Tuesday, July 12, 2016

Isu besar, Punca kecil

Rewind and stay update [Blog : Post Review]

-----

Isu main signal ni memang bagus. Tapi dalam 'bagus' nya itu kadang-kadang boleh bikin panas hati jugak. Dua kategori jenis pemandu ni memang kalau buat sistem survey atau pusingan kalah mati, jenis pemandu yang 'Tak Bagi Signal' akan memang mejoriti lah! dan yang sentiasa bagi signal ni kurang sikit. So, aku malas nak sentuh pada yang 'menang' ni sebab memang dah banyak orang tulis pasal orang jenis pemandu yang tak suka beri signal ni. Populariti dah naik kan!

Untuk post kali ni aku nak tekankan isu yang jenis pemandu yang bagi signal ni. Bagus... jenis pemandu yang bagus... Aku suka! Aku suka! Nak memotong bagi signal... Nak himpit line bagi signal... Nak masuk simpang bagi signal... Wah! elok sungguh pekerti budak-budak yang ni. Boleh buat calon menantu gitu. Huh sudah... dah apakah!

Antara adab atau syarat yang aku kategori sebagai 'utama' jugak lah dalam sistem pemanduan adalah gunakan jari kelingkeng anda (kalau tak ada jari ni sebab kena mercun hari raya lepas, bolehlah guna mana-mana adik beradik jari yang lain yer) dengan menolak perlahan batang signal kereta masing-masing sebelum hendak melakukan perkara-perkara seperti memotong, masuk simpang, masuk atau tukar line. Mudah je! Kan....!? Dan bagi siapa-siapa yang buat dan patuhi syarat-syarat tu memang aku dengan besar hatinya beri laluan kepada anda, Tak adalah sakit hati sampai kena 'aim' orang 'taguna' kat sini

Tapi masalah yang sikit tak 'okay'nya kat sini, yang mana aku cuba sampaikan adalah jenis pemandu yang bagi signal TETAPI bagi signal 'all the time' and who yang tak boleh beza antara kiri atau kanan bila beri signal tu. What the 'thor....!' Yang bagi signal sepanjang masa ni buat orang teragak-agak untuk beri laluan atau pemandu dengan tenang. Sama kes juga yang jenis beri signal kanan then kau masuk kiri ataupun beri signal kiri then kau masuk kanan. Dah kenapakah! Banyak jumpa kat jalan jenis ni. Atau cuma aku je yang jumpa! Hummm... harimau betul.

Last word sebelum aku sambung kerja 'Use your turn signal properly. Save a live!'



 





5 comments:

Yana Libra said...

pernah gak nampak org camtu..dia tak perasan rasenye..tp mmg buatkan kita stress..huhu

Shahida Dzulkafli said...

Setuju juga part nie.. Bagi signal dah bagus tapi bila signal terus menyala sampai buat orang lain confuse.. dia ni nak gi mana sebenarnya.. Kang ptong, tetiba dia kona.. naye je..

Kamsiah Yusoff said...

kita punya tunggu nak keluar simpang..pemandu jenis tak reti ni selamba ja masuk simpang tanpa bg signal..

Lisa Nurulain said...

memang benci dengan orang yang tak reti guna signal ni

shasa_fiez said...

To Yana Libra, Shahida Dzulkafli, Kamsiah Yusoff, Lisa Nurulain: Yes! You feel me kan. Geram je rasa bila ada pemandu buat perangai macam tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...