Tuesday, June 7, 2016

Day 1: 30 Days 30 Menu - Sup Sayur, Ikan Kerapu Kukus, Kastard Jagung dan Air Sirap Bandung

As promised, untuk berbuka pada hari pertama kita buat juadah simple dulu.

Juadah menu utama pilihan : Sup sayur
Side menu (lauk) : Ikan Kukus
Pencuci mulut : Kastart Jagung
Air Minuman : Air Sirap Bandung

Sup Sayur-sayuran campur




Bahan-bahan:
1 Batang lobak merah. Dipotong bulat
1 Biji ubi kentang (jika suka). Dikupas kulitnya dan dipotong bulat
4 Helai daun kubis (dipotong halus)
1 Tangkai daun bawang (dihiris sebagai hiasan)
1 Tangkai daun saderi (dipotong halus)
75g udang. Dibuang kulit, urat hitam ditengah dan dibersihkan.
1 Ulas bawang putih (dicincang halus)
Sedikit suun. Dipotong 2.5 cm (1 inchi) panjang dan direndam dalam air
750ml (1 1/2 pt) air masak
Garam dan lada sulah/hitam (secukup rasa)
1 Kiub ayam/sup

Cara penyediaan:
1. Menyediakan sup
   (a) Masak air di dalam periuk
   (b) Masukkan udang yang telah dibersihkan, bawang putih, lada sulah dan perisa (kiub ayam/sup) ke dalam air mendidih. Rebus bahan perlahan-lahan selama 15 minit
   (c) Masukkan bahan-bahan seperti kubis, lobak merah, ubi kentang dan suun. Rendihkan sup sehingga suun lembut. Biar semua bahan masak selama 5 minit lagi.
   (d) Angkat hidangan dan hias dengan daun bawang.
 
Ikan Kukus



Bahan-bahan:
1 Ekor ikan kerapu/bawal putih (dibersihkan)
1 Hiris halia (dihiris halus)
2 Ulas bawang putih (dicencang halus)
2 kaki cendawan/kulat (jika suka) dihiris halus
1 Helai daun bawang dan lada besar (dihiris halius) sebagai hiasan
1 camt taucu (jika suka) atau boleh diganti dengan sos tiram
1 camt kicap cair, garam, serbuk lada sulah (secukup rasa)
Kuali/pengukus untuk mengukus

Cara penyediaan:
(a) Didihkan air untuk mengukus. Biar sehingga air mendidih
(b) Perapkan dan perasakan ikan dengan garam, tauchu/sos tiram, lada sulah  serbuk perasa (jika suka) . Biar seketika
(c) Letakkan ikan kedalam pinggan enamel atau loyang.
(d) Apabila air sudah mendidih, masukkan ikan yang telah diperamp tadi
(e) Kukus ikan selama 10-20 minit bergantung kepada saiz ikan (Tips ikan telah masak: mata akan akan tersembul keluar)
(f) Angkat ikan, hias dengan daun bawang/lada besar dan siap untuk dihidang

Kastart Jagung



Bahan-bahan:
30g (1 camb penuh) tepung jagung
45g (1 1/2 camb) gula
1 camb krim jagung dalam tin
180ml (6 oz) susu cair/santan kelapa (1/4 biji kelapa)
Secubit garam
Pewarna kuning (jika perlu)
Sedikit esen vanila

Cara penyediaan:
1. Menyediakan bancuhan tepung jagung
   (a) 60ml susu cair atau santan kelapa (jika suka) dan tambahkan garam
   (b) Kacau susu/santan dengan tepung jagung hingga sebati dalam mangkuk adunan
2. Menyediakan kastard
   (a) Masukkan baki susu cair tadi (120ml) ke dalam periuk. Kacau sehingga mendidih
   (b) Masukkan bahan (a) kedalam bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga sebati dan pekat
   (c) Masak bancuhan kedalam periuk selama seminit
   (d) Masukkan gula, krim jagung, esen vanila dan pewarna kuning (jika suka). Kacau rata sehingga sebati dan pekat.
   (e) Angkat bancuhan dan tuang kedalam acuan loyang atau bekas yang sesuai
   (f) Biar bahan sejuk dan dipotong (ikut suka)

Air Sirap Bandung



Bahan-bahan:
280ml (1/2 tin) susu cair
560ml (1 cawan) air masak
Pewarna merah sirap/ros
Gula (jika suka)
Susu pekat (jika suka)
Ais

Cara Penyediaan:
(a) Masukkan susu cair, pewarna merah/ros, gula/susu pekat (jika perlu) dan pewarna sirap kedalam air masak
(b) Masukkan ais dan siap untuk dihidang

Till then, selamat mencuba




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...