Friday, March 4, 2016

Kau Berpeluh Kau Berpenyakit?

Semalam terbaca artikal dari Pakar Perunding Dermatologi Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Dr. Mazlin Mohd. Baseri pasal penyakit hiperhidrosis.

Terus aku teringat member se-uni aku dulu
Dia pun ada mengalami penyakit macam ni
I thought masa tu, benda tu bukan penyakit since dia cakap
ala… ni macam kelenjar peluh aku tak macam kau
Then aku reply simple
ooo

For the second time aku perasan yang benda tu adalah penyakit since masa tu dalam kelas business math
Masa tu baru second time class and most of student tak beli lagi financial calculator yang banyak giler button-button formula
Disebabkan masa tu aku dah siap-siap pinjam dengan senior before class jadi aku antara student yang berjaya dan berdedikasi la kan
Ukeh berlagak di situ~~

So, sifat sharing is caring adalah perlu
Masa start exercise untuk calculation question my member ni nak pinjam calculator
Aku macam biasa sila-sila…”
 Tak sampai seminit dia pulangkan balik
And aku macam… dapat tak jawapan?”
Take note! sifat kedua iaitu sifat concern perlu ada masa tu
Lalalala~~

Weyh kau tunjukkan…”
I was like “huh.. okey, kau cuba. Kau tekan angka ni (tak hinggat that exercise question) then tekan button formula ni the dah dapat jawapan kau tekan another button formula ni”
Then dia cakap…ala kau tekan la. Tangan aku berpeluh. Nanti habis ur calculator kotor
I was like Huhhhh….?”
Kali ni panjang sikit harkat dia

So dari situ dia start explain nama penyakit dia as “hiperhidrosis"
Masa tu aku tak tak tahu langsung benda apa hyperhidrosis ni
Science term pulak tu, memang aku lembab sikit
And dia akan sentiasa ada spare tisu dalam bag
If dia lupa mulalah dia akan gelabah and minta kat member lain
Bila dah besar and cerdik sikit ni, barulah paham

Jadi aku nak share sikit apa sebenarnya hiperhidrosis ni ya
Kata sharing is caring kan...
Okeh, apa itu penyakit hiperhidrosis?
Penyakit hiperhidrosis, adalah penyakit yang mana keadaan fisiologi yang disebabkan oleh sistem saraf sympathetic terlalu aktif menyebabkan berlakunya pengeluaran peluh berlebihan terutama di bahagian tapak tangan, ketiak, muka, kelengkang, atau tapak kaki tidak kira sama ada dalam keadaan sejuk mahupun panas.

Wlaupun penyakit tersebut tidak menjejaskan kesihatan keseluruhan namun hiperhidrosis boleh dianggap sebagai ‘bencana’ kepada aktiviti sosial penghidapnya
Aku bagi contoh and situation untuk korang

Senario 1:
Amin, seorang eksekutif pemasaran di sebuah syarikat cari gali terkemuka. Walaupun berjawatan tinggi, dia menghadapi masalah penampilan diri. Dia lebih selesa memakai pakaian berwarna gelap kerana khuatir peluh berlebihan di bahagian ketiaknya akan mengganggu kerja harian terutama apabila perlu bertemu dengan pelanggan.

Senario 2:
Dalam situasi yang hampir sama, Faizul yang merupakan seorang pelajar kejuruteraan elektrik seringkali gagal dalam tugasannya apabila melibatkan penggunaan papan litar elektronik.
Adakala tangannya kelihatan seperti baru dibasuh. Keadaan tersebut menyukarkan Faizul untuk melaksanakan tugasan yang diberi pensyarahnya.

Senario 3:
Minah adalah merupakan pelajar jurusan pergigian. Bayangkan apabila dia menanggalkan sarung tangan, peluh bertakung di dalam sarung tangan apabila dia melakukan latihan perubatannya.





Ramai dalam kalangan kita berhadapan dengan situasi tersebut, namun kebanyakannya hanya membiarkan dan menyembunyikan sahaja tanpa menjalani sebarang rawatan. Sedangkan pada hakikatnya keadaan tersebut menjejaskan kualiti hidup masing-masing.

Punca sebenar sehingga kini masih tidak diketahui, namun ia berlaku hampir kepada kebanyakan orang. Kita tidak mengetahui bilangan sebenar penghidapnya di Malaysia tetapi di Amerika Syarikat, hampir tiga peratus populasi penduduknya menghidap hiperhidrosis.

Selagi dapat dikawal, penghidapnya memilih untuk membiarkan sahaja tanpa ingin mengetahui cara untuk merawat dan mengurangkan gejala tersebut kerana sudah terbiasa.

Ada yang langsung tidak mengetahui keadaan ini adalah satu penyakit dan beranggapan itu masalah biasa yang terjadi kepada sesiapa sahaja.

Hiperhidrosis dibahagikan kepada dua kategori iaitu hiperhidrosis setempat (focal) dan hiperhidrosis menyeluruh (general).

Hiperhidrosis setempat berlaku hanya di sesetengah kawasan badan sahaja seperti di bahagian ketiak manakala hiperhidrosis menyeluruh melibatkan keseluruhan kawasan badan. Biasanya keadaan tersebut berlaku kerana tindak balas daripada penyakit-penyakit lain yang dihadapi penghidap.

Dalam sesetengah kes, hiperhidrosis berlaku dalam kalangan keluarga kerana pembawaan genetik.
Dalam pada itu, simptom penyakit ini biasanya dapat dikesan seawal usia kanak-kanak dan awal remaja. Terdapat juga kes di mana apabila penghidap meningkat dewasa, masalah hiperhidrosis menunjukkan pengurangan gejala, namun masih tidak dapat dibuktikan lagi.

Hiperhidrosis tidak boleh dipandang ringan kerana walaupun tidak membahayakan nyawa, penyakit itu boleh menjejaskan kehidupan individu terbabit. Jika di usia remaja, mereka boleh mengelak untuk melakukan aktiviti luar seperti bersenam atau berjoging tetapi apabila sudah memasuki alam pekerjaan, agak sukar bagi mereka untuk mengawalnya.

Penghidap hiperhidrosis sentiasa berasa tidak selesa, rendah diri dan kurang berkeyakinan untuk bertemu orang ramai apatah lagi bagi mereka yang banyak terlibat dengan majlis sosial.

Keadaan lebih teruk jika mereka berada dalam keadaan yang sangat panas atau apabila berasa gementar. Setiap hari, mereka akan bertarung untuk menyembunyikan rasa malu menerima teguran daripada orang sekeliling.

Kaedah Rawatan:
Terdapat beberapa kaedah untuk merawat hiperhidrosis seperti antiperspirant, suntikan Botulinum atau Botox, kaedah elektron Iontophoresis, teknologi gelombang mikro Miradry, laser, atau pembedahan Indoscopic Thoracic Sympathectory (ETS).

Biasanya, kaedah rawatan bergantung kepada pilihan pesakit kerana mereka boleh menjalankan mana-mana rawatan yang terdapat di Malaysia. Doktor akan berunding dengan pesakit tentang pemilihan kaedah rawatan yang bersesuaian dengan tahap peluh pesakit dan rawatan apa yang lebih memberi keselesaan kepada pesakit.

Rawatan yang paling mudah adalah dengan mendapatkan losen antiperspirant di mana-mana hospital, klinik atau farmasi. Mudah digunakan dan berkesan bagi mereka yang menghidap hiperhidrosis ringan, antiperspirant mungkin tidak dapat mengubati secara menyeluruh tetapi dapat mengurangkan gejala menjadi semakin teruk.

Ramai yang memilih untuk menjalankan pembedahan ETS yang dilakukan di bahagian dada pesakit bagi memotong atau menahan saraf yang mengawal pengeluaran peluh iaitu saraf sympathetic secara endoskopi. Walaupun bersifat kekal tetapi apa sahaja pembedahan yang dijalankan pasti ada risikonya.

Hampir 80 peratus pesakit yang menjalani pembedahan akan mengalami compensatory hyperhidrosis iaitu penghidap masih berpeluh tetapi bukan di bahagian yang dirawat namun berlaku pada bahagian lain pula. Sebagai contoh, pesakit yang pada asalnya berpeluh berlebihan di bahagian ketiak akan mengalami hiperhidrosis di bahagian tapak tangan pula selepas menjalani pembedahan.

Walaubagaimanapun, hiperhidrosis masih boleh dirawat dengan kaedah-kaedah lain melainkan benar-benar teruk dan pembedahan sahaja yang boleh membantu penghidapnya.

Kaedah lain adalah dengan membuang kelenjar peluh dengan menggunakan laser yang merawat lapisan di bawah kulit.

Individu yang menghidap hiperhidrosis disyorkan berjumpa dengan doktor agar rawatan yang sesuai dapat dilakukan. Kefahaman pesakit tentang penyakit ini dan cara-cara menanganinya sedikit sebanyak dapat membantu memulihkan keyakinan diri pesakit hiperhidrosis.

Such a good information for me kalau aku ni rajin membaca dari dulu
Ini tak, hadap facebook je kerjanya
Huuuuh...

Btw, berbalik dari story member aku tu
Memang dia ambil alternative untuk ubati penyakit dia
Ada la sekali dua she was admitted since nak lakukan pembedahan time studies
And penyakit dia beransur-ansur pulih
You go girls and however it is, i miz u larh!







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...