Wednesday, March 30, 2016

Be Yourself is The Hardest

Lama tak sembang panjang dalam ni
Bukan sebab hal negara yang perlu difikirkan
Tapi menyibukkan diri dengan hal melibatkan syarikat dan komitment
Dalam sibuk-sibuk waktu ini aku kurang beri perhatian pada family
Iya, F.A.M.I.L.Y

Terkilan rasanya
Hujung minggu ada saja alasan dari aku untuk tak dapat balik ke kampung
Bukan tak nak, hati memang memberontak mahu
Tapi seperti apa yang aku cakap tadi lah
Menyibukkan diri dengan hal melibatkan syarikat dan komitment
Nak pula aku baru masuk kerja
Tiga bulan prohibition period aku tak pass lagi
Paham-paham sendirilah, kena tunjukkan kuku dan taring komitment dahulu
Sebelum sayap kebebasan kau boleh terbang bebas di udara
I'm right....?

Mak kadang-kadang ada call
Tanya khabar
Paling tidak whatsap dari mak memang akan berbunyi dahulu tanda she give them first
Damm! Aku selalu terlewat
Aku selalu terlepas pandang
Salam pembukaan mesti mak yang win
Aku...? Cuma win dalam jawap salam sahaja
Lepas tu baru lah dapat sembang, kongsi cerita

Aku pernah rasa diri aku macam not mature enough lagi
Walau usia dah puluhan jagung (vice verse dari setahun jagung)
Kalau bab-bab melibatkan family memang aku jaga betul-betul
Memang aku cepat emotional
Tak nak mereka risau
And tak nak bagi mereka risau
That why kebanyakan perkara aku pendam sendiri, try to hide and settle sendiri
Kira buat-buat macam tough enough la kan
But sometime...
During this time there a lots of things came into my minds
And no one could listen to me
Which could jadi pendengar, yang mana position or takhta tu biasanya aku yang jadi
Sebab aku bukan jenis itu dari mula
Hidden the problem and kerisauan memang my expertise
And watak pendengar untuk masalah aku tu belum pernah muncul
Atau aku yang ego...?
Hurgh! Tak suka jadi dewasa
For now on, just let it be!






Thursday, March 10, 2016

Great! Well Done

Perkara senang kalau jarang buat atau lakukan memang jadi susah
Simple thing is to say "THANK YOU"
Tak perlu la sampai nak kena beli kad
Cakap je
Tak mahal pun kan?

If tak tahu nak cakap thanks tu..
Cakap dalam bahasa korang sendiri
"Terima kasih"...
"XieXie"...
or else

If masih tak terbuka sangat mulut tu 
Sebab takut terjatuh intan berlian kedebuk kerentang-kenting just angkat tangan or give the sign "OK" 
Senyum sikit pun tak apa dah
Orang paham

Ni tak, jangan la masam je muka tu
Tuan-tuan... puan-puan... sekalian~~

Emo weyh
Tiba-tiba kes orang potong queue beratur tadi
Aku dah bagi baik-baik
Macam "DAAA~~"  (tangan di bahu mata pandang atas)
Ucap thanks tak, senyum pun idok
Wahhh....wahhh....

Itu baru cerita potong queue time beratur personally si tuan badan ni
Kalau kes potong que masa driving?
Haaa...
Sakit hati berdouble-double la jawapnya
Celok sesuka hati tapir je 
Bila trlanggar badan or terpijak kaki boleh la kau cakap "Auchhh!"
Kereta?
Tak ke "KebommMM!" bunyinya tu kat situ jugak

Have a mercy, and respect others ya.
If you are not that kindda of person mention above
Great! Well done
Let set makan kepsi sama-sama or kalau jumpa tengah jalan kasi klip-klip lampu sikit
Haha..

Till then






Tuesday, March 8, 2016

Bila Aku Move On

Dah masuk bulan March u'oll
What have you achieved so far?
Your accomplishment setakat ni?
Haha... me? Non-hado.



Except aku dah move on dari tempat kerja lama ke new place
So... hopefully sangat this year be nice to me.
First time mula kerja di tempat baru memang macam "erkkk"
Susah nya nak suaikan diri
Dengan kerja dan environment baru yang nak kena hadam
Ter-skema kejap aku
Jadi budak giler baik seharian ukeh

My new officemate tak ramai
Seketul...seketul je
And i'm the only girl
Kahkah kan...

Then, if someone kena keluar outstation or meeting
Tinggal lah kau sorang-sorang dalam office
Tak ke kematu duduk dalam office?
And bila i'oll pulak yang kena outstation or meeting luar
Memang gumbiraaaaa nya hati ini
Ibarat macam "wahh... finally i can breath....!"
"Tengok lah dunia.... lihat dan pandang ke sini...."
Hahaha, over kau!

Totally!
Totally... vice verse dari tempat lama
Kerja bertimbun
Ad hook pulak semua tu
Kat sini macam heaven
Macam... meh la keje datang kat aku
Meh laa....
Bukan apa, u'oll pernah tak rasa kalau tak ada kerja nak dibuat masa tu lambat sangat bergerak
Nak tunggu sehari, macam mak aih...
Tak gerak-gerak jarum minit tu,
Bak kata "Tang tuuu la dari tadi"
Kalau tenung tu boleh tembus dinding ke bangunan sebelah sana
Seksa weyh nak tunggu sembilan jam office hours

Flexible
Kat sini macam tak ketat sangat compare dengan co. lama
No punch card
No tumb access
Apatah lagi DNA access
Cuma responsibility and accountability diri sendiri je
Jadi if ada meeting luar biasanya tak melekat la kat office
Dari rumah terus ke meeting location or
Dari meeting location terus ke rumah
Pandai-pandai la kau set appointment
Gitu~~
He was informed
To where... with whom
Settle...
Just bila dah dapat kepercayaan dari ur superior tu jangan ambil kesempatan
Don't broke down the trust which they give

In terms of kerja
Sekarang fokus pada bidang kerja yang tertulis pada offer letter je
Tak ada kerja bidang terjun dah
Kerja bos... bos buat
Kerja aku.... aku buat
Cuma kalau nak point lebih buat-buat la
"Bos nak saya tolong"
or
"Don't worry i do it for you"
Haaaa gitu~~

Till then
March please hold my hand and we go through this month together
February thanks for your existent





Friday, March 4, 2016

Kau Berpeluh Kau Berpenyakit?

Semalam terbaca artikal dari Pakar Perunding Dermatologi Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Dr. Mazlin Mohd. Baseri pasal penyakit hiperhidrosis.

Terus aku teringat member se-uni aku dulu
Dia pun ada mengalami penyakit macam ni
I thought masa tu, benda tu bukan penyakit since dia cakap
ala… ni macam kelenjar peluh aku tak macam kau
Then aku reply simple
ooo

For the second time aku perasan yang benda tu adalah penyakit since masa tu dalam kelas business math
Masa tu baru second time class and most of student tak beli lagi financial calculator yang banyak giler button-button formula
Disebabkan masa tu aku dah siap-siap pinjam dengan senior before class jadi aku antara student yang berjaya dan berdedikasi la kan
Ukeh berlagak di situ~~

So, sifat sharing is caring adalah perlu
Masa start exercise untuk calculation question my member ni nak pinjam calculator
Aku macam biasa sila-sila…”
 Tak sampai seminit dia pulangkan balik
And aku macam… dapat tak jawapan?”
Take note! sifat kedua iaitu sifat concern perlu ada masa tu
Lalalala~~

Weyh kau tunjukkan…”
I was like “huh.. okey, kau cuba. Kau tekan angka ni (tak hinggat that exercise question) then tekan button formula ni the dah dapat jawapan kau tekan another button formula ni”
Then dia cakap…ala kau tekan la. Tangan aku berpeluh. Nanti habis ur calculator kotor
I was like Huhhhh….?”
Kali ni panjang sikit harkat dia

So dari situ dia start explain nama penyakit dia as “hiperhidrosis"
Masa tu aku tak tak tahu langsung benda apa hyperhidrosis ni
Science term pulak tu, memang aku lembab sikit
And dia akan sentiasa ada spare tisu dalam bag
If dia lupa mulalah dia akan gelabah and minta kat member lain
Bila dah besar and cerdik sikit ni, barulah paham

Jadi aku nak share sikit apa sebenarnya hiperhidrosis ni ya
Kata sharing is caring kan...
Okeh, apa itu penyakit hiperhidrosis?
Penyakit hiperhidrosis, adalah penyakit yang mana keadaan fisiologi yang disebabkan oleh sistem saraf sympathetic terlalu aktif menyebabkan berlakunya pengeluaran peluh berlebihan terutama di bahagian tapak tangan, ketiak, muka, kelengkang, atau tapak kaki tidak kira sama ada dalam keadaan sejuk mahupun panas.

Wlaupun penyakit tersebut tidak menjejaskan kesihatan keseluruhan namun hiperhidrosis boleh dianggap sebagai ‘bencana’ kepada aktiviti sosial penghidapnya
Aku bagi contoh and situation untuk korang

Senario 1:
Amin, seorang eksekutif pemasaran di sebuah syarikat cari gali terkemuka. Walaupun berjawatan tinggi, dia menghadapi masalah penampilan diri. Dia lebih selesa memakai pakaian berwarna gelap kerana khuatir peluh berlebihan di bahagian ketiaknya akan mengganggu kerja harian terutama apabila perlu bertemu dengan pelanggan.

Senario 2:
Dalam situasi yang hampir sama, Faizul yang merupakan seorang pelajar kejuruteraan elektrik seringkali gagal dalam tugasannya apabila melibatkan penggunaan papan litar elektronik.
Adakala tangannya kelihatan seperti baru dibasuh. Keadaan tersebut menyukarkan Faizul untuk melaksanakan tugasan yang diberi pensyarahnya.

Senario 3:
Minah adalah merupakan pelajar jurusan pergigian. Bayangkan apabila dia menanggalkan sarung tangan, peluh bertakung di dalam sarung tangan apabila dia melakukan latihan perubatannya.





Ramai dalam kalangan kita berhadapan dengan situasi tersebut, namun kebanyakannya hanya membiarkan dan menyembunyikan sahaja tanpa menjalani sebarang rawatan. Sedangkan pada hakikatnya keadaan tersebut menjejaskan kualiti hidup masing-masing.

Punca sebenar sehingga kini masih tidak diketahui, namun ia berlaku hampir kepada kebanyakan orang. Kita tidak mengetahui bilangan sebenar penghidapnya di Malaysia tetapi di Amerika Syarikat, hampir tiga peratus populasi penduduknya menghidap hiperhidrosis.

Selagi dapat dikawal, penghidapnya memilih untuk membiarkan sahaja tanpa ingin mengetahui cara untuk merawat dan mengurangkan gejala tersebut kerana sudah terbiasa.

Ada yang langsung tidak mengetahui keadaan ini adalah satu penyakit dan beranggapan itu masalah biasa yang terjadi kepada sesiapa sahaja.

Hiperhidrosis dibahagikan kepada dua kategori iaitu hiperhidrosis setempat (focal) dan hiperhidrosis menyeluruh (general).

Hiperhidrosis setempat berlaku hanya di sesetengah kawasan badan sahaja seperti di bahagian ketiak manakala hiperhidrosis menyeluruh melibatkan keseluruhan kawasan badan. Biasanya keadaan tersebut berlaku kerana tindak balas daripada penyakit-penyakit lain yang dihadapi penghidap.

Dalam sesetengah kes, hiperhidrosis berlaku dalam kalangan keluarga kerana pembawaan genetik.
Dalam pada itu, simptom penyakit ini biasanya dapat dikesan seawal usia kanak-kanak dan awal remaja. Terdapat juga kes di mana apabila penghidap meningkat dewasa, masalah hiperhidrosis menunjukkan pengurangan gejala, namun masih tidak dapat dibuktikan lagi.

Hiperhidrosis tidak boleh dipandang ringan kerana walaupun tidak membahayakan nyawa, penyakit itu boleh menjejaskan kehidupan individu terbabit. Jika di usia remaja, mereka boleh mengelak untuk melakukan aktiviti luar seperti bersenam atau berjoging tetapi apabila sudah memasuki alam pekerjaan, agak sukar bagi mereka untuk mengawalnya.

Penghidap hiperhidrosis sentiasa berasa tidak selesa, rendah diri dan kurang berkeyakinan untuk bertemu orang ramai apatah lagi bagi mereka yang banyak terlibat dengan majlis sosial.

Keadaan lebih teruk jika mereka berada dalam keadaan yang sangat panas atau apabila berasa gementar. Setiap hari, mereka akan bertarung untuk menyembunyikan rasa malu menerima teguran daripada orang sekeliling.

Kaedah Rawatan:
Terdapat beberapa kaedah untuk merawat hiperhidrosis seperti antiperspirant, suntikan Botulinum atau Botox, kaedah elektron Iontophoresis, teknologi gelombang mikro Miradry, laser, atau pembedahan Indoscopic Thoracic Sympathectory (ETS).

Biasanya, kaedah rawatan bergantung kepada pilihan pesakit kerana mereka boleh menjalankan mana-mana rawatan yang terdapat di Malaysia. Doktor akan berunding dengan pesakit tentang pemilihan kaedah rawatan yang bersesuaian dengan tahap peluh pesakit dan rawatan apa yang lebih memberi keselesaan kepada pesakit.

Rawatan yang paling mudah adalah dengan mendapatkan losen antiperspirant di mana-mana hospital, klinik atau farmasi. Mudah digunakan dan berkesan bagi mereka yang menghidap hiperhidrosis ringan, antiperspirant mungkin tidak dapat mengubati secara menyeluruh tetapi dapat mengurangkan gejala menjadi semakin teruk.

Ramai yang memilih untuk menjalankan pembedahan ETS yang dilakukan di bahagian dada pesakit bagi memotong atau menahan saraf yang mengawal pengeluaran peluh iaitu saraf sympathetic secara endoskopi. Walaupun bersifat kekal tetapi apa sahaja pembedahan yang dijalankan pasti ada risikonya.

Hampir 80 peratus pesakit yang menjalani pembedahan akan mengalami compensatory hyperhidrosis iaitu penghidap masih berpeluh tetapi bukan di bahagian yang dirawat namun berlaku pada bahagian lain pula. Sebagai contoh, pesakit yang pada asalnya berpeluh berlebihan di bahagian ketiak akan mengalami hiperhidrosis di bahagian tapak tangan pula selepas menjalani pembedahan.

Walaubagaimanapun, hiperhidrosis masih boleh dirawat dengan kaedah-kaedah lain melainkan benar-benar teruk dan pembedahan sahaja yang boleh membantu penghidapnya.

Kaedah lain adalah dengan membuang kelenjar peluh dengan menggunakan laser yang merawat lapisan di bawah kulit.

Individu yang menghidap hiperhidrosis disyorkan berjumpa dengan doktor agar rawatan yang sesuai dapat dilakukan. Kefahaman pesakit tentang penyakit ini dan cara-cara menanganinya sedikit sebanyak dapat membantu memulihkan keyakinan diri pesakit hiperhidrosis.

Such a good information for me kalau aku ni rajin membaca dari dulu
Ini tak, hadap facebook je kerjanya
Huuuuh...

Btw, berbalik dari story member aku tu
Memang dia ambil alternative untuk ubati penyakit dia
Ada la sekali dua she was admitted since nak lakukan pembedahan time studies
And penyakit dia beransur-ansur pulih
You go girls and however it is, i miz u larh!







Tuesday, March 1, 2016

Resepi Buat Jus atau Smoothie Yang Ringkas dan Sedap

Lunch break tadi aku keluar cari something untuk alas perut
Since pagi tadi dah ambil yang heavy breakfast
Jadi aku turun mart cari yogurt or juice je

On the way turun tu ada juga lalu fruit and juice bar
Jeling-jeling, kalau ada air yang aku berkenan and tak payah sampai kena turun ke mart
Then terkezut gorila jap!
Wahhh... harga sepotong buah pun kau kaut $2.50
Air jangan cakap lah
Clap...clap...clap...
Pandai bisnes ya kau Jah

Jadi turun lah juga aku demi sebotol juice
Then terfikir, besok dah tak payah nak beli-beli dah
Kalau nak buat, then bekal
Bukan susah pun.
















1. Invest atau kena ada blender
Jangan guna atau campurkan blender yang selalu korang gunakan untuk blend cili kering, bawang etc. Kalau boleh invest sedikit untuk blender khusus untuk buat minuman sahaja. Ini untuk pastikan rasa juice itu tak berubah (unchanged)

2. Buah-buahan (make sure yang masih segar untuk dapatkan kebaikan vit yang ada)
Depend on juice or smoothie yang nak dibuat dan diminum itu. Jangan lah kalau nak buat juice or smoothie oren kau letak epal atau durian lepas tu marah kenapa tak rasa oren. Yang tu memang kena sekolahkan balik.

3. (Extra) Masukkan buah-buah yang anti-inflammatory. Sebagai contoh mangosteens and cherries, yang mengandungi anti-inflammatory properties yang mampu memberi khasiat lebih seperti melegakan penyakit arthritis atau sendi. Atau buah anti-oxidant seperti berries (strawberry, blueberry, etc).  



4. Letakkan sedikit air (jika perlu) atau untuk buat minuman juice.
atau
   Letakkan ketulan air (ikut suka) untuk buat minuman smoothie. Dan boleh tambah sedikit susu segar untuk kesedapanan dan tambahan protein pada minuman.

5. Make sure siapa yang suka letak gula tu pastikan kandungan tu tak lebih dari sesudu. Or else tak perlu letak. Since manis buah tu dah ada.

6. Kalau siapa yang suka sedikit kelainan boleh letak spice seperti cinnamon tu silakan (pastikan kandungan sedikit sahaja). Aku suggest untuk kelainan untuk minuman smoothie. Untuk juice tak digalakkan. Dan ada juga yang tambah sayur-sayuran seperti tomato, lobak, sederi etc. Ikut kesesuian..


(Spices can add a new flavor to your smoothie to keep things interesting, and they’re good for you too. Some studies suggest that cinnamon can help regulate your blood sugar levels, while ginger has been credited with having anti-inflammatory properties)

7. Mix semua bahan and sedia untuk diminum.

Mudah kan. :)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...