Tak pasal jadi viral

Viral. . .
Penggunaan kata viral sudah meluas dalam kalangan masyarakat
World Wide~
Jelas sekali
Dunia sekarang sangat bahaya
Sekali yang salah yang tu lah di ingat sampai mati
Ibarat ledakan bom jatuh kebumi
Sekali hentam kesan boleh cecah puluhan tahun
Cuma yang untungnya bila bom mangsa yang kena tempias adalah manusia yang berada di tempat kejadian
Kadang-kadang paling jauh pun masih boleh diterima akal

Tapi perkataan Viral ni lain sikit
Ledakan dia menjangkau semua
World Wide~
Tempiasnya memalukan si mangsa
Yang bahagia adalah si pemangsa
Kadang kala dibantu oleh jari-jari dan mata-mata yang "maya"
Aktivis-aktivis media social yang tak perlukan status pengiktirafan sebagai penyalur maklumat atau pemberita
Yang pasti semua boleh menyalurkan bahan berita tersebut
Itu belum lagi dengan tambahan resepi-resepi yang kadang-kala tak ada pada tempat asalnya berita
Tetapi ditokok-tambah oleh jari-jari dan mata-mata yang "maya" tadi

Oh sedar~
mungkin aku cuma pandang kepada yang negatif dalam aspek ini
You could agree to disagree
Kan...
And I really dont mind
Since, seperti yang aku cakap tadi lah
Kita lebih ingat kepada perkara yang buruk daripada yang baik
dan 'sekali yang salah yang tu lah di ingat sampai mati' *recall again the phase

Betul kata orang tua-tua dulu kala
Lancar mulut berkata-kata, kena tengok kiri kanan lah
Kata-kata kita ni setajam pedang
Dah terlepas cakap nak tarik balik bukan mudah
Lain lah kau pandai nak main kias atau bahasa kiasan macam berlapik bagai
Itu aku rasa zaman melayu tradisional dulu-kala je aku rasa
Zaman kesultanan yang memang kaya dengan adab percakapan yang berlapik dan berkias
Macam ni sebagai contoh

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang saya mengkuang layu
Dagang Pak Malau dagang bertempat
Dagang saya musafir lalu
(Sumber: Filem Seri Mersing)

atau

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
(Sumber: Filem Gurindam Jiwa - 1966)

Tengok susunan dan penggunaan kata yang dikeluarkan
Kau mampu~?
I bet you not
Nak samakan rangkap pantun empat kerat pun merepek susunan ayat
Ini kan pula dengan lenggok bahasa yang macam tu

Beri respect, dapat respect
Lari tajuk mungkin post aku ni rasanya *-* hu.hu..hu...

Tapi apa yang nak aku sampaikan adalah jangan lah jaja cerita orang macam "klik...klik" je
Sila usul periksa sumber
Viral is too dangerous to be thinking of ...
As like a virus
and it's really it is ...
Kita semak dari Pusat Rujukan Persuratan Melayu untuk perkataan viral ni <Link for more info>
And it is really a virus term! HUH!!
Till then


Post a Comment

0 Comments