Tuesday, March 1, 2016

Resepi Buat Jus atau Smoothie Yang Ringkas dan Sedap

Lunch break tadi aku keluar cari something untuk alas perut
Since pagi tadi dah ambil yang heavy breakfast
Jadi aku turun mart cari yogurt or juice je

On the way turun tu ada juga lalu fruit and juice bar
Jeling-jeling, kalau ada air yang aku berkenan and tak payah sampai kena turun ke mart
Then terkezut gorila jap!
Wahhh... harga sepotong buah pun kau kaut $2.50
Air jangan cakap lah
Clap...clap...clap...
Pandai bisnes ya kau Jah

Jadi turun lah juga aku demi sebotol juice
Then terfikir, besok dah tak payah nak beli-beli dah
Kalau nak buat, then bekal
Bukan susah pun.
















1. Invest atau kena ada blender
Jangan guna atau campurkan blender yang selalu korang gunakan untuk blend cili kering, bawang etc. Kalau boleh invest sedikit untuk blender khusus untuk buat minuman sahaja. Ini untuk pastikan rasa juice itu tak berubah (unchanged)

2. Buah-buahan (make sure yang masih segar untuk dapatkan kebaikan vit yang ada)
Depend on juice or smoothie yang nak dibuat dan diminum itu. Jangan lah kalau nak buat juice or smoothie oren kau letak epal atau durian lepas tu marah kenapa tak rasa oren. Yang tu memang kena sekolahkan balik.

3. (Extra) Masukkan buah-buah yang anti-inflammatory. Sebagai contoh mangosteens and cherries, yang mengandungi anti-inflammatory properties yang mampu memberi khasiat lebih seperti melegakan penyakit arthritis atau sendi. Atau buah anti-oxidant seperti berries (strawberry, blueberry, etc).  



4. Letakkan sedikit air (jika perlu) atau untuk buat minuman juice.
atau
   Letakkan ketulan air (ikut suka) untuk buat minuman smoothie. Dan boleh tambah sedikit susu segar untuk kesedapanan dan tambahan protein pada minuman.

5. Make sure siapa yang suka letak gula tu pastikan kandungan tu tak lebih dari sesudu. Or else tak perlu letak. Since manis buah tu dah ada.

6. Kalau siapa yang suka sedikit kelainan boleh letak spice seperti cinnamon tu silakan (pastikan kandungan sedikit sahaja). Aku suggest untuk kelainan untuk minuman smoothie. Untuk juice tak digalakkan. Dan ada juga yang tambah sayur-sayuran seperti tomato, lobak, sederi etc. Ikut kesesuian..


(Spices can add a new flavor to your smoothie to keep things interesting, and they’re good for you too. Some studies suggest that cinnamon can help regulate your blood sugar levels, while ginger has been credited with having anti-inflammatory properties)

7. Mix semua bahan and sedia untuk diminum.

Mudah kan. :)






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...