Demand gaji perlu kena pada tempatnya

Post aku harini lari sikit dari cerita biasa yang aku tulis. Kita masuk sikit kepada topik yang sikit serius dan profesional. Ini kerana aku terpanggil dengan isu golongan millennium sekarang yang terlalu demand pada gaji. Aku rasa sedikit informasi yang berguna biar dikongsi dengan umum.

Baru bekerja atau sudah lama berkerja
Bekerja kerajaan, bekerja swasta atau bekerja sendiri

Semua akan merasa pasang surut, tenggelam timbul sesuatu perkara dan aspek dalam bekerja. Dari risiko kewangan sampailah kepada politik sesebuah organisasi dan badan berkanun tersebut. Di tambah serta sejajar pula tu dengan keadaan ekonomi seluruh dunia yang memang sebanyaknya mengundang kepada faktor yang aku sebut di atas.

Aku bukanlah lama dalam alam pekerjaan ni. Tapi penangan berada dalam 'alam pekerjaan' ni memang dirasai. Bayangkan kalau sepanjang lima tahun bekerja ni aku telah merasa bekerja di industri atau sektor yang berlainan yang pengalamannya itu ada pahit dan manisnya. Pengalaman itulah yang kau boleh ambil dan gunakan sebagai hujah untuk dapatkan 'demand gaji' yang kau layak

Aku mula bekerja pada dalam industri 'development and construction' pada tahun 2012. Kemudian, dimasukkan ke division yang lebih spesific iaitu development plus ID. Kira aku jadi consultant aka agent for those yang nak buat rumah atau ID kan rumah (Iterior Design). Team tak besar dan kami akan di-ganding-kan dengan seorang buddy. Kira macam konsep mentor and buddy. Projek yang akan aku dapat pulak bergantung pada klien. Jika projek buat rumah, maka berbulan-bulan lah kau akan monitor dan siapkan projek tu. Belum dicampur dengan sebulan monitor after serah milik dan lain-lain. Kau kena uruskan from scratch. Tahap pressure aku boleh bagi 80 percent. Gaji pula masa tu ciput je since aku baru lepas seminggu grad and degree masih belum berada dalam tangan (konvo aku masa tu lagi 3 bulan)

Lepas je konvo, aku terus apply kerja dekat KL. Masa tu kalau nak merasa kerja dekat dengan rumah memang tak akan dapat lah!. Jadi, untuk tahun kedua, aku mula bekerja dalam industri 'carigali'. Tapi bukan carigali untuk oil & gas okay, tapi carigali batu (granite dan mable). Seronok! Since, masa tu kerja kau menghadap batu je dan akan sibuk kalau ada tender atau projek masuk. Tahap pressure aku masa tu cuma 50 percent. Gaji dah up, dah boleh berlagak sebab degree dah ada kat tangan.

Sebab terlalulah 'heaven' dan 'tak mencabar', aku apply nasib kerja di Melaka dalam industri 'Aero Composite Technology'. Rezeki! dan untuk tahun yang sama aku kembali berada dalam zone 'mencabar' dalam chronology alam pekerjaan aku. Dalam industri aero ni aku berada dalam sektor composite UAV / Drone (Unmanned Aerial Vehicle). Defense and safety memang jobscope baru aku. Kalau korang ingat lagi isu 'Lahad Datu - Sulu Attack Sabah' tu, memang kami involve sepenuhnya. Aku berkhidmat kat sini paling lama. Hampir 3 tahun lebih aku kutip pengalaman kat sini sampailah timbulnya isu potilik dalam organisasi yang aku rasa ianya satu isu yang 'tak sihat'. Then aku terpaksa say 'bye'! Tahap pressure kerja adalah 99 percent. Gaji up sikit je dari sebelum ni.

Currently, aku kerja baru dalam industri yang baru. Industry 'Technology Educational' atau sistem e-learning. Kan totally kontra dengan pekerjaan sebelum ni. So, back to scratch of a new me. Belajar satu persatu tentang produk dan sistem teknologi tersebut. If nak educate people, kena lah ada pengetahuan dulu dalam sektor ni. Sangat lah kah! Mencabar... since malaysian's people still like traditional way of education method. If ada teknologi ni, lambat sikit nak terima dan nak pulak kita ni sama-sama bangsa. Kalau bawak mat saleh laju pulak percaya even mereka just ulang apa yang kita cakap je. Dah biasa...! Tahap pressure kerja cuma 70 percent. Gaji up of course! Hujah chronology dalam berkerja dah tebal kan!

Sepanjang chronology kerja, dah bermacam-macam jenis kerja aku buat dan bukan hanya tertumpu pada kerja yang tertera pada 'job description' dalam offer letter.  Nak merungut...? Memang ada! Tapi bila fikir semula, aku bekerja as a team, satu organisasi. Kalau seorang tak nak buat takkan boleh company sustain. Tak akan boleh bertahan. Jadi aku kena ambil dan fikir yang 'positif' even tak ada 'tambahan' duit gaji pun masa tu. Kerja pulak makin banyak dan skop kerja makin besar. Korang bayangkan lah aku kena fikir as what CEO should be thinking. Tak berbaloi rasanya dengan gaji yang dapat. Tapi bila fikir pasal 'pengalaman' yang dikutip memang takkan dapat di tempat lain. For sure, ia 'mematangkan' aku sepenuhnya. Dan dalam masa yang sama, telah 'membentuk' aku yang sekarang.

So, bila tengok younger sekarang demand gaji for their first job, mak aiii! Tinggi giler! And that just for the 'executive' level position of job. Wahhhhh... Macam senang je.

Percayalah, gaji yang aku dapat sekarang ni pun 'mungkin' rendah kalau dibandingkan dengan demand gaji fresh grad sekarang. Expected salary yang dalam resume pun dah terang-terang letak RM5,000. Kau ingat!? Masa first resume aku dulu pun letak RM900 je. Lepas tu baru ubah ke RM1,500. Itu pun dalam bracket ( ) tulis 'negotiation'. Takut lah kalau interviewer tersentap tengok banyak sangat gaji yang kau minta tu


 Pic cr: pintrest (shalmioh1)

Cung Cấp Ảnh Để Design Bìa Truyện  Những ảnh có thể dùng làm bìa truy… #ngẫunhiên #Ngẫu nhiên #amreading #books #wattpad




Post a Comment

3 Comments

Puan Kutu said…
Pengalaman dah byk..baru boleh demand gaji tinggi.macam u la bro.hahaha
shasafiez said…
@Puan Kutu : Totally right! kan....
Unknown said…
mmg setuju dgn artikel ni