Tak nak kurus, Tapi ideal

Pernah dengar yang gemuk nak kurus, dan yang kurus nak gemuk. Memang lumrah manusia la tu. Sentiasa rasa diri kurang 'adil' berbanding orang lain. Dan jika ada yang rasa diri sudah 'okay', ada pulak mulut-mulut yang mengatakan sebaliknya. Ketidaksempurnaan seseorang jadi tolak bandingan. Why! Why people...

'You're too cuvy, you should lose weight
You're too thin, you need to eat something'

Hey! Heyy...! Pandai nau si mulut-mulut tu bercakap ya. Well listen up, you just need to say 'NO!' You're too judgemental... and you need to back up and worry about yourself'

Aku pernah banyak kali kena pasal perkara yang berkaitan 'saiz' tubuh badan atau penampilan ni. Sila take note kat sini. We are now talk about 'size' tubuh badan not about 'santik' atau kecantikan paras wajah a.k.a rupa. Dua subject yang berbeza ni. Since, aku ni agak 'underweight', so kakak aku (yang pakar pemakanan ni) selalu beri perhatian lebih kat aku. Makan banyak sikit.... Minum ni.... Cuba vitamin ni... dan E T C yang lain. Itu ayat favorite dia! Aku stress? Haha, Stress kenapa pulak kan! Orang suruh kau makan, bukan suruh 'pose' atau diet. Ye dok! Nasib lah aku jenis bukan 'picky' pada makanan. Boleh je belasah semua makanan. Cuma 'gen' aku ni terambil lebih gen ayah, so kadar metabolism tinggi macam dia juga. Makan banyak mana pun, susah nak naik berat. Okay, yang tang ni memang kena berSYUKUR lebih. It is must!

Baik! Aku bukanlah nak cerita pasal diri sendiri di sini. Karang tak pasal dapat dosa 'riak' secara berjemaah. Sebenarnya saiz tubuh badan atau bentuk badan ini sebenarnya saling berkait rapat dengan paras 'ketinggian' dan kadar 'berat' seseorang individu. Yang ni aku belajar dari kakak aku. Cara betul mengira bentuk badan yang ideal. Kita semua kena faham betul-betul konsep ini, jangan ingat yang semua yang kurus itu sihat atau yang gemuk itu sebaliknya. Nope! That is wrong concept of being ideal & healthy person di mana berkait rapat dengan bacaan Indeks Jisim Badan (BMI)

Bentuk badan ramping bagaikan peragawati itukah yang dikatakan cantik menawan? Walaupun istilah ramping itu subjektif kerana ada yang mempunyai rangka besar dan kecil, tetapi ada ukuran tertentu digunakan untuk menentukan sama ada seseorang itu sudah berada dalam bentuk badan yang ideal atau sebaliknya

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan Indeks Jisim Badan (BMI) sebanyak 22 sebagai berat badan unggul (tetapi 23 juga diterima). Ia bukan saja boleh menjadi pengukur kepada keseimbangan berat badan, sebaliknya menjadi penanda aras bagi kekerapan untuk tekanan darah tinggi
Indeks Jisim Badan
Ukuran BMI

a) Cara kiraan BMI ialah membahagikan berat badan dengan ketinggian (dalam meter) ganda dua atau Berat (kilogram)/[Tinggi (meter) x tinggi (meter)]

b) Untuk lebih tepat, anda boleh mengira sendiri berat badan yang unggul mengikut ketinggian masing-masing. Caranya ialah: 23 x tinggi (meter) x tinggi (meter)

Contoh : Sekiranya ketinggian anda 1.5 meter maka :
Cara kiraannya ialah: 23 x 1.5 x 1.5 = 52.

Ini bermakna bagi individu yang mempunyai ketinggian 1.5 meter, berat badan unggul ialah 52 kilogram.

c) Mengukur ukur lilit pinggang.

Ukur lilit pinggang bagi wanita mestilah tidak melebihi 80 sentimeter (32 inci) dan lelaki pula antara 88 hingga 94 sentimeter (36 hingga 40 inci).

Nisbah ukuran pinggang dan punggung (WHR) adalah kaedah penentu untuk mengetahui bentuk badan baik dan ideal bagi setiap orang. Caranya ialah membahagikan ukuran pinggang dengan punggung yang mana bagi wanita, ukurannya mestilah tidak melebihi 0.8 dan 1.0 bagi lelaki. Sekiranya nisbah WHR melebihi tahap ditentukan di atas, bermakna bentuk badan kurang cantik walaupun BMI anda dalam lingkungan normal

Kena jelas pasal ni. Jangan terlalu ikutkan orang untuk jadi kurus. Diet bertahun-tahun tak makan nasi, tapi sumbat roti berplastik-plastik. Tak boleh! Kena seimbang dan ingat berdiet itu tak salah. Makan nasi juga tak salah. Cuma amalkan dengan kadar 'kuantiti' yang seimbang dan juga 'kualiti' makanan tersebut dari sumber 'kelas-kelas' mereka dengan betul. Kalau boleh kira kalori setiap makanan yang diambil lagi cantik! Boleh?!






Post a Comment

3 Comments

nohas said…
kurus keding pun tak menarik kan..

nk kira kalori tu cm malas...letih nk buat maths..hihi..mkn bila lapar, berhenti seblm kenyang..
Afif Rayyan said…
Dapat badan macam dalam gambar tu memang ngam.. ahaha
shasafiez said…
@nohas : Haha, setuju!
@ Afif Rayyan : You bet me bro! BodyGoal!! Haha