Tuesday, June 28, 2016

Bila "Dia" memang akan menang

Bila ada seorang pakar makanan yang diiktiraf dalam keluarga, maka soal pemakan adalah KEUTAMAAN. Si pakar tersebut adalah akak aku. Kalau dia dah ada master in food nutrition kau ingat boleh makan sesuka hati nom nom jugak ke? Jawapan memang tak lah.

Kena ceramah atau talk memang selalu. Dan bagi aku, seorang yang memang aturan pemakanan yang tak terurus dan main belasah ni memang antara sasaran utama sebagai 'patient' yang berdaftar lah bagi dia. Tiap-tiap kali balik rumah, ada je yang tak kena. Underweight! Yes, itu masalahnya aku ni... Disebabkan kerja, aku memang banyak kali skip makan. And bulan puasa ni pulak, aku cuma makan 'sekadar'nya. Maksudnya, makan in small potion je. Moreh atau supper memang jarang ambil. Kiranya, makan sekali tu jelah untuk berbuka. Then, for sahur memang sangat 'rare' lah kalau aku bangun makan kecuali kalau di rumah. Kena bangun! Kena makan! Hahaha rasakan...!!! Padan muka aku.

Result memang kena pantau. Kebetulan minggu lepas dia seminggu di KL. So, peluang berbuka together-gether takkan dilepaskan. Kumpul ramai-ramai baru meriah sikit makan. Kan! Plan tempat makan selalu lah yang tempatnya kena best dan meriah. Menu pun kena yang berkenan di tekak. Satu persatu order masakan dari seafood, sayur-sayuran, desert dan disudahi dengan buah-buahan. Lengkap...

Ukeh itu memang kena salahkan naluri makan sebelum berbuka. Membuak-buak dia lain sikit dari lepas berbuka. Makanan penuh satu meja. Lepas azan pekena air segelas terus macam L E G A !~ Nikmat terasa tika mana air sejuk mengalir melalui kerongkong tekak. Dan mulalah aktiviti mengopek ketam, mengunyah sotong, menghirup sup ikan dan disudahi dengan lemparan kulit udang. Tak sampai tiga minit perut bagi signal full. Nasi sepinggan belum pun habis, senduk kedua dah mengisi tempat oleh akak aku. Dia jeling je sambil kata, "Makan banyak sikit....". Aku tepis lah dengan ayat, "mana boleh makan banyak sangat, nanti gaut". Tak sampai sesaat, laju je dia cakap, "nak ke... dapat gaut betul-betul baru tahu". Yes! Aku kalah...









No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...