dia tolong carikan, nanti berjela-jela lah 'wassap' dari dia hantar, 'yang ni okay tak...?', 'aku rasa ini okay kot...!', 'kalau yang ni....?', 'yang ni...?' dan tripple yang...yang... yang.... yang lain!. Bukan ke tak tenteram jiwa raga kau satu hari dibuatnya. Kan! Jadi bertabah lah, ikutkan je

Aku memang tak pandai pilih baju. Terutama baju raya. Not like any other typical women yang suka shopping dan akan naik 'gila' bila tengok baju-baju yang 'terhidang' dalam kedai. Aku cepat pening. Nak pulak kalau tak jumpa yang berkenan dihati dan kena buat tawaf satu mall, butik atau jalan 'tar'. Kirim salam lah! If pergi dengan kakak aku ni, sekejap je masuk corner sana 'dapat!', masuk butik sini 'dapat!'. Macam dia tau je mana kedai 'target' yang kau patut terjah. Clap...clap...clap. You deserve it!

Untuk boys dalam famili, biasanya diaorang tak banyak cerewet. Mereka biasanya pasrah je. Raya tahun sekali kan. Lagipun bukan sedondon 'sejibik-sejibik' kain itu. Macam kain nak buat langsir, yang sampai kena sama satu rumah. Ini tak, terserah lah nak design atau fesyen baju macam mana, asalkan dalam range warna tema. If light sikit or dark sikit, it is big OK!. Jangan dibuat color tema biru kau beli ungu dah lah! memang nak masuk kategori geng muka 'tadah' penampar aku jugak tu. Haha

Dan biasanya untuk boys ni mereka memang pakar cari sendiri-sendiri. If tak pun, mereka akan keluar dengan his chosen 'favorite' brother, since nak harapkan his own sirturr yang sorang ni (aka akulah tu) memang tak boleh pakai. Huh, aku terima nikahnya! dah kenapakah!! Ish.. aku terima kenyataan! Senang cakap, set-set boys ni, 'prengggg' motor je balik rumah dapat dah satu bag baju. Setel!. Tahun ni diaorang borong baju 'wak doyok' - elrah. Untung lah!

My mum and my dad macam mana pulak kesnya? Setuju ke tidak...? Okay, setakat ni memang tak pernah kena 'reject' proposal dalam usul tema color dari kakak aku. They are too COOL okay! And untuk mengelakkan dari nampak sangat macam sistem 'paksaan atau saya yang menurut perintah' (ayat favorite goven letter), kakak aku akan belikan sekali baju untuk mum dan untuk ayah yang boys akan carikan.

Yes! Kebiasaan setiap tahun kitaorang biasanya beli baju siap. Jarang buat atau tempah sebabnya kalau tempah biasanya kena awal dan color baju akan jadi sedondon 'mak jah'! Yang tu boys kurang berkenan sikit. Kecuali if tema color hitam lah, warna tema tu yang boys memang dah lama request tapi tak pernah 'lulus'.

Tema color yang lepas (2015) dark or light chocolate theme - warna tanah, (2014) denim theme, (2013) arabian theme, (2012) red theme, (2011) greenish theme, (2010) purplish theme. Yang tahun ni? Hah...! (2016) Salmon theme (or in coral pink). Semua dah dapat, cuma tinggal nak posing je masa raya. Meletop ke tidok!






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...