Tuesday, June 7, 2016

Day 2: 30 Days 30 Menu - Mee Kari Kerang, Kuih Donut Lembut dan Air Jus Tembikai

Day 2, kita buat menu mee kari kerang sebagai main dish. Kita buat selang seli dengan menu hidangan nasi. Balance... Hari pertama kita dah makan nasi kan? 
Mee Kari Kerang (resepi KAzie)


Bahan bahan:
1/2 ekor ayam - di potong kecil 6 sb rempah kari daging (bancuh dg sedikit air) 1 keping asam keping 2 cawan santan pekat (guna 2 santan kotak 200ml) 5 cawan stok udang 1 kg isi kerang atau lebih 1/2 cawan minyak masak 2 keping fishcake- hiris nipis 10 ketul fish ball- belah 2 1 biji kentang - rebus & tumbuk Garam dan sedikit gula Air secukupnya  

Bahan Kisar
6 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sb cili kisar (boleh juga guna serbuk cili)
1 btg serai
2 sb udang kering- rendam & tos
1 cawan udang hidup (buang kulit & blend dengan stok udang)

Bahan Tumis
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
2 batang serai - ketuk

Bahan Untuk Mee dan Hiasan
1 kg mee kuning- celur, tos & lumur minyak menggoreng bawang
3 keping tauhu kering - digoreng & hiris nipis
2 fish cake - goreng & hiris nipis
4 biji telur - direbus & belah dua
4 biji limau kasturi - belah 2
Daun bawang dan daun sup- dihiris
Cili merah dan cili hijau - hiris
Sawi - dicelur dan tos
Taugeh - goreng tanpa minyak
Bawang goreng

Cara Penyediaan
(a) Buat stok udang dengan membuang kulit dan kepala udang dan asingkan isi. Rebus kulit dan kepala udang seketika. Kisar dengan sedikit air dan tapis airnya. Kemudian kisar isi udang dengan air rebusan kulit udang tadi. 
(b) Panaskan minyak dan tumis bahan bahan tumis. Masukkan pula bahan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan pula rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air, kacau sehingga naik bau.
(c) Masukkan 1 cawan air dan biarkan mendidih. Masukkan ayam yg di potong kecil dan biarkan sehingga empuk.
(d) Masukkan  fish cake, fish ball, stok udang dan asam keping. Biarkan sehingga mendidih, bila kuah dah mendidih masukkan santan kotak, garam dan gula.
(e) Masukkan ubi kentang yang telah ditumbuk bertujuan untuk memekatkan kuahnya.
(f) Akhir sekali masukkan kerang dan sesuaikan rasa dan kepekatan. Bolehlah tutup api, angkat dan hidangkan. Jangan masak kerang terlalu lama untuk mengelakkan ianya menjadi liat.

Cara Hidangkan mee
(a) Masukkan sedikit mee ke dalam ke dalam mangkuk. Letakkan sawi, taugeh, telur rebus dan tauhu goreng.
(b) Tuangkan kuah di atas mee tadi.
(c) Tambahkan dengan perahan jus limau kasturi. Akhir sekali taburkan daun sup, daun bawang, cili dan bawang goreng.
(d) Sedia untuk dimakan

Donut Lembut dan Gebu (resepi bonda)

Bahan-Bahan:
2 sudu kecil yis mauripan
*satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.
3 cawan tepung gandum

Cara Penyediaan:
(a) Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar.
(b) Gaulkan sekata dan lubangkan tengah-tengah tepung. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga licin atau tidak melekat ditangan.
(c) Biar kan doh didalam bekas yang bertutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
(d) Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.
(e) Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
(f) Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat.

Air Jus Tembikal


Bahan-bahan:
Buah tembikai (2 potong- dan dibuang kulit)
2/3 gelas air
Gula secukup rasa
Ketulan ais (secukupnya)

Cara penyediaan:
(a) Masukkan semua bahan kedam pengisar. Kisar sehingga semua bahan hancur
(b) Masukkan dalam cawan dan letakkan ketulan ais

Till then, selamat mencuba

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...