Thursday, May 26, 2016

Bila Dah Kena Baru Nak Menyesal

Dua hari lepas dikejutkan dengan viral penyebab atau punca pembunuhan oleh pemandu-pemandu kenderaan yang tidak beretika dan mementingkan diri dengan menggunakan lorong kecemasan dan menyebabkan kenderaan ambulan terhalang
Sedih baca artikal dan berita mengenai peristiwa tersebut
Di website, facebook dah jadi viral dan si pesalah masih senyap tidak mengaku
Mereka akan sentiasa bersikap sambil lewa dan tidak bersalah kerana beranggapan punca berlakunya perkara tersebut bukan pada diri 'dia' tetapi si 'dia' yang lain
Menunding jari kepada pemandu-pemandu yang sama melakukan perbuatan tersebut
Iya... benar... jika seorang atau sebuah kenderaan sahaja yang terlibat mungkin senang masyarakat "bash" dan blame.
Tetapi sikap ini dah jadi kebiasaan. Sikap mudah tercabar.... Sikap yang mana "kalau kau boleh, aku pun boleh..." See... that is their mind set.... Sempit dan belum merdeka
Tepuk dada sendiri sekiranya anda adalah tergolong dikalangan pemandu yang sedemikian

Aku pun selalu ada secebis perasaan yang sama apabila tersangkut dalam traffic, tapi sabar lah. Bukan kau sorang je yang kat belakang dan beratur untuk jalan.
Bila lihat pada cermin pandang belakang, aku akan rasa "hmmm kereta kat belakang lagi teruk tersangkut daripada aku yang jauh kehadapan daripada mereka"
So, insaf lah kejap sikap pentingkan diri sendiri tu.

"Ala aku nak cepat...."
"Aku dah lewat okey!..."
"Aku ada hal emergency!..."

Please lah... kau ingat kami-kami yang beratur ni nak lewat sampai ke? Kita sama-sama hadap lah~ Kita sampai pada saat dan waktu yang sama, right!!

Berbalik pada kes yang di atas dimana telah melibatkan nyawa
Perkara yang tak dijangka pada hari dan masa yang meraka yang pentingkan nyawa ini melakukan cara pemanduan mereka yang begitu telah mengundang tragedi
Lorong kecemasan dijadikan sasaran lubang 'drive tru' pemandu 'ego' dan pentingkan diri pada hari tersebut sangat D.I.K.E.S.A.L.I
Mana sikap tolerangsi dan timbang?
Come on malaysian~
Tanam dan zahirkan secebis sifat budi perketi di atas jalan raya. Adab sesama pemandu yang lain. Boleh? #respect






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...