Thursday, June 30, 2016

Fynn Jamal Sepi Aidilfitri

Siapa tak kenal wanita ini. Wanita yang aku respect dan nak kenal lebih rapat. Bibit-bibit bicara serta karangan ayatnya sangat mendalam dan menyentuh jiwa. Aku makin suka. Seorang ibu. Seorang insan yang kental. She is sister Fynn Jamal

Aku menulis kerana 'dia' lain sikit. Sentap cara penulisannya tapi dengan isi yang padat. Tersesan! Memang terkesan. Kalau siapa yang follow sister ni dari awal memang akan terpaut dengan cara penulisannya dan nak kenal lebih siapa insan ini. Aku kenal sister Fynn dari lagu Arjuna Beta. Kemudian lagu-lagu nya yang lain seperti Terbang Tunduk, 150 Juta, Lelaki, Sampai Tua, Pejam Mata Biar Jiwa, Suatu Pernah, Tahu, Jangan Jatuh, Biar, Sepertinya dan Kayuh

Aku tengok tajuk lagu pun dah macam dah lain macam je, memang ada cerita tersendiri. Memang ada soul yang tersendiri. Seni sister Fynn ni lain macam sikit. Macam ada 'aura' gitu. Kadang-kadang naik bulu roma dengar lagu dia ni. Aku ni tak adalah jenis orang yang sentimental sangat. Tapi dengar lagu-lagu dia ni boleh touching. Sisturr is touching u all!

And dalam banyak list lagu ni, sister Fynn pun ada buat special lagu raya. As usual kalau dengar lagu-lagu raya terutama lagu raya baru ni, aku macam tak tertarik sangat. Lebih prefer lagu-lagu lama macam lagu Saloma, MNasir, Jonet dan lain-lain yang memang klasik. Feel raya dia memang dah sebati untuk dedendang tiap-tiap kali raya. Takkan jemu. Macam dah berhantu gitu. Dah apakah! But, masa dengar lagu raya sister Fynn ni sekali lagi buat aku tertarik. 'Sepi Aidilfitri'... Tajuk macam sempoi macam mana-mana artis yang lain, tapi bila hayati lirik. Sekali lagu Sisturr is touching! Video ada di youtube: fynn jamal sepi aidilfitri. If nak sing along aku bekalkan dengan lirik dia sekali. Tapi sebelum tu izinkan aku berpantun empat kerat mengasah bakat yang dah lama terkubur.

"Dah...dah... raya ni kita kena saling gembira.
 Lagu sister Fynn pun ada keudara
 Jangan lupa stay tune sentiasa
 Sepi aidilfitri tajuk lagu darinya"

---

Lirik:

takbir dah sayu berkumandang
baju dibeli dan dipasang
senyum ditampal rapi
terpujuk sudah hati
sepi musafir aidilfitri

kalau ku ikut rasa ini
takkan ku tempuh sunyi lagi
cukuplah hidup jauh
puaslah gaduh-gaduh
sungguh ku kesa; sungguh-sungguh

hendak berserah
hendak ku pulang
hendak menyembah
sanggup ku sujud minta diampun

[c]
terbayang jelas setiap inchi
bersusun bekas dipenuhi isi
riuh gemuruh ayah ibunda
adakah sedar aku tak ada?

sudah-sudahlah membawa diri
sudah
lekas kembali

---

"Tahun ni, kita balik yok! Apa lagi yang paling teruk pun. Gaduh biasa, drama biasa, maki biasa, merajuk biasa. Kita kan dah biasa? Jadi raya ni...kita balik"






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...