Friday, July 22, 2016

Cara buat ayam goreng macam KFC dan McDonald

Post update:

Cara buat pizza macam Domino dan Pizza Hut


---

Dalam sebulan tak sah kalau tak makan ayam goreng KFC? atau anak-anak memang peminat tegar makanan segera 'fastfood' ayam goreng KFC atau McDonald? Penat lah tiap-taip hari kena spend duit pada makanan yang sebenarnya 'anda' sendiri boleh buat. Tak percaya!?

Jom belajar dan mulakan kelas masakan kita.

**Langkah 1**
Bahan-bahan untuk perapan ayam:

1 ekor ayam - boleh dapat 10 bahagian
8 ulas bawang putih - tumbuk
1 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar serbuk cili
1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk perasa - jika perlu
Sedikit air - jika perlu

Cara-caranya:
Gaulkan kesemua bahan dan perap bersama ayam. Perapan dalam 1 jam. Tutup perapan dan simpan dalam peti atau dalam suhu bilik.


**Langkah 2**
Bahan-bahan untuk salut ayam (rangup)

Bahan A:
2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu besar serbuk kari
1/2 sudu besar serbuk cili
1/2 sudu teh soda bikabonat
1 sudu teh garam

Bahan B:
1 biji telur

Cara-caranya:
1. Masukkan kesemua (Bahan A) tepung jagung, tepung gandum, serbuk kari, serbuk cili, soda bikabonat dan garam dalam satu bekas. Kacau rata kesemua bahan.
2. Dalam bekas berasinagan (pinggan/piring), pecah telur (Bahan B) dan kacau rata. Ia dijadikan sebagai 'gam' kepada ayam
3. Keluarkan perapan ayam yang tadi siap diperap selama sejam dan sedia untuk proses salut dengan Bahan A dan Bahan B
4. Celup ayam perapan dalam telur (Bahan B)
5. Kemudian salut pula dengan (Bahan A) bahan tepung yang telah digaul rata. Salut ayam dengan rata. Boleh guna garfu/sudu atau tangan.
6. Panaskan minyak dan mula untuk menggoreng (pastikan masak dalam deep fry atau periuk). Ayam perlu digoreng dalam minyak yang banyak supaya ia dapat masak sekata.
7. Bila sudah masak, toskan dan siap untuk dihidangkan.

Siap! Nak best lagi hidang bersama coslow dan potato whipped (pandai buat kan....). If tak, makan bersama sos pun dah YUMMY!

Selamat mencuba!






1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...