Wednesday, June 29, 2016

Ramadhan goal di saat-saat terakhir

Hanya berbaki beberapa hari je lagi untuk kita menunaikan ibadah wajib puasa. Ramadhan akan meninggalkan kita dengan membawa Syawal. Hari kemenangan. Hari keraian. Alhamdulillah masih kuat dan belum tewas untuk mengejar pahala-pahala di 10 hari terakhir ini. Bangun malam juga aku cuba sedaya upaya untuk berdiri dan sujud kepada-Nya. Ramadhan tahun ini aku cuba untuk penuhkan dengan 'ramadhan goal' yang aku tanam sejak mula lagi.

Pertama untuk khatam 30 juzuk dan kedua bangun malam terutama dalam 10 malam terakhir ni. Masih cuba.... Masih teruskan... Harap supaya aku terus istiqomah dan kuat! 7 hari sahaja lagi ni~ Takkan nak mengaku kalah macam tu je kan!

Tapi memang syukur sangat. Untuk ramadhan goal pertama aku untuk khatam 30 juzuk, aku memang kena push untuk mengaji tiap-tiap hari at least 50 muka surat. Since, pada first place aku memang malas dan ketinggalan sikit plus sibuk dengan urusan dunia. Kerja.... Yes! Kerja! as usual yang membawa kepada perkataan 'penat'. Malu pada diri sendiri. Takkan nak sama kan aktiviti tiap-tiap bulan dengan kerja kan...? Tiap-tiap bulan busy kerja. Apa beza bulan ramadhan dengan bulan lepas? Aku sering tanya diri aku sendiri. So, dalam seminggu lepas aku cuba slowdown sedikit workload untuk task kerja aku. Last lunching event yang aku kena handle pun dah setle minggu lepas. So, boleh concentrate pada ibadah. If tak dapat waktu siang, waktu malam kena la stuggle lebih. Kau struggle 'mengaji' macam kau struggle 'study' untuk exam. Lagi last minute, lagi kau kena stuggle and stay up bangun malam, That currently what i'm doing! And dalam phone Al-Quran Apps memang dah download. Ada masa je tak kira tempat, aku ambil peluang untuk recite the quran.

Untuk ramadhan goal kedua ni pula adalah triple time aku kena push diri sendiri. Memang susah pada mulanya since aku jenis yang boleh puasa without kena bangun bersahur. Tak makan pun tak apa. Kalau bangun pun cukup sekadar untuk minum air masak (except kalau kat rumah, memang WAJIB kena kerah bangun dan makan). Jadi, untuk bangun semata untuk tahajud memang rare lah! Tapi alhamdulillah, setakat ni aku cuba dan berjaya. Mindset yang aku tanam untuk bangun malam membawa kepada tindakbalas spontan pada diri aku yang mana aku akan secara automatiknya mudah terjaga dari tidur. Dalam jam 0330 - 0430 pagi adalah timing untuk aku terjaga.

Susah...? Ya memang susah pada mulanya. Perkara yang diberi lipat kali ganda pahala takkan boleh dapat senang-senang je kan! Mesti ada sedikit pengorbanan yang kena buat. Kena ada sedikit investment yang kena buat. Tapi yang PASTI pulangan yang akan diterima adalah berbaloi...baloi.... Itu janji-Nya










No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...