Friday, July 15, 2016

Perempuan punya kepoh

------

Masa balik kampung minggu lepas, adalah 'moment' yang paling seronok apabila aku adik beradik yang boys dan girls berkumpul sekali depan tv tengok drama, berborak bertampar di halaman rumah intai jiran main mercun, bersilang tangan di dapur ketika makan dan berhimpit-himpit dalam kereta nak balik kampung beraya. Seronok! Memang seronok! Sampailah timbulnya satu soalan 'ajaib' daripada adik aku yang boy, tanya kat sisturr dia yang sorang ni dengan tiba-tiba. Soalan dia 'deep' weh, 'Angah! Perempuan memang 'kepoh' ya!?'. Kau rasa masa tu aku nak jawap apa...

Rewind kembali sketsa yang terjadi pada diri aku sendiri sebulan yang lepas. Kot lah boleh 'relate' dengan soalan adik aku tadi. Ini cerita bukan nak mengutuk tetapi sebagai iktibar bersama 'especially' kaum perempuan. Eh terasa pulak aku! dan cuba 'relate' kan dialog di bawah bersama dengan gambar 'contengan' cakar ayam aku tu. Ya...paham! Gambar tu terlalu 'berseni'. Paham... *angguk-anguk kepala sambil lari masuk dapur

'hey nyah, bila kita nak bla..bla..blaa......nyah!'
bla..bla..bla..blaa..bla..bla..blaa..bla..bla..blaa..la....bla..bla..blaa.....nyah!
HAHAHAHAHAHAHAHA!
HAHAA!!!HAI!!!
bla..bla..blaa..hotnye dia bla..bla..blaa.. sambung balik!
LOL SANGAT!
HAHAHAHAHAHAHAHA!
HAHAA!!!HAI!!!
bla..bla..blaa..bla..bla..blaa..nak kawin dah ke?!
HAHAHAHAHA*dengan sekuat hati jantung usus*


Korang pernah tak mengalami situasi di atas? Berasap lahai telinga dengar diaorang punya cerita. Kita yang duduk sebelah tunggu kawan tak muncul-mucul masuk butik dah macam join 'group' kanak-kanak tadika dengar cikgu cerita kat depan kelas pulak. Ini semua pasal ter-dengar (bukan niat) sebijik-sebijik semua 'plot' cerita diaorang yang bernama 'kepoh' berborak 

Start dari mukadimah pengenalan 'oi Jah...! lama tak jumpa! Makin gemokk kau Jah!' (mulut tak de takaful insurance betol!) sampailah ke plot 'drama' Dewali ahad lepas kau terlupa nak tengok disebabkan tertidur gara-gara terlantar kenyang melahap bbq kambing rumah cik Roslan. Tah sapa Roslan ni pun aku tak kenal. Hahaiii...lah!

Bukan apa aku sebagai budak-budak lagi ni nak tegur nanti terasa. Tak tegur nanti sendiri kena hadap dan tempuh dengan perasaan 'redha' walau dalam hati tu berzikir minta janganlah TER-'smashdown!' WWF 'kepoh' itu. So, jika anda antara 'kamu' yang termasuk dalam set-set macam ni kalau nak cerita berapi tu 'cuba' cakap kat luar. Duduk satu sudut hujung, buat gaya 'usrah' lagi cantik. Tapi pastikan air liur tak terpercik kat muka kawan depan dan cuba control 'gaya tangan' sekali. Karang tak pasal-pasal ada yang kena 'libas' panahan petir kilat halilintar. Senget muka kawan tu, tak sedar siang ke malam hari. Ni aku kira cakap baik-baik dah ni  

Aku as 'perempuan' pun paling annoying plus malu kalau ada 'kepoh' yang tak kado kan diri bercakap punya lah kuat. Hashtag hotsetaff sangat! Ini bukan marah. Tak marah! Cuma nasihat. Dah diaorang cakap kuat-kuat memang nak bagi satu kedai dengar ke. Sebab dah tak tahan, at last aku tarik headphone cucuk dalam telinga dengar lagu 'Gerua' sorang-sorang sambil makan twistis




2 comments:

PeRdU cINta said...

Hihi...macam2 ragamkan...ada yamg betul2 pendiam..ada yang sedang2...ada juga yang tidur pun masih bercakap...

shasa_fiez said...

@PeRdU cINta : That is true!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...