Thursday, June 9, 2016

Cara buat sizzling Yee Mee special

Siapa yang suka makan hot plate, terutama sizzling yee mee? Sebenarnya tak susah pun nak buat. Yang paling penting kuah kena mantap dan sedap. Jom kita buat?

Sizzling Yee Mee


(A) Bahan-bahan untuk sos/kuah:
Ayam dipotong kecil
6 ulas bawang putih
1/2 halia dihiris halus atau ketuk
1 kiub pati ayam
3 sudu kicap cair, kicap cair takde ganti kicap kipas udang pon boleh
4 sudu sos tiram
3 sudu kicap pekat dan 1 sudu makan serbuk lada hitam
2 sudu tepung jagung
Cili kering dalam 7 biji dipotong 2 atau 3 batang
10 biji cendawan shitake. Rendam hingga lembut (cendawan ni terpulang kat korang nak letak banyak mana. Letak 6 biji pon dah cukup untuk 2 orang makan)

(B) Bahan untuk yee mee
2-3 sanggul yee mee
Sayur sawi dan telur

Cara penyediaan
1) Untuk sos:
(a)   Tumis bawang putih, halia dan cili kering sampai kekuningan
(b)   Masukkan ayam dan goreng sampai separuh masak
(c)   Masukkan air dalam 3 cawan
(d)   Masukkan sos tiram 4 sudu, kicap pekat 3 sudu, kicap kipas udang 3 sudu dan 1 sudu lada hitam yang telah dikisar/ditumbuk halus. Masukkan garam secukup rasa dan 1 kiub pati ayam (jika suka atau boleh diganti dengan serbuk perasa)
(e)   Biarkan mendidih dan sehingga ayam masak
(f)    Masukkan cendawan..biarkan dalam 2-3 minit
(g)  Masukkan air tepung jagung dalam 2 sudu dan sedikit air. Gaul rata sampai kuah jadi pekat likat

(B) Bahan untuk yee mee:
(h)   Letakkan kuah sos (A) yang sudah dimasak siap kedalam hotplate
(i)    Masuk yee mee dan sayur sawi (masak sebentar sahaja)
(j)    Pecahkan telur dalam kuah dan tutup api, dah siap untuk hiding

Bagi siapa yang tiada hotplate, boleh guna kuali biasa atau yee mee tersebut korang boleh rebus atau celur dalam air mendidih. (Hidangan untuk 2-3 orang). Selamat mencuba!





No comments: