Tuesday, May 24, 2016

Segmen Zaman Sekolah

Dah lama tinggal bab-bab nak turut sertai post segmen macam ni
But segmen 'zaman sekolah' dari blog "itsnumigx" mengimbau betul untuk aku lakarkan dalam post
Tak pernah dibuat untuk flash back half of my life now in one post
Kau mampu?
1 tahun - tadika
5 tahun - sekolah rendah
5 tahun - sekolah menengah
5 tahun - Matric + Uni life
Oh maiii... Rasa sangat tua sekarang jugak. hahaha
Hopefully aku bukan lah yang paling tua di kalangan blogger yang sertai segmen ni
Or you could call me 'hakak' instead..... !?

Baju putih..
Kain biru.. 

Rindu sebenarnya nak nak pakai balik seragam sekolah yang dah berabad aku tinggal ni.
Hampir berpuluh tahun selepas baju pra-sekolah yang berwarna merah dan biru bertukar kepada seragam yang memang jadi dambaan budak mentah yang nak masuk alam persekolahan kan...
Okay, that was before we know lah yang stage for 'study' is not always 'that fun'
Imma right?? Hahaha

Well, I not use to go to school from started.
Crying baby!! Yeah that was sooooo 'me'
Sikit-sikit nangis... sikit-sikit bagi alasan nak ponteng sekolah... dan kalau ayah tak hantar and stay for at least 5 minute watching me through the window, memang aku tak keluar dari kereta
Dasyat tak naluri malas aku masa tu
So, younger...... jangan ikut perangai hakak yang ni

See... ni baru satu bab permulaan aku dah ke laut cerita belum lagi masuk darjah satu lagi,
And tak termasuk aktiviti join dikir barat, sukan olahraga, cinta cintu gorila, panjat pagar, curi-curi makan nasi lemak dalam kuliyah masa lect, study week yang havoc etc...
So, alternative nya kita just recall one moment for each
Baik aku ambil cerita kenangan yang paling best dan sukar di lupakan adalah zaman sekolah rendah yang word of 'study' seem fun and enjoyable

Spesifik masa darjah 6 di saat aku dan geng menubuhkan geng 6 jahanam, diwakili oleh 6 kepala-kepala yang gila-gila, paling gengster dikalangan murid, paling ayu, paling pandai, paling bangang dan paling pemalu
Disatukan menjadi geng yang sampai sekarang masih kekal sebagai kawan.
Tetapi telalu banyak cerita yang telah berlaku pada kami in the middle "of the stories" from changes of status from geng bachelor to married women, until someone you loved and stayed together from your childhood was gone forever.
Seorang telah kembali ke Rahmatullah pada 2012 - meninggal disebabkan kanser
Dua orang sudah berpunya dan ada baby masing-masing - 2014 & 2015
And tiga orang (me included. Kah!) yang masih gila but not available

6 jahanam ni bukan yang korang bayangkan dalam cerita PRamli tu, kitaorang memang geng yang baik
Dont judge a word 'jahanam' by it name ya..
Geng aku ni strongly protect kawan-kawan sekelas yang lain daripada budak-budak lelaki yang memang zaman dulu sukar sangat ishtihar perang kapur tulis, ejek-ejek nama mak bapak, tarik kerusi bila nak duduk dan lain-lain
Sengal kitaorang dulu tak macam zaman sekarang
80th 90th era.... GenY generation....
Ada sahaja perkara yang menaikan kemarahan dan kegeraman secara berjemaah
As contoh, asal kitaorang bangun je even sekejap pergi tandas then balik kelas ready lah dengan unexpected happen to your chair. If memang main duduk je merasalah duduk atas gam atau kapur yang dah diconteng pada kerusi. Habis weh kain putih berhabuk. Tu belum termasuk dalam kategori kritikal ya adik-adik. Itu cuma satu bab jahat manja je dari dyorang. Yang hyper lagi malas nak kongsi
Pengsan~~

Memori yang tak berapa best adalah bila aku kena duduk asrama
Well, like im said before, I really used to stay at home
Bab-bab kena masuk asrama ni memang zaman dah masuk matrik baru lah reti nak berjauh dengan mak ayah if tak kirim salam
Itu pun punya lah berharap dan berdoa sekiranya sekolah rendah or menengah have open their own university or matric -.-
Yes... I know...I know.... Hasrat tu takkan berlaku ~~

Masa terpaksa duduk asrama ni tingkatan 3, Program jati diri untuk pelajar PMR. Tak lama cuma 2 malam sahaja dan program bermula pada jumaat malam lepas waktu sekolah. Barang-barang memang dah siap packing dan letak dekat surau. Jadi lepas waktu sekolah ambil beg dan pergi masuk asrama
Sekolah menengah aku masa tu ada dua sesi. Sesi pagi (tingkatan 4 - 6) dan sesi petang (tingkatan 1 - 3). Pelajar pun boleh pilih untuk duduk asrama atau duduk luar (itu aku!)
Jadi nak jadikan cerita, situasi aku ketika itu sangat kekok dengan kehidupan asrama. Kami yang duduk luar ni kena menetap bersama-sama kawan yang dah duduk asrama

Time management aku memang hancur. Terkejar-kejar nak pergi mandi.... pergi dewan makan....
pergi dewan untuk sesi program.... Plus masa itu kalau buat salah je sikit-sikit nak kena denda. Sikit-sikit kena panggil depan berdiri sejam depan padang etc.
So, punyalah tak immune dengan life yang baru ni, malam jumaat tu jugak aku pitam dan pengsan. Muntah-muntah dan pening satu badan. So end up aku kena duduk surau rehat je. Program kat dewan aku tak masuk langsung.
Masuk hari kedua - Sabtu, memang tambah fobia dengan asrama sebab pagi-pagi lagi aku dah kena denda dengan abang fesi sebab lambat. Sejam kena berdiri depan padang.
Malam tu pulak ada night call. Fasi-fasi kasi brain wash kitaorang sampai pukul 2 - 3 pagi. Dengan gelap dan nyamuk nya kitaorang kena stay up. Sumpah masa tu aku rasa macam nak nangis dan nak balik! Boleh pulak ada satu slot fasi-fasi tu tinggalkan kitaorang dalam setengah jam. Motip..!? Bila aku tanya member masa tu diorang cakap "sebab nak bagi kau tu hadam apa yang fesi tu cakap dan kuatkan jati diri". Meremang bulu badan since tempat yang telah ditempatkan jauh antara satu sama lain
Hari ketiga - Ahad, program separuh hari. Pagi-pagi lagi lari depan public phone dengan duit syiling. Beratur kitaorang budak-budak duduk luar telefon mak ayah. Ingatkan diorang untuk jemput. Masa tu memang 'soul' aku dah tak ada dekat sekolah mahupun program tu. Ingat nak balik je. End up program tu memang jadi night mare bagi aku sampai bebila.

Apa-apa pun memori mengajar banyak perkara. Disimpan sebagai kenangan buat aku saat ini. Zaman persekolahan, zaman matrik, dan zaman di universiti. Masing-masing ada cerita yang tersendiri. Takkan boleh diputar kembali masa untuk kembali semula samaada untuk merasai kembali saat itu mahupun memutar kembali peristiwa di saat itu. Dongeng lah kalau ada mesin masa yang boleh bawak kau kembali ke dunia lampau. Jika ada saat mana yang kau pilih untuk kembali? Tepuk dada ~
Till then...






1 comment:

_numigx said...

Sebak igs baca.. sebab sedih + kelakar + bermakna.. ni sebab igs buat segmen ni.. nak baca tentang kisah orang and orang tu pun boleh ingat balik zaman sekolah dia.. and dia mesti hargai.. sebab mesin masa hanya dongeng belaka.. and I relly like it very much akak!! Wahh sedih T_T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...