Friday, June 3, 2016

Dear Youngers, Try Appreciate Your Age (Part 1)

Semua orang akan tempoh alam keanakkan, alam remaja, alam dewasa dan alam veteran. Alam yang telah atau bakal anda laluinya ini ditempohnya cuma sekali sepanjang hidup. Yang telah menempuhi akan merasai dan mungkin akan merindui. Atau ada juga yang ingin melupakannya
Manakala yang belum dan akan menempuhi nya akan bersedia dan mungkin akan merisaui nya. Atau ada juga yang mungkin tidak sempat untuk melaluinya. Kuasa di tanganNya.

Ada yang merasakannya amat singkat
Ada yang merasakannya amat lama
Terpulang kepada individu untuk memenuhkan isi kandungan masa dan detik zaman remaja mereka dengan perkara yang macam mana. Aku ulang ianya terpulang... terpulang kepada kamu.

Untuk post kali ni aku suka sentuh ketika alam remaja. Alam yang paling seronok... alam yang paling mencabar... alam yang paling menakutkan... Alam dimana kuasa dan naluri kita sebagai manusia banyak terangsang kepada semua benda tak kira yang baik dan yang JAHAT. Sengaja aku caps lock kepada perkataan 'jahat', sebab memang kita banyak kearah itu. Jangan nak tipulah~

Zaman remaja dahulu berbeza cabaran dan halangannya dengan zaman sekarang. Dahulu zaman 50an.. zaman 60an... zaman 70an... zaman 80an... zaman 90an... sampai berakhirnya generasi gen-Y

Dan zaman sekarang ialah zaman era digital iaitu era revolusi informasi. Aku panggil revolusi generasi perkembangan manusia. Infografik perbezaan generasi lampau dan masa kini mempengaruhi tindakbalas dan kesannya iaitu era dimana informasi memiliki peranan penting dan menjadi kunci di hampir setiap keputusan. Informasi menjadi barang yang sangat berharga dan memberi banyak pengaruh terhadap perubahan sosial. Ini terjadi seiring dengan perkembangan dunia teknologi yang begitu cepat, khususnya teknologi informasi. Gen-Z dan era IoT Generasi Z adalah generasi yang lahir bersamaan dengan kelahiran teknologi informasi. 

Aku risau sebenarnya, kepada adik-adik aku... Yes! Adik-adik hakak sekalian~ Akan terlalu banyak cabaran yang bakal korang tempoh nanti. Why? Because I faced it. I experienced it and I survived... Truly speaking, masa remaja ni lah saat kau nak rasa semua benda baru, nak buat benda baru, dan jumpa benda baru. Masa remaja ini lah. Apa orang cakap, darah muda. Time we always say, 'malam masih muda'. Tak rock lah kalau tak buat! Imma right...? BUT, remember... pilihan ditangan korang. Antara baik atau JAHAT sesuatu perkara itu, korang perlu pandai pilih. Atau aku perlu cakap korang HARUS pandai pilih

Sebab aku tengok kebanyakkan remaja sekarang bukan melalui atau berada dalam alam REMAJA yang sepatutnya mereka tempoh, sebaliknya mereka berada di alam DEWASA. Kenapa....?

Nanti aku sambung. Till then...






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...