Wednesday, June 8, 2016

Day 3: 30 Days 30 Menu - Ketam Masak Lemak Cili Padi, Kailan Ikan Masih, Kuih Lapis dan Air Limau Asam Boi

Day 3, harini kita sambung makan nasi. Menu yanag dalam fikiran sekarang adalah ketam. Kita buat ala-ala masak lemak negori. Ketam masak lemak, sound delicious right? Nom..nom..

Siapa terlepas last resepi menu untuk my challenge boleh baca di link bawah:

Day 1 : Sup Sayur, Ikan Kerapu Kukus, Kastard Jagung dan Air Sirap Bandung
Day 2 : Mee Kari Kerang, Kuih Donut Lembut dan Air Jus Tembikai

Jom mulakan resepi kita, ketam masak lemak cili padi.

Ketam Masak Lemak Cili Padi



Masak Lemak Cili Padi Ketam

Bahan-bahan:
3 ekor ketam
1 pek santan
4 -6 biji cili api kampung
1 inci kunyit hidup
Garam

Cara penyediaan:


Kisar cili padi dan kunyit bersama sedikit santan sehingga halus. Satukan semua bahan kisar bersama santan dan masak dengan api perlahan sambil sentiasa dikacau. Kemudian masukkan ketam.
Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Sayur Kailan Ikan Masin


Bahan-bahan:
1 Ketul ikan tenggiri masin ( potong dadu kecil)
1 genggam sayur kailan
2 Ulas bawang merah (dihiris halus jee)
1 Ulas bawang putih (ketuk-ketuk)
1 camca sos tiram
1/4 cawan air masak
Sedikit minyak untuk menumis

Cara Penyediaan:
(a) Mula-mula masukkan minyak dan panaskan. Kemudian goreng ikan tenggiri masin tadi sehingga garing. Selepas itu masukkan bawang merah dan bawang putih goreng hingga naik bau.
(b) Kemudian, lepas beberapa ketika, masukkan sos tiram dan juga air masak. Kemudian masukkan sayur kailan.
(c) Nyalakan api kuat. Goreng sayur kailan sehingga daun sedikit layu.

(d) Angkat selepas warna kailan jadi hijau layu. Taburkan bawang goreng dan perahkan limau nipis jika mahu.

Kuih Lapis


Bahan-Bahan
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan  tepung jagung
1 cawan gula pasir
4 cawan santan (1 cwn santan pekat campurkan bersama 3 cwn air)
1/4 sudu teh garam
sedikit pewarna merah dan perisa ros

Cara penyediaan:
(a) Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
(b) Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.
(c) Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 1200ml bater) bahagi kepada 600 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.
(d) Masukkan loyang yg telah di sapu sedikit minyak ke dalam kukusan. Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 200ml adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah. K.An tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah.
(e)  Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong. Kuih lapis yang elok, boleh dimakan selapis demi selapis.

Air Limau Asam Boi


Bahan-bahan:
Asam boi (kelabu & tebal)
Limau kasturi / Lemon
Air gula secukupnya
Air secukupnya
Ais secukupnya


Cara penyediaan:
(a) Buat air gula (air + gula, masak atas dapur)
(b) Rebuskan asam boi hingga agak kembang, air sedikit je
(c) Cuci dan bersihkan buah limau kasturi/lemon, potong dan buang biji 
(d) Perah atau blend untuk dapatkan jus patinya
(e) Tapis, masukkan dalam jug
(f) Masukkan air dan air gula, kacau hingga tahap kemanisan yang korang nak.
(g) Masukkan ais, akhir sekali masukkan asam boi yang telah kembang direbus tadi. Airnya terserah, nak campur sekali boleh, tak campur pun takpe (takut faktor kemasaman)







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...