Thursday, June 2, 2016

Terlajak Tidur Dan Bukan Terlajak Laris

Bangun lambat adalah satu isu BESAR yang perlu dipandang serius selain daripada hal-hal dunia yang lain. Kenapa aku cakap macam tu?

Baik...
Hal bangun lambat atau 'oversleep' memang agak sinonim dengan diri aku
Nak pulak bila kes 'oversleep' ini kena atau terjadi pada saat timing-nya sangat penting dan kritikal
Dan kadang-kadang boleh menyebabkan diri kau dalam situasi antara you 'life' or 'die'...
Scary kan...!

And that moment happen AGAIN pagi tadi
Sengal aku kembali sebab malam tadi gatal tidur lewat even dah tahu pagi ini ada event penting yang kena handle. Alam pekerjaan ini kalau tak beri alasan kukuh untuk sokong punca kelewatan tu kau orang ingat boleh lepas? Yes...! Mustahil kan... Senang cerita kita relate dengan zaman kau muda-muda dulu lah. Lewat masuk lecture kena bambu.... Lewat masuk examhall kena bambu... so, samalah dengan lewat masuk kerja. Bambu jugak la yang kau dapat. Bukan jambu..., yang tu makan sedap. Kah! Yang ni maksudnya vocab dari bahasa penang/kedah,. Bambu bermaksud marah/pukul. Contoh ayat "hang tok sah dok ketegaq, sat gi naya kena bambu. Harap paham dan jelas ya. Since, aku bukan orang penang atau kedah. Jikalau salah, maaf.... Biasalah kawan ramai guna kosa kata ni. So harap maklum!

Berbalik pada kes pagi tadi, bila terjadinya situasi macam ni biasanya aku pengang satu prinsip iaitu sendiri salah...sendiri tanggung. Jangan lupa baca doa dan buat muka yang sehabis cool dan bukannya tunjukkan muka seposen plus six percent GST. Yang muka tu buat kita tak profesional. Masuk ofis dengan gaya memang dah terlambat giler... nafas tu biar tercuap-cuap sikit. Kalau boleh kalau your bos tanya kau dah bagi hints yang kau memang rushing dan sehabis mungkin sampai ke ofis dengan awal. Jadinya untuk dapat 'minus point' jadi tipis. Or end up jadi macam aku pagi tadi bos buat tak nampak then aku berjaya! Terus duduk dan buat kerja. Said apologize is MUST... Said sorry.... Bukan susah pun.

Nanti kita throwback story 'oversleep' ni. Too memorable to be told. Haha... till then.







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...