Awet muda

Perempuan dengan 'make up' memang tak dapat dipisahkan. Paling tidak secalit bedak mesti kena 'tepek' pada muka sebelum keluar rumah. Itu belum kena guna 'pita pelekat' nak samakan eyeliner pada setiap penjuru mata. Hah! Kau laki-laki kena ambil tahu bab-bab ni. Antara isu sensetip kaum 'hawa' selain dari isu kedut pada tudung lepas dia iron rapi, tapi kau 'terduduk' atas nya. Paham!

Even yang dah comel jelita secara 'fitrah' semulajadi pun takkan terkecuali nak menampakkan lebih cantik menawan dengan mengandakan 'makeup' pada wajah yang dah sedia cantik tu. Set-set macam ni ramai aku kenal dan jumpa. Tapi... tak boleh salahkan perempuan ni sebab memang sifat mereka as perempuan, sukakan pada kecantikan. If tak, takkan 'mok cun' sanggup ke New York nak promote bedak sejuk dia. Nampak tak kat situ!

Baik! Sebenarnya aku bukan nak promote mana-mana brand kecantikan atau 'make up' product di sini. Tetapi nak cakap perihal isu 'kecantikan' itu sendiri. Kecantikan ni bukan terletak pada bedak apa kau tepek pada muka, make up apa kau pakai, gincu warna apa kau guna.... Tetapi bagaimana nak dapatkan kecantikan yang natural tanpa gunakan sebarang produk kecantikan dengan doa dan amalan-amalan yang kadang kala kita sendiri tak sangka dan terlepas pandang. Sebagai contoh berwuduk. Bila perlu berwuduk? Yes! Sebelum hendak mendirikan solat. Tapi tahukah sebenarnya, banyak lagi amalan-amalan lain untuk kekal awet  muda dan wajah berseri.

Banyakkan doa dan amalan yang boleh dilakukan agar selalu tampil segar, terlihat awet muda dan wajah berseri-seri. Mintalah kepada Allah dengan sungguh-sungguh, insya Allah dengan izinNya. Petua ni aku kongsikan dari sumber di blog 7cahayaislam.blogspot dan perindusurga.comDoa dan amalan 1:

Dilakukan selepas solat isya'
- Ambil segelas air
- Baca al-Fatihah sekali
- Baca ayat Kursi sekali
- Baca surat al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali
- Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati 'menjaga kecantikan diri dan untuk kebahagiaan rumah tangga'

Doa dan amalan 2:

Zikir di bawah dibaca untuk kita selalu kelihatan berseri, awet muda luar dan dalam. Amalkan membaca zikir ini dengan cara seperti berikut:
- Baca 'Ya Badiyah' sekali
- Baca 'Ya Nur' sekali
- Baca 'Ya Hadi' sekali
- Baca 'Ya Allah' 3 kali
- Baca zikir di atas dan tiup ketelapak tangan. Kemudian sapu pada seluruh wajah muka. Lakukan setiap hari

Doa dan amalan 3:

Dilakukan selepas solat subuh
- Ambil segelas air
- Baca surah al-Waqiah ayat ke 35-38.
- Tiup dalam air dan minum.

Itu antara tiga amalan yang boleh dilakukan agar sentiasa kelihatan awet muda dan memiliki wajah yang berseri-seri. Lakukan dengan istiqamah dan berterusan. InsyaAllah dengan izinNya dan jangan lupa untuk selalu menjaga solat. Ingat air wuduk anda tu adalah salah satu 'rahsia' memiliki wajah berseri-seri.

Post a Comment

2 Comments

Azlinda said…
best ni..wajib cuba ni :)
Puan Kutu said…
Kena rajin je..klu dh biasa jadikan amaln benda ni tak susah.sapa tak nak cantik natural kan