Thursday, June 30, 2016

Fynn Jamal Sepi Aidilfitri

Siapa tak kenal wanita ini. Wanita yang aku respect dan nak kenal lebih rapat. Bibit-bibit bicara serta karangan ayatnya sangat mendalam dan menyentuh jiwa. Aku makin suka. Seorang ibu. Seorang insan yang kental. She is sister Fynn Jamal

Aku menulis kerana 'dia' lain sikit. Sentap cara penulisannya tapi dengan isi yang padat. Tersesan! Memang terkesan. Kalau siapa yang follow sister ni dari awal memang akan terpaut dengan cara penulisannya dan nak kenal lebih siapa insan ini. Aku kenal sister Fynn dari lagu Arjuna Beta. Kemudian lagu-lagu nya yang lain seperti Terbang Tunduk, 150 Juta, Lelaki, Sampai Tua, Pejam Mata Biar Jiwa, Suatu Pernah, Tahu, Jangan Jatuh, Biar, Sepertinya dan Kayuh

Aku tengok tajuk lagu pun dah macam dah lain macam je, memang ada cerita tersendiri. Memang ada soul yang tersendiri. Seni sister Fynn ni lain macam sikit. Macam ada 'aura' gitu. Kadang-kadang naik bulu roma dengar lagu dia ni. Aku ni tak adalah jenis orang yang sentimental sangat. Tapi dengar lagu-lagu dia ni boleh touching. Sisturr is touching u all!

And dalam banyak list lagu ni, sister Fynn pun ada buat special lagu raya. As usual kalau dengar lagu-lagu raya terutama lagu raya baru ni, aku macam tak tertarik sangat. Lebih prefer lagu-lagu lama macam lagu Saloma, MNasir, Jonet dan lain-lain yang memang klasik. Feel raya dia memang dah sebati untuk dedendang tiap-tiap kali raya. Takkan jemu. Macam dah berhantu gitu. Dah apakah! But, masa dengar lagu raya sister Fynn ni sekali lagi buat aku tertarik. 'Sepi Aidilfitri'... Tajuk macam sempoi macam mana-mana artis yang lain, tapi bila hayati lirik. Sekali lagu Sisturr is touching! Video ada di youtube: fynn jamal sepi aidilfitri. If nak sing along aku bekalkan dengan lirik dia sekali. Tapi sebelum tu izinkan aku berpantun empat kerat mengasah bakat yang dah lama terkubur.

"Dah...dah... raya ni kita kena saling gembira.
 Lagu sister Fynn pun ada keudara
 Jangan lupa stay tune sentiasa
 Sepi aidilfitri tajuk lagu darinya"

---

Lirik:

takbir dah sayu berkumandang
baju dibeli dan dipasang
senyum ditampal rapi
terpujuk sudah hati
sepi musafir aidilfitri

kalau ku ikut rasa ini
takkan ku tempuh sunyi lagi
cukuplah hidup jauh
puaslah gaduh-gaduh
sungguh ku kesa; sungguh-sungguh

hendak berserah
hendak ku pulang
hendak menyembah
sanggup ku sujud minta diampun

[c]
terbayang jelas setiap inchi
bersusun bekas dipenuhi isi
riuh gemuruh ayah ibunda
adakah sedar aku tak ada?

sudah-sudahlah membawa diri
sudah
lekas kembali

---

"Tahun ni, kita balik yok! Apa lagi yang paling teruk pun. Gaduh biasa, drama biasa, maki biasa, merajuk biasa. Kita kan dah biasa? Jadi raya ni...kita balik"






Wednesday, June 29, 2016

Ramadhan goal di saat-saat terakhir

Hanya berbaki beberapa hari je lagi untuk kita menunaikan ibadah wajib puasa. Ramadhan akan meninggalkan kita dengan membawa Syawal. Hari kemenangan. Hari keraian. Alhamdulillah masih kuat dan belum tewas untuk mengejar pahala-pahala di 10 hari terakhir ini. Bangun malam juga aku cuba sedaya upaya untuk berdiri dan sujud kepada-Nya. Ramadhan tahun ini aku cuba untuk penuhkan dengan 'ramadhan goal' yang aku tanam sejak mula lagi.

Pertama untuk khatam 30 juzuk dan kedua bangun malam terutama dalam 10 malam terakhir ni. Masih cuba.... Masih teruskan... Harap supaya aku terus istiqomah dan kuat! 7 hari sahaja lagi ni~ Takkan nak mengaku kalah macam tu je kan!

Tapi memang syukur sangat. Untuk ramadhan goal pertama aku untuk khatam 30 juzuk, aku memang kena push untuk mengaji tiap-tiap hari at least 50 muka surat. Since, pada first place aku memang malas dan ketinggalan sikit plus sibuk dengan urusan dunia. Kerja.... Yes! Kerja! as usual yang membawa kepada perkataan 'penat'. Malu pada diri sendiri. Takkan nak sama kan aktiviti tiap-tiap bulan dengan kerja kan...? Tiap-tiap bulan busy kerja. Apa beza bulan ramadhan dengan bulan lepas? Aku sering tanya diri aku sendiri. So, dalam seminggu lepas aku cuba slowdown sedikit workload untuk task kerja aku. Last lunching event yang aku kena handle pun dah setle minggu lepas. So, boleh concentrate pada ibadah. If tak dapat waktu siang, waktu malam kena la stuggle lebih. Kau struggle 'mengaji' macam kau struggle 'study' untuk exam. Lagi last minute, lagi kau kena stuggle and stay up bangun malam, That currently what i'm doing! And dalam phone Al-Quran Apps memang dah download. Ada masa je tak kira tempat, aku ambil peluang untuk recite the quran.

Untuk ramadhan goal kedua ni pula adalah triple time aku kena push diri sendiri. Memang susah pada mulanya since aku jenis yang boleh puasa without kena bangun bersahur. Tak makan pun tak apa. Kalau bangun pun cukup sekadar untuk minum air masak (except kalau kat rumah, memang WAJIB kena kerah bangun dan makan). Jadi, untuk bangun semata untuk tahajud memang rare lah! Tapi alhamdulillah, setakat ni aku cuba dan berjaya. Mindset yang aku tanam untuk bangun malam membawa kepada tindakbalas spontan pada diri aku yang mana aku akan secara automatiknya mudah terjaga dari tidur. Dalam jam 0330 - 0430 pagi adalah timing untuk aku terjaga.

Susah...? Ya memang susah pada mulanya. Perkara yang diberi lipat kali ganda pahala takkan boleh dapat senang-senang je kan! Mesti ada sedikit pengorbanan yang kena buat. Kena ada sedikit investment yang kena buat. Tapi yang PASTI pulangan yang akan diterima adalah berbaloi...baloi.... Itu janji-Nya










Tuesday, June 28, 2016

Bila "Dia" memang akan menang

Bila ada seorang pakar makanan yang diiktiraf dalam keluarga, maka soal pemakan adalah KEUTAMAAN. Si pakar tersebut adalah akak aku. Kalau dia dah ada master in food nutrition kau ingat boleh makan sesuka hati nom nom jugak ke? Jawapan memang tak lah.

Kena ceramah atau talk memang selalu. Dan bagi aku, seorang yang memang aturan pemakanan yang tak terurus dan main belasah ni memang antara sasaran utama sebagai 'patient' yang berdaftar lah bagi dia. Tiap-tiap kali balik rumah, ada je yang tak kena. Underweight! Yes, itu masalahnya aku ni... Disebabkan kerja, aku memang banyak kali skip makan. And bulan puasa ni pulak, aku cuma makan 'sekadar'nya. Maksudnya, makan in small potion je. Moreh atau supper memang jarang ambil. Kiranya, makan sekali tu jelah untuk berbuka. Then, for sahur memang sangat 'rare' lah kalau aku bangun makan kecuali kalau di rumah. Kena bangun! Kena makan! Hahaha rasakan...!!! Padan muka aku.

Result memang kena pantau. Kebetulan minggu lepas dia seminggu di KL. So, peluang berbuka together-gether takkan dilepaskan. Kumpul ramai-ramai baru meriah sikit makan. Kan! Plan tempat makan selalu lah yang tempatnya kena best dan meriah. Menu pun kena yang berkenan di tekak. Satu persatu order masakan dari seafood, sayur-sayuran, desert dan disudahi dengan buah-buahan. Lengkap...

Ukeh itu memang kena salahkan naluri makan sebelum berbuka. Membuak-buak dia lain sikit dari lepas berbuka. Makanan penuh satu meja. Lepas azan pekena air segelas terus macam L E G A !~ Nikmat terasa tika mana air sejuk mengalir melalui kerongkong tekak. Dan mulalah aktiviti mengopek ketam, mengunyah sotong, menghirup sup ikan dan disudahi dengan lemparan kulit udang. Tak sampai tiga minit perut bagi signal full. Nasi sepinggan belum pun habis, senduk kedua dah mengisi tempat oleh akak aku. Dia jeling je sambil kata, "Makan banyak sikit....". Aku tepis lah dengan ayat, "mana boleh makan banyak sangat, nanti gaut". Tak sampai sesaat, laju je dia cakap, "nak ke... dapat gaut betul-betul baru tahu". Yes! Aku kalah...









Monday, June 27, 2016

Kebanggaan

Jangan rendahkan diri jika kita fikir kita kecil
Jangan rendahkan diri jika kita fikir kita lemah
Jangan rendahkan diri jika kita fikir kita lain dari mereka

Itu kerana kita SPECIAL
Kita adalah KITA 
Yang mampu gegarkan dunia "mereka" dengan kehebatan dan semangat yang ada
Tahniah SSPians!
Tahniah Seri Puteri Symphinic Winds yang berjaya mencipta nama dan seterusnya memenangi "Gold Award, di Music Festival LA 2016 baru-baru ni

"SSPians made Malaysia proud by wining the Gold Music Awards!

Brilliant performance and sounded amazing in the Walt Disney hall. Im so proud! Well done girls. Just know that you proved so much more than being amazing musicians. My love to students, teachers and parents. This performance means a lot to me and to muslim girl all around the world. Rilek je perform kat LA terer gile macam ni! Supperb and bangga!!"









Thursday, June 16, 2016

Dear Younger, Try Appreciate Your Age (Part 2)

Short letter to my beloved adik-adik...

Dear Younger, 
Please.... you should not growth to fast. Try appreciate your age.

Regards,
Hakak adik-adik

Baik... Aku sambung kembali cerita post yang lepas. Dear Younger, Try Appreciate Your Age (Part 1)

Scary to hear and watch so many social problem occurs nowadays. And most of them are teenagers. Why? Dont you suppose to appreciate your age and life? rite....? but why you are involved with that kind of SUCK OF THINGS!

My apologize by using bad 'suck things' word here. Kecewa dan sedih sebenarnya... Ramai remaja sekarang melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan. Pergaulan bebas... itu adalah 'key access' atau 'tiket' kepada mereka yang digelar remaja. Mereka berani melakukan banyak perkara. Bagi mereka tiket remaja yang diberikan membolehkan dan melepaskan mereka bebas melakukan banyak perkara. Ayat seperti 'aku dah besar....' 'aku pandailah jaga diri sendiri...', 'aku tahulah apa yang aku buat...' adalah ayat yang sering gunakan.

Barrier antara family dan diri mereka sedikit demi sedikit semakin jauh. Dan barrier antara kawan-kawan atau teman menjadi semakin rapat. Here comes the most interesting part which is the word 'big INFLUENCE'. Siapa the big influence di kalangan mereka? Yes! You are correct.... it is called FRIENDS....

Dekat sini lah bermulanya saat kehidupan seorang remaja. Kamu akan berjumpa dengan bermacam-macam jenis orang/manusia dan makhluk. Kenapa aku gunakan makhluk....? Sebab makhluk semuanya mempunyai otak tetapi tidak mempunyai AKAL. Itu yang membezakan antara orang/manusia dengan makhluk. Tuhan menciptakan semua makhluk berotak, tetapi Tuhan hanya menciptakan AKAL hanya pada manusia. Supaya mereka dapat membezakan antara baik dan yang buruk. Harap korang jelas maksud antara manusia dan makhluk. Jika tidak dan perlukan penjelasan just lets me know.

Kawan atau teman yang bernama manusia yang perlu anda cari dan dekatkan diri. Bukan kawan atau teman yang bernama makhluk. Kerana kebanyakan dari kita hanya makhluk yang bertopengkan manusia.

Baik... aku cuma sentuh pada dasar maksud perkataan sahaja. Iaitu antara manusia dan makhluk. Simple meaning. Kalau nak mendalam lagi memang banyak yang kena penjelasan. Sebab manusia itu sendiri tidak sepenuhnya adalah layak dipanggil manusia. Rumit kan... Ya memang ianya RUMIT... Dan aku rasa cuba terangkan perihal perkara ini dengan lebih jelas nanti. Mungkin post yang akan datang

Kawan yang baik akan membawa kamu kepada perkara yang baik dan kawan yang kawan yang jahat adalah sebaliknya. Kamu akan berjumpa bermacam-macam jenis orang. Sebaya mahupun lebih tua. Lelaki mahupun perempuan. Liputan pergaulan anda semakin besar dan bebas. Kamu akan fikir dan rasa jarak interaksi bersama kawan lebih diperlukan daripada keluarga. Kerana mereka tahu dan faham apa yang mereka mahu dan rasa. Betulkan...?

Till then, continue until the next post
















My Apologize. My Challenges is FAIL

My request : cancellation in '30 Days 30 Menus' segment is successful be done . My apologize.... T.T

Sempat 4 hari je berjaya berkongsi resepi. Kekangan masa dan on off kerja luar menyebabkan aku tak dapat teruskan segment ni.




Thursday, June 9, 2016

Day 4: 30 Days 30 Menu - Sizzling Yee Mee Special, Kuih Popia Goreng Rangup dan Air Blue Ocean

Hari keempat menu tanpa nasi kita. Kita fokus pada masakan mee. Dan menu pilihan adalah Sizzling Yee Mee Special, Kuih popia dan Air blue ocean.

Terlepas menu yang lepas boleh recall kat sini:

Day 1 : Sup Sayur, Ikan Kerapu Kukus, Kastard Jagung dan Air Sirap Bandung
Day 2 : Mee Kari Kerang, Kuih Donut Lembut dan Air Jus Tembikai
Day 3 : Ketam Masak Lemak Cili Padi, Kailan Ikan Masih, Kuih Lapis dan Air Limau Asam Boi


Sizzling Yee Mee



(A) Bahan-bahan untuk sos/kuah:
Ayam dipotong kecil
6 ulas bawang putih
1/2 halia dihiris halus atau ketuk
1 kiub pati ayam
3 sudu kicap cair, kicap cair takde ganti kicap kipas udang pon boleh
4 sudu sos tiram
3 sudu kicap pekat dan 1 sudu makan serbuk lada hitam
2 sudu tepung jagung
Cili kering dalam 7 biji dipotong 2 atau 3 batang
10 biji cendawan shitake. Rendam hingga lembut (cendawan ni terpulang kat korang nak letak banyak mana. Letak 6 biji pon dah cukup untuk 2 orang makan)

(B) Bahan untuk yee mee
2-3 sanggul yee mee
Sayur sawi dan telur

Cara penyediaan
1) Untuk sos:
(a)   Tumis bawang putih, halia dan cili kering sampai kekuningan
(b)   Masukkan ayam dan goreng sampai separuh masak
(c)   Masukkan air dalam 3 cawan
(d)   Masukkan sos tiram 4 sudu, kicap pekat 3 sudu, kicap kipas udang 3 sudu dan 1 sudu lada hitam yang telah dikisar/ditumbuk halus. Masukkan garam secukup rasa dan 1 kiub pati ayam (jika suka atau boleh diganti dengan serbuk perasa)
(e)   Biarkan mendidih dan sehingga ayam masak
(f)    Masukkan cendawan..biarkan dalam 2-3 minit
(g)  Masukkan air tepung jagung dalam 2 sudu dan sedikit air. Gaul rata sampai kuah jadi pekat likat

(B) Bahan untuk yee mee:
(h)   Letakkan kuah sos (A) yang sudah dimasak siap kedalam hotplate
(i)    Masuk yee mee dan sayur sawi (masak sebentar sahaja)
(j)    Pecahkan telur dalam kuah dan tutup api, dah siap untuk hiding

Bagi siapa yang tiada hotplate, boleh guna kuali biasa atau yee mee tersebut korang boleh rebus atau celur dalam air mendidih. (Hidangan untuk 2-3 orang)

Kuih Popia Goreng



(A) Bahan popia inti sayur
1. Kulit popia

2. Sengkuang (potong panjang 1inch & halus)
3. Carrot (potong panjang 1inch & halus)
4. Tougeh atau timun (jika suka)
5. Bawang merah (jika suka)
6. Udang kering sejemput (jika suka)

Cara penyediaan:
(a) Campurkan kesemua bahan yang telah dipotong panjang dan halus kedalam bekas. Gaul sebati
(b) Letak kulit popia dan letakkan bahan (a) tadi. Amaunt tak perlu padat dan penuh. Sedang-sedang sahaja dalam 1 sudu kecil (bergantung pada saiz kulit popia yang digunakan).
(c) Lipat kemas kulit popia dan basahkan hujung kulit popia tu dengan air supaya popia korang 'seal'. Kalau tak nanti, bila goreng dia terbukak (boleh juga guna putih telur)
(d) Goreng sehingga keemasa dan siap untuk dihidang.

(B) Bahan untu sos perencah:
3sb cili kering blender
½ cawan gula pasir
Sedikit garam
Suku keeping gula Melaka (jika ada)
5 sb cuka makan (jika suka)
1 cawan air
1sb tepung jagung (untuk pekatkan kuih. Tak isi pun tak apa kalau yang sukakan kuah cair)
2 ulas bawang putih cincang
Sedikit minyak untuk menumis (1sb)

Cara penyediaan:
(a)      Masukkan sedikit minyak semua bahan kecuali tepung
(b)     Masak hingga semua bahan mendidih dan pecah minyak
(c)      Masukkan tepung jagung dan kacau rata
(d)     Masukkan secubit garam, gula pasir, gula melaka dan cuka makan
(e)      Kacau rata selama 3 minit dan siap untuk hiding

Air Blue Ocean


resipi-air-2

Bahan-bahan:
1 botol kecil minuman soda warna biru ~ ita guna air Mountendew
1 sudu besar oren Sunquick
Nata de coco secukupnya ~ anggaran 2 sudu besar untuk satu gelas
1 sudu teh biji selasih ~ rendam dgn air panas hingga kembang
Air secukupnya


Cara penyediaan:
(a) Masukkan oren Sunquick ke dalam gelas
(b) Masukkan nata de coco
(c) Tuangkan air soda biru mountendew
(d) Masukkan juga biji selasih dan ketulan air
(e) Sedia di hidangkan





30Days 30Tips Weight Lost Safe and Fast


This post is my continuation to my previous post on Challenges To MySelf for 30 Days Onward
Second slot for 'special post' is now reveal. 30Days 30Tips Weight Lost Safe and Fast. Hands up, who gain weight most during this time. No wonder right....! Not yet Raya guys... Hahaha.

Okay lets keep slim and life healthier. Can....? Let break some of summary on what is meaning of healthy eating.

'Healthy eating means eating a variety of foods that give you the nutrients you need to maintain your health, feel good, and have energy'

These nutrients include protein, carbohydrates, fat, water, vitamins, and minerals. When combined with being physically active and maintaining a healthy weight, eating well is an excellent way to help your body stay strong and healthy. If you have a history of breast cancer or are currently undergoing treatment, eating well is especially important for you. What you eat can affect your immune system, your mood, and your energy level.

Nutrition is important for everyone. 

For example:
Figs good for your Startum
Grapes good for your Lungs
Carrot good for your Eyes
Citrus good for your Breast
Avocado good for your Uterus
Celery good for your Bones
Sweet potato good for your Pancreas
Kidney/Red Beans good for your Kidney
Mushroom good for your Hearing/ears
Walnut good for your Brain
Tomato good for your Heart
Ginger good for your Stomach
  

30Days 30Tips Weight Lost Safe and Fast. Here comes my second mission ! 





Wednesday, June 8, 2016

Day 3: 30 Days 30 Menu - Ketam Masak Lemak Cili Padi, Kailan Ikan Masih, Kuih Lapis dan Air Limau Asam Boi

Day 3, harini kita sambung makan nasi. Menu yanag dalam fikiran sekarang adalah ketam. Kita buat ala-ala masak lemak negori. Ketam masak lemak, sound delicious right? Nom..nom..

Siapa terlepas last resepi menu untuk my challenge boleh baca di link bawah:

Day 1 : Sup Sayur, Ikan Kerapu Kukus, Kastard Jagung dan Air Sirap Bandung
Day 2 : Mee Kari Kerang, Kuih Donut Lembut dan Air Jus Tembikai

Jom mulakan resepi kita, ketam masak lemak cili padi.

Ketam Masak Lemak Cili Padi



Masak Lemak Cili Padi Ketam

Bahan-bahan:
3 ekor ketam
1 pek santan
4 -6 biji cili api kampung
1 inci kunyit hidup
Garam

Cara penyediaan:


Kisar cili padi dan kunyit bersama sedikit santan sehingga halus. Satukan semua bahan kisar bersama santan dan masak dengan api perlahan sambil sentiasa dikacau. Kemudian masukkan ketam.
Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Sayur Kailan Ikan Masin


Bahan-bahan:
1 Ketul ikan tenggiri masin ( potong dadu kecil)
1 genggam sayur kailan
2 Ulas bawang merah (dihiris halus jee)
1 Ulas bawang putih (ketuk-ketuk)
1 camca sos tiram
1/4 cawan air masak
Sedikit minyak untuk menumis

Cara Penyediaan:
(a) Mula-mula masukkan minyak dan panaskan. Kemudian goreng ikan tenggiri masin tadi sehingga garing. Selepas itu masukkan bawang merah dan bawang putih goreng hingga naik bau.
(b) Kemudian, lepas beberapa ketika, masukkan sos tiram dan juga air masak. Kemudian masukkan sayur kailan.
(c) Nyalakan api kuat. Goreng sayur kailan sehingga daun sedikit layu.

(d) Angkat selepas warna kailan jadi hijau layu. Taburkan bawang goreng dan perahkan limau nipis jika mahu.

Kuih Lapis


Bahan-Bahan
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan  tepung jagung
1 cawan gula pasir
4 cawan santan (1 cwn santan pekat campurkan bersama 3 cwn air)
1/4 sudu teh garam
sedikit pewarna merah dan perisa ros

Cara penyediaan:
(a) Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
(b) Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.
(c) Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 1200ml bater) bahagi kepada 600 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.
(d) Masukkan loyang yg telah di sapu sedikit minyak ke dalam kukusan. Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 200ml adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah. K.An tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah.
(e)  Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong. Kuih lapis yang elok, boleh dimakan selapis demi selapis.

Air Limau Asam Boi


Bahan-bahan:
Asam boi (kelabu & tebal)
Limau kasturi / Lemon
Air gula secukupnya
Air secukupnya
Ais secukupnya


Cara penyediaan:
(a) Buat air gula (air + gula, masak atas dapur)
(b) Rebuskan asam boi hingga agak kembang, air sedikit je
(c) Cuci dan bersihkan buah limau kasturi/lemon, potong dan buang biji 
(d) Perah atau blend untuk dapatkan jus patinya
(e) Tapis, masukkan dalam jug
(f) Masukkan air dan air gula, kacau hingga tahap kemanisan yang korang nak.
(g) Masukkan ais, akhir sekali masukkan asam boi yang telah kembang direbus tadi. Airnya terserah, nak campur sekali boleh, tak campur pun takpe (takut faktor kemasaman)







Tuesday, June 7, 2016

Day 2: 30 Days 30 Menu - Mee Kari Kerang, Kuih Donut Lembut dan Air Jus Tembikai

Day 2, kita buat menu mee kari kerang sebagai main dish. Kita buat selang seli dengan menu hidangan nasi. Balance... Hari pertama kita dah makan nasi kan? 
Mee Kari Kerang (resepi KAzie)


Bahan bahan:
1/2 ekor ayam - di potong kecil 6 sb rempah kari daging (bancuh dg sedikit air) 1 keping asam keping 2 cawan santan pekat (guna 2 santan kotak 200ml) 5 cawan stok udang 1 kg isi kerang atau lebih 1/2 cawan minyak masak 2 keping fishcake- hiris nipis 10 ketul fish ball- belah 2 1 biji kentang - rebus & tumbuk Garam dan sedikit gula Air secukupnya  

Bahan Kisar
6 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sb cili kisar (boleh juga guna serbuk cili)
1 btg serai
2 sb udang kering- rendam & tos
1 cawan udang hidup (buang kulit & blend dengan stok udang)

Bahan Tumis
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
2 batang serai - ketuk

Bahan Untuk Mee dan Hiasan
1 kg mee kuning- celur, tos & lumur minyak menggoreng bawang
3 keping tauhu kering - digoreng & hiris nipis
2 fish cake - goreng & hiris nipis
4 biji telur - direbus & belah dua
4 biji limau kasturi - belah 2
Daun bawang dan daun sup- dihiris
Cili merah dan cili hijau - hiris
Sawi - dicelur dan tos
Taugeh - goreng tanpa minyak
Bawang goreng

Cara Penyediaan
(a) Buat stok udang dengan membuang kulit dan kepala udang dan asingkan isi. Rebus kulit dan kepala udang seketika. Kisar dengan sedikit air dan tapis airnya. Kemudian kisar isi udang dengan air rebusan kulit udang tadi. 
(b) Panaskan minyak dan tumis bahan bahan tumis. Masukkan pula bahan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan pula rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air, kacau sehingga naik bau.
(c) Masukkan 1 cawan air dan biarkan mendidih. Masukkan ayam yg di potong kecil dan biarkan sehingga empuk.
(d) Masukkan  fish cake, fish ball, stok udang dan asam keping. Biarkan sehingga mendidih, bila kuah dah mendidih masukkan santan kotak, garam dan gula.
(e) Masukkan ubi kentang yang telah ditumbuk bertujuan untuk memekatkan kuahnya.
(f) Akhir sekali masukkan kerang dan sesuaikan rasa dan kepekatan. Bolehlah tutup api, angkat dan hidangkan. Jangan masak kerang terlalu lama untuk mengelakkan ianya menjadi liat.

Cara Hidangkan mee
(a) Masukkan sedikit mee ke dalam ke dalam mangkuk. Letakkan sawi, taugeh, telur rebus dan tauhu goreng.
(b) Tuangkan kuah di atas mee tadi.
(c) Tambahkan dengan perahan jus limau kasturi. Akhir sekali taburkan daun sup, daun bawang, cili dan bawang goreng.
(d) Sedia untuk dimakan

Donut Lembut dan Gebu (resepi bonda)

Bahan-Bahan:
2 sudu kecil yis mauripan
*satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.
3 cawan tepung gandum

Cara Penyediaan:
(a) Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar.
(b) Gaulkan sekata dan lubangkan tengah-tengah tepung. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga licin atau tidak melekat ditangan.
(c) Biar kan doh didalam bekas yang bertutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
(d) Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.
(e) Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
(f) Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat.

Air Jus Tembikal


Bahan-bahan:
Buah tembikai (2 potong- dan dibuang kulit)
2/3 gelas air
Gula secukup rasa
Ketulan ais (secukupnya)

Cara penyediaan:
(a) Masukkan semua bahan kedam pengisar. Kisar sehingga semua bahan hancur
(b) Masukkan dalam cawan dan letakkan ketulan ais

Till then, selamat mencuba

Day 1: 30 Days 30 Menu - Sup Sayur, Ikan Kerapu Kukus, Kastard Jagung dan Air Sirap Bandung

As promised, untuk berbuka pada hari pertama kita buat juadah simple dulu.

Juadah menu utama pilihan : Sup sayur
Side menu (lauk) : Ikan Kukus
Pencuci mulut : Kastart Jagung
Air Minuman : Air Sirap Bandung

Sup Sayur-sayuran campur




Bahan-bahan:
1 Batang lobak merah. Dipotong bulat
1 Biji ubi kentang (jika suka). Dikupas kulitnya dan dipotong bulat
4 Helai daun kubis (dipotong halus)
1 Tangkai daun bawang (dihiris sebagai hiasan)
1 Tangkai daun saderi (dipotong halus)
75g udang. Dibuang kulit, urat hitam ditengah dan dibersihkan.
1 Ulas bawang putih (dicincang halus)
Sedikit suun. Dipotong 2.5 cm (1 inchi) panjang dan direndam dalam air
750ml (1 1/2 pt) air masak
Garam dan lada sulah/hitam (secukup rasa)
1 Kiub ayam/sup

Cara penyediaan:
1. Menyediakan sup
   (a) Masak air di dalam periuk
   (b) Masukkan udang yang telah dibersihkan, bawang putih, lada sulah dan perisa (kiub ayam/sup) ke dalam air mendidih. Rebus bahan perlahan-lahan selama 15 minit
   (c) Masukkan bahan-bahan seperti kubis, lobak merah, ubi kentang dan suun. Rendihkan sup sehingga suun lembut. Biar semua bahan masak selama 5 minit lagi.
   (d) Angkat hidangan dan hias dengan daun bawang.
 
Ikan Kukus



Bahan-bahan:
1 Ekor ikan kerapu/bawal putih (dibersihkan)
1 Hiris halia (dihiris halus)
2 Ulas bawang putih (dicencang halus)
2 kaki cendawan/kulat (jika suka) dihiris halus
1 Helai daun bawang dan lada besar (dihiris halius) sebagai hiasan
1 camt taucu (jika suka) atau boleh diganti dengan sos tiram
1 camt kicap cair, garam, serbuk lada sulah (secukup rasa)
Kuali/pengukus untuk mengukus

Cara penyediaan:
(a) Didihkan air untuk mengukus. Biar sehingga air mendidih
(b) Perapkan dan perasakan ikan dengan garam, tauchu/sos tiram, lada sulah  serbuk perasa (jika suka) . Biar seketika
(c) Letakkan ikan kedalam pinggan enamel atau loyang.
(d) Apabila air sudah mendidih, masukkan ikan yang telah diperamp tadi
(e) Kukus ikan selama 10-20 minit bergantung kepada saiz ikan (Tips ikan telah masak: mata akan akan tersembul keluar)
(f) Angkat ikan, hias dengan daun bawang/lada besar dan siap untuk dihidang

Kastart Jagung



Bahan-bahan:
30g (1 camb penuh) tepung jagung
45g (1 1/2 camb) gula
1 camb krim jagung dalam tin
180ml (6 oz) susu cair/santan kelapa (1/4 biji kelapa)
Secubit garam
Pewarna kuning (jika perlu)
Sedikit esen vanila

Cara penyediaan:
1. Menyediakan bancuhan tepung jagung
   (a) 60ml susu cair atau santan kelapa (jika suka) dan tambahkan garam
   (b) Kacau susu/santan dengan tepung jagung hingga sebati dalam mangkuk adunan
2. Menyediakan kastard
   (a) Masukkan baki susu cair tadi (120ml) ke dalam periuk. Kacau sehingga mendidih
   (b) Masukkan bahan (a) kedalam bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga sebati dan pekat
   (c) Masak bancuhan kedalam periuk selama seminit
   (d) Masukkan gula, krim jagung, esen vanila dan pewarna kuning (jika suka). Kacau rata sehingga sebati dan pekat.
   (e) Angkat bancuhan dan tuang kedalam acuan loyang atau bekas yang sesuai
   (f) Biar bahan sejuk dan dipotong (ikut suka)

Air Sirap Bandung



Bahan-bahan:
280ml (1/2 tin) susu cair
560ml (1 cawan) air masak
Pewarna merah sirap/ros
Gula (jika suka)
Susu pekat (jika suka)
Ais

Cara Penyediaan:
(a) Masukkan susu cair, pewarna merah/ros, gula/susu pekat (jika perlu) dan pewarna sirap kedalam air masak
(b) Masukkan ais dan siap untuk dihidang

Till then, selamat mencuba




Monday, June 6, 2016

Challenges To MySelf for 30 Days Onward

Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada seluruh muslimin di dunia. No matter where are you stay, works, studies around this globe, selamat berpuasa. Big smile =)

Sempena bulan puasa ni aku nak buat slot 'special post'. That is the challenges to my self... Finger cross...

Special post terdiri daripada tiga tajuk berbeza. Nanti aku update satu persatu. Kah~ To reveal the 1st topic post, which is related to ramadhan.

1) Thirty Day Thirty Menu

Post ini dibuat dalam usaha berkongsi resepi yang menarik dengan korang semua. Kita buat full set meal. Dari menu hidangan utama, menu sampingan, air minuman dan kuih-muih desert. Juadah lengkap. And at the moment, aku akan selitkan sedikit perkongsian bagi beberapa juadah ringan untuk bersahur. Okay?

Since my sister is nutrition & dietaries, so beberapa menu dan tips berguna mungkin dapat membantu sedikit sebanyak. Even, kadang-kala nafsu makan ni susah nak tolak tepi, but why not we try. We take this Ramadhan as opportunities to rest & stay health. Eating good food.... Digest good food.... Plus gathering as many REWARDS ibadah during this month. Can...? Kita sama-sama cuba.

Right, here come my 1st challenge. Thirty Days Thirty Menu #30Day30Menu







Friday, June 3, 2016

Dear Youngers, Try Appreciate Your Age (Part 1)

Semua orang akan tempoh alam keanakkan, alam remaja, alam dewasa dan alam veteran. Alam yang telah atau bakal anda laluinya ini ditempohnya cuma sekali sepanjang hidup. Yang telah menempuhi akan merasai dan mungkin akan merindui. Atau ada juga yang ingin melupakannya
Manakala yang belum dan akan menempuhi nya akan bersedia dan mungkin akan merisaui nya. Atau ada juga yang mungkin tidak sempat untuk melaluinya. Kuasa di tanganNya.

Ada yang merasakannya amat singkat
Ada yang merasakannya amat lama
Terpulang kepada individu untuk memenuhkan isi kandungan masa dan detik zaman remaja mereka dengan perkara yang macam mana. Aku ulang ianya terpulang... terpulang kepada kamu.

Untuk post kali ni aku suka sentuh ketika alam remaja. Alam yang paling seronok... alam yang paling mencabar... alam yang paling menakutkan... Alam dimana kuasa dan naluri kita sebagai manusia banyak terangsang kepada semua benda tak kira yang baik dan yang JAHAT. Sengaja aku caps lock kepada perkataan 'jahat', sebab memang kita banyak kearah itu. Jangan nak tipulah~

Zaman remaja dahulu berbeza cabaran dan halangannya dengan zaman sekarang. Dahulu zaman 50an.. zaman 60an... zaman 70an... zaman 80an... zaman 90an... sampai berakhirnya generasi gen-Y

Dan zaman sekarang ialah zaman era digital iaitu era revolusi informasi. Aku panggil revolusi generasi perkembangan manusia. Infografik perbezaan generasi lampau dan masa kini mempengaruhi tindakbalas dan kesannya iaitu era dimana informasi memiliki peranan penting dan menjadi kunci di hampir setiap keputusan. Informasi menjadi barang yang sangat berharga dan memberi banyak pengaruh terhadap perubahan sosial. Ini terjadi seiring dengan perkembangan dunia teknologi yang begitu cepat, khususnya teknologi informasi. Gen-Z dan era IoT Generasi Z adalah generasi yang lahir bersamaan dengan kelahiran teknologi informasi. 

Aku risau sebenarnya, kepada adik-adik aku... Yes! Adik-adik hakak sekalian~ Akan terlalu banyak cabaran yang bakal korang tempoh nanti. Why? Because I faced it. I experienced it and I survived... Truly speaking, masa remaja ni lah saat kau nak rasa semua benda baru, nak buat benda baru, dan jumpa benda baru. Masa remaja ini lah. Apa orang cakap, darah muda. Time we always say, 'malam masih muda'. Tak rock lah kalau tak buat! Imma right...? BUT, remember... pilihan ditangan korang. Antara baik atau JAHAT sesuatu perkara itu, korang perlu pandai pilih. Atau aku perlu cakap korang HARUS pandai pilih

Sebab aku tengok kebanyakkan remaja sekarang bukan melalui atau berada dalam alam REMAJA yang sepatutnya mereka tempoh, sebaliknya mereka berada di alam DEWASA. Kenapa....?

Nanti aku sambung. Till then...






VW Vento - Car Comes With New Excellent Features & Performance

Bila sebut pasal VW atau Volkswagen memang telah terbukti dengan kekemasan interior dan exterior design kenderaannya selain daripada pretasi atau performance ciri-ciri sistem enjin, kepantasan dan keselamatan. Lengkap!

VW antara jenama yang sudah kukuh dan vateren dalam industri pembuatan kenderaan dunia. And one of  my favorite model is VW Vento.

Boleh dapatkan maklumat yang anda perlukan di sini. Atau boleh baca pada pautan link di bawah. Go check it out!

1. Harga VW Vento - Semenajung Malaysia
2. Harga VW Vento - Sabah & Serawak
3 VW Vento Leaflet 
4. VW Vento Brochures -  Model Trendline
5. VW Vento Brochures - Model Comfortline
6. VW Vento Brochures - Model Highline 















Thursday, June 2, 2016

Pay with Touch-n-Go and Get 10% Off Discount on Dunkin Donuts, Quizinn, Tony Romas and More

Tauch-n-go marketing promoting makin hari makin gempak. Selain kegunaan kad tauch-n-go untuk bayaran laluan tol, sekarang kegunaannya boleh diguna pakai di lebih daripada 100 buah kios-kios / cawangan-cawangan yang terpilih. Hanya beli, swap dan bayar. Tak ada dah nak tunggu cashier terkial-kial nak kira dan bagi balance.

Siapa yang tak tahu boleh baca post yang terdahulu kat sini
"Kegunaan Kad Touch-n-Go Yang Patut Anda Tahu Selain Bayaran Tol - Rahsia Terbongkar"

Post kali ini aku kongsikan lagi promosi menarik dari tauch-n-go yang anda perolehi. Sebarang pertanyaan lanjut dan terma syarat sila layari laman Touch-n-Go

or you can go check out Watson Malaysia as well.































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...