Thursday, May 12, 2016

Give and Take - Apa yang susah!

Buat baik ni tak perlu nak rasa bersalah atau rugi
Walau sedikit pun~
Terutama bila dalam bab-bab memberi sedekah ataupun pertolongan
Tak sempit atau berkurang pun rezeki tu
Or else mungkin duit atau keselesaan yang diberi pada waktu dan detik itu bukan milik kita
Tapi milik orang lain, kita tak tahu
Ketetapan !
Sudah ditulis dan ditetapkan untuk rezeki masing-masing

Walaubagaimanana pun soalnya sekarang adalah adakalanya situasi dan keadaan membuatkan perbuatan kebaikan ini terbatas dan terbantut
Situasi dan keadaan di sini digambarkan pada masa orang meminta sedekah di tempat-tempat yang aku rasa janggal dan cara penampilan serta si peminta sukar diterima akal
Perwatakkan: budak dibawah umur, budak berpakaian warak dan beragama… walau ada yang berpakaian kemas sekalipun
Tempat: memang rawak dan tak khususnya pada satu kawasan seperti di pam-pam minyak, kedai makan dan di kawasan sekitar pejalan kaki
Kes-kes ni bukan sekali dua berlaku, tapi dah bertahun-tahun
Simpati pada mereka
Kadang-kadang mereka datang bukan semata meminta tapi ada yang membawa hasil barangan untuk di jual
Tapi belum sempat berkata ada tangan menepis dan menghalau pergi

Tepuk dada tanya diri
Aku juga begitu
Ini reality bukan cerita yang direka-reka
Boleh dilihat dan ditonton dalam dunia reality kehidupan ini

Ada kala, bila masa helaian yang diberi kepada mereka memberi kehidupan
Walaupun helaian biru nota seringgit
Itupun berkira… kenapa?
Kadang-kala nota helaian hijau juga diberi bila masanya seringgit tiada dalam dompet
Sudah memberi, tapi hati tak senang
Tak ikhlas…
Memikirkan kembali penyesalan atas pemberian kepada si peminta sebentar tadi
Jahat betul godaan dan bisikan si suara halus
Apa kata congak kembali masa memberi itu, kau mampu atau tidak mampu
Banding dengan mereka…
Dan bukan banding dengan PM atau hartawan dan jutawan
Janganlah berkira wahai hati, jangan~~
Jika tak mampu tolak dengan baik
Jangan sakiti atau keji mereka
Mereka manusia
Kau juga manusia
Kita sama-sama manusia
Jangan ingat rezeki hak mutlak kita sendiri

Ini kisah aku
Kisah ini lari sedikit dari topik diatas
Lokasi: Di pam minyak
Seorang budak lelaki remaja menghampiri
Bukan dari sudut bangunan petrol dan bukan dari jalanan yang merata
Tapi dia keluar dari kotak kenderaan bernama kereta
Meluru memberi salam dan minta jika boleh pinjam nota sepuluh
Aku perhati sekeliling dan aku scan kotak kereta yang dinaiki
Ada pemandu dan ada penumpang didalamnya
Rata-rata umur sebaya dengan remaja tersebut
Aku tanya kenapa? Dan dia jelaskan kenapa
Pinjam kerana tak cukup duit dan minyak kereta hanya cukup-cukup
Pelik tapi aku malas nak panjangkan cerita
Nota sepuluh bertukar tangan dan dia mengucapkan terima kasih serta minta no telephone bagi memudahkan urusan pulangan kembali duit yang dipinjam
Aku cakap tak perlu dan aku ikhlas
Sudah siap pam minyak, aku bergegas masuk kereta dan pecut
And know what, they follow me
Like dam!! What the h***
Since rumah aku tak jauh dah dari tempat tu aku terus buat-buat round satu kali lagi and tekan drift sikit kereta supaya tak dapat catch up
Luckily they lost me and aku terus masuk kawasan rumah



Susah kalau nak buat baik jika niat yang ikhlas tadi di rampas dengan rasa tidak percaya
Jujur aku katakan
Itu antara sebab aku jadi ‘kedekut’ tak bertempat bila situasi-situasi terjadi lagi

Till then, as far I know
Buat baik dan sedekah itu besar ganjarannya
Our bekalan for akhirat
But beware orang jahat juga kadang-kala mengambil kesempatan atas kebaikan kita tu
May God Bless ~
It’s so hard in trusting people nowadays






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...