Thursday, July 28, 2016

Raya Versi Pot-luck

Ini cerita open house raya. Macam dah jadi tradisi, puasa sebulan, raya pun sebulan. Bahagia lah rasa bila tarikh pada kalendar sentiasa 'full' dengan booking date open house. Itu belum yang office buat lagi. Memang 'open office' juga lah kau sebulan.

Tapi bila cakap open house atau open office ni buat ala-ala 'potluck' mula lah kau panik. Tak tahu nak bawak apa. Yela, dah biasa jenis kena suap dengan makanan yang terhidang atas meja, sekali kena bawak bekal sendiri untuk dikongsi dengan rakan-rakan atau orang mula lah tak keruan hidup. Celah mana nak cari makanan yang dibawa. Nak masak!? teringat diri tak memang tak 'power'. Dengan tekak sendiri pun susah nak terima, tekak orang lain kau rasa?

Sebenarnya untuk melakukan majlis ala 'potluck' ni biasanya telah dan kena dipersetujui oleh setiap orang. Bukan main nak buat surprise 'tadaa!' punya tema atau majlis. Tak pasal-pasal telah membuatkan majlis tersebut tidak harmoni atau kata lain 'keterpaksaan' untuk turut serta. Yang ni memang berat sebelah kalau kau ni hidup bujang sendiri yang menu paling 'lazat' kau pernah buat adalah megi taruk telur goyang. Hah! Tak ke tak 'demam' pikir menu nak kena bawa ke office. Nak bawak air liur je nanti confirm kena kecam dengan officemate.

Risau! Neyhh. Aku dah berpengalaman kalau bab-bab majlis potluck ni walaupun pada mula-mula perkataan potluck itu sendiri adalah agak atau MEMANG janggal bagi aku. Bayangkanlah, first time, ingatkan potluck macam main 'music chair' kekdahnya. Kira ada muzik kau round meja, then bila muzik berhenti! lucky or not menu mana kau dapat. Nampak tak memang 'kelaut' maksud yang aku fikir. Tapi bila dah dapat tahu maksud sebenar potluck ni, ianya tidaklah segembira itu.

And as salah seorang officemate yang masih 'bujang' terlanjak ni, biasanya majlis potluck ni boleh bikin gaduh. Kah! Ok yang gaduh tu aku sengaja buat 'onar!'. Tak adalah sampai gaduh tetapi buat orang panik terutama yang 'tak pandai masak'. Opsss 'yang tak BERAPA pandai masak' a.k.a yang bujang. Sebenarnya juadah menu ala potluck ni adalah mengikut level kepakaran dan hidangan yang perlu atau akan dibawa oleh setiap orang. Takkan lah yang 'bujang' nak disuruh buat menu 'utama' macam ketupat atau rendang. Ye dak!? Menu yang paling 'biasa' dijadikan pilihan kepada mereka yang bujang ni adalah kategori makanan simple atau 'side dish' je. Kalau tak sedap atau 'tersedap' pun tak akan kena kecam. Tok sah lah risau sangat! Aku ada tips.


Jadi kepada sesiapa yang melalui situasi di mana majlis yang perlu diadakan ala-ala potluck, ni beberapa tips yang aku sering guna pakai adalah:

1. Jangan sengan untuk mengaku diri tak berapa nak pandai masak.

Ini sangat penting! Jadi orang tak ada lah beri 'expectation' yang tinggi sangat pada kau bila menu juadah yang dihidang adalah sangat 'rare' atau dalam kategori lain berbunyi 'ek eleh.... ini je' punya hidangan. Tak mengapa, jangan nangis nyuruk tepi pantry ok!. Buat cool je! Paling tidak, menu susah yang kau kena buat masak nasi impit je. Dan paling senang, bawak buah. Kau belilah limau sepeket kat pasaraya. Lepas tu basuh then potong enam bahagian. Kalau 10 biji, dah dapat lah enampuluh! Beres~

2. 'Volunteer' kan diri untuk buat air

As yang aku cakap tadi, sebelum majlis ala-ala potluck ni diadakan pasti ada sorang yang akan lead the conversation or event. Dan orang yang 'layak' ni biasanya kakak-kakak yang senior yang dah berpengalaman bab buat majlis makan-makan ni. Meeting kena buat sekurang-kurangnya sekali sebelum majlis. Atau paling tidak pun akan ter-wujud-lah group whatapp 'Majlis Potluck XXX' yang semestinya anda takkan terkecuali dijemput masuk secara automatiknya. Sedialah dengan beratus-ratus whatapp masuk secara 'konsistennya'. Jadi masa korang tengah berbincang tu, terus volunteer pick menu yang kau yakin kau boleh handle dan senang untuk dibuat atau dibawa. Contoh senang air. Yes air! Walaupun nampak simple tapi sangat besar ertinya beb! Kau ingat makan tanpa air itu senang ke?!

3. Beli makanan segera / frozen

Sila take note kat sini yang dimaksudkan makanan segera atau frozen ni tidak semestinya nugget, hot dog atau french fries je. Sekarang ni dah banyak makanan typical melayu yang telah disejuk bekukan seperti karipap, roti bom, keria, donut dan banyak lagi di pasaran. So, jadi kreatif. Tak salah terus beli dekat mak cik kat gerai tepi lorong masuk kerja tu. Aku ulang, Tak salah! Cuma, tunjuklah sifat ke-rajin-an itu. Kot-kot lah ada yang jatuh cinta gigitan makanan pertama. Hah! Tak pasal-pasal bulan depan naik pelamin. Gitu~

4. Jadi co-runner beli barang keperluan dan bukan co-makanan

Okeh selain daripada bab makan yang perlu diberi perhatian, barang keperluan untuk pinggan mangkuk, sudu dan cawan juga penting. Senang cerita ianya ibarat macam isi dengan kuku jugak lah. Tak boleh dipisahkan. Kecualilah memang majlis potluck tu dah terang-terang cakap 'AMBIL PERHATIAN SEMUA. PINGGAN DAN CAWAN TIDAK DISEDIAKAN. SILA BAWA SENDIRI DARI RUMAH'. Kalau peringatan itu digunapakai, so jobscope yang ni tak boleh pakai. Co-runner untuk beli barang keperluan ni tak susah. Beli pinggan dan cawan pakai buang. Banyak!

5. Pilih makanan yang lari topik 'raya' tapi mengujakan unuk makan

Bunyi mengujakan kan. Macam kau lah yang hebat di alam semesta. Kah! Tak susah sebenarnya pilih menu yang lari topik ni. Sebab memang menu yang begini aku selalu buat. Sebagai contoh bawak pencuci mulut. Hah! Jangan nak over ter-pengsan pulak dengar 'pencuci mulut' tu. Pencuci mulut tak semestinya kena bawak koktail, kek 'fashionvelvet' bagai. Tak payah sampai extreme pemikiran tu. Over kau jah! Baiklah, biasanya aku pick pencuci mulut ni sebab senang. Aku selalu beli ais cream potong je as desert yang ada jual sekotak-kotak dekat pasaraya. Selain daripada tu boleh bawa sandwich! Aku pernah bawa sandwich masa majlis hari raya tahun lepas. Kan ke 'lari tema' tu kan. Tapi percayalah! yang tu paling cepat habis dan laku. Kenapa? Sebab orang dah start fikir untuk 'diet' lepas dah makan lemang ketupat berkilo-kilo. Haha!

Banyak lagi sebenarnya tips boleh bagi, tapi aku rasa yang nombor 1 hingga 5 diatas pun dah boleh digunapakai. Kalau masih tak boleh terima dan boleh 'histeria' bila ada majlis ala-ala potluck ni, boleh PM tepi longkang. Nanti aku roger! Janji bak singget sejam.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...