Monday, July 11, 2016

Noktah dengan hashtag

Kalau nak kisahkan perihal adik beradik aku memang tak akan ada noktah. Ada je cerita dan kisahnya. Kalau tak ada pun, 'dan...dan...' tu jugak boleh reka cerita dan kisah. Seronok! Nak pulak kami ni bilangan adik beradik ramai. Dengan sisturr dan dengan brothurr... Tiap-tiap sorang berlainan personaliti, perwatakkan dan kerenah. Kalau masa baik tu bersayang 'muah...muah lah'. Tapi ce tunggu bila time gaduh. Memang rasa nak 'pang! paaaangg!' sorang-sorang. Macam mana lah mum boleh bersabar. Hashtag 'respek!'

Gap antara sorang-sorang pun tak banyak. Rapat-rapat. Cuma yang kecik sekali tu gap besar sikit. And ofkos itulah yang paling manja dan disayangi lebih oleh kami. Atas aku, kalau korang sedia maklum ada sorang kakak. Hanya and the only kakak. Abang non-ada. Tu yang kadang-kadang jeles bila family sulung atau boleh jugak dikategori kepala keluarga itu 'lelaki'. Responsibility dia 'tinggi' weh! If tak ada kakak aku, next person yang kena pikul responsibility tak ke 'aku'. Hah...! kan aku dah cakap tadi, responsibility tu tinggi. Hashtag 'jeles'

Masa kecil dulu since bawah aku ramai lelaki, aku memang selalu masuk dalam team 'lelaki' lah. Main mainan lelaki, bergaul dengan geng lelaki. Bab mainan pinkish-pinkish or gugurl ni memang tak masuk lah dengan jiwa raga aku. Tu yang tercipta nya aku dan kakak tak 'ngam'. Sikit-sikit gaduh! sikit-sikit masam muka. Kakak aku tu pulak cucu sulung. Semua tersayang lebih kat dia. You should see how many 'anak patung' yang dia ada, memang berlambak! Mainlah pondok-pondok dia sesorang kat corner pelantar rumah wan. Aku...!? Haha. Aku pergi main gasing. Baru ganas beb! Dah besar panjang ni barulah paham kepentingan ada kakak ni hah. Masalah perempuan kekadang mana boleh cerita dengan lelaki. Non-paham nya set-set boys ni. So, balik ke pangkal jalan, kena ngam dengan kakak. Gap aku dengan adik girl bawah aku besar. Nak kongsi masalah dengan dia macam 'err...err...' Hashtag 'theoneandonlykakak'

Sisturr yang baik adalah sisturr yang disayang lebih oleh adik-adik. Betul kan! Korang kena faham konsep ni. Aku jenis yang susah nak marah, vise verse dari kakak aku. Dia punya top record adalah 'membebel' dan 'marah'. Bisa weh kalau dia bebel. Ambil aura my mum lebih kot dia ni. Dan aku jenis cool and steady. Siapa buat salah aku pancing dengan rotan! Eh salah, aku pancing dengan ayat kias. Macam, 'jangan lah buat macam tu tak baik. Adik yang good adalah adik yang comel'. Budak-budak dengan ayat 'comel' memang sinomim. Take note tu. Then, last tunjuk 'tumb up!' kat mereka and say 'goooodddd~' Tapi kekadang tu marah tu perlu, cuma jangan dengan tengking dan keganasan. Marah dengan bawa sedikit 'pengajaran'. Bandingkan dengan perkara baik dan kontra dari apa yang mereka buat salah tu. The result memang 'yeaah!' aku jadi kakak favorite. Hashtag, 'skillismust'

Bila sorang-sorang dah membesar dan melepasi ketinggian their own sisturr ni, baru lah aku sedar yang masa berlalu terlalu cepat. Rindu saat berkumpul ramai-ramai bergelak ketawa tak ingat sampai tengah malam. Sekarang masing-masing dah keluar rumah mencari haluan perjalanan dan career masing-masing. Yang masih bersekolah, sibuk dengan buku. Ya..ya... aku paham perasaan 'terpaksa' bercinta dengan buku tu adiks. Kih! Zaman tu je kau kena struggle lebih sikit diks, nanti dah boleh goyang kaki. Pikir hal ekonomi dan dunia sambil picit kepala pula. Hashtag, 'yourfuturebe'

Sebelum banyak lagi cerita, aku noktah dulu.
Aku sambung story raya!







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...