Friday, July 1, 2016

Salam dihulur zakat diberi

Bila masa tibanya raya, semua orang sibuk keluar beli baju raya, kasut raya, kuih raya, perabot raya, kereta raya, langsir raya... yang hanya mampu dibeli oleh orang yang kaya 'raya'. Golongan sederhana macam aku ni hanya beli yang mampu dan syarat je. Jika ada rezeki lebih, kita jadikan sebagai 'duit raya'. Beri kepada mereka yang budak-budak sebagai tanda keraian atau golongan memerlukan. Perlu ingat, yang sedikit sebanyak portion dari rezeki kita tu adalah hak orang lain, iaitu golongan asnaf / fakir dan memerlukan. Sebab itu adanya rukun kelima iaitu mengeluarkan 'zakat'

Sempena bulan ramadhan ini, mari kita semak sikit tentang zakat. Takkan ingat nak raya je kan! Di bulan ramadhan ni, kita (yang telah layak dan cukup syarat) di WAJIB kan untuk membayar zakat fitrah. Aku dulu pun tak ambil 'port' sangat bab-bab ni since masih ada tanggungan iaitu ayah. Ayah yang tiap-taip tahun yang bayarkan. Tapi sekarang dah besar panjang, ilmu dan pengetahuan dalam isu zakat ni kena lah tahu. Bukan setakat pergi kaunter zakat/masjid, duduk salam dengan pegawai yang dilantik, bayar zakat then 'gerak lu papa roger'! Memang kesian lah! Ilmu setakat itu jelah yang kau tahu.

Pengertian zakat ini luas. Zakat dari segi bahasa bermaksud mesucikan, subur, berkembang. Banyak pengertian yang boleh dikembangkan daripada perkataan di atas, misalnya ia mensucikan harta, menyuburkan silaturrahim dan mengembang punca rezeki. Dari segi istilahnya pula, zakat adalah mengeluarkan harta mengikut syarat yang ditentukan oleh syarak dengan kadar tertentu golongan tertentu (asnaf zakat) - sumber dari konsultan zakat

Zakat ni kita boleh umpamakan macam proses mencantas pokok lah. Bila kita cantas dahan pokok ni, akan nampak 'gondol',  tapi hasilnya pokok akan jadi lebih rendang dan subur. Macam itulah bila berzakat. Kita keluarkan harta kita, pulangannya kita akan dapat lebih daripada apa yang kita keluarkan. Ia menyuburkan harta dan menjadikan lebih merimbun dan subur. Jadi jangan anggap zakat ini satu bebanan. Kalau sedekah yang sunat itu boleh lah kata tak nak buat, tapi zakat ini wajib. Ingat ianya wajib!



Boleh semak atau membaca tentang bab zakat ni untuk tahu lebih. Aku sendiri pun banyak lagi perlu belajar. Kita buat pelahan-lahan. Tentang hikmah zakat, siapa yang layak bayar zakat, siapa yang layak terima zakat, syarat berzakat dan lain-lain? Luas kot ilmu dalam skop zakat ni.





1 comment:

Shahida Dzulkafli said...

yup.. saya pun masih banyak lagi nak kena belajar pasal zakat nie..
nice sharing..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...