Bila kuasa tangan mula mengatasi kuasa akal

Aku bukan seorang yang senang nak luah perasaan.
Nak-nak untuk berkongsi apa-apa dengan dunia luar.
Tapi harini teringin pulak menaip.
Luah perasaan aku yang dah lama terpendam.
Macam zaman dulu.
Zaman aku rajin mencoret dalam dada blog ni.
Kisah suka, kisah duka.
Dan ada kadang-kadang tu bukan benda penting pun.
Sebaliknya…
Benda-benda kosong dan bodoh.

Satu benda yang aku sedar sekarang.
Betapa pentingnya kewujudan seorang kawan.
Atau mungkin tepat seorang teman.
Macam zaman sekolah dan uni.
Stay up sampai pukul 2, 3 pagi.
Dan kadang-kadang nak tido pun masih boleh sambung bersembang.
Kongsi segala macam kisah.
Dari sekecil-kecil sampai sebesar-besar berita.
Semuanya kepoh. Bergelak-sakan.
Tak pernah rasa penat dan mengantuk.
Yala, kalau mengantuk dalam kuliah la jadi tempat lentok kepala.

Bila fikir-fikirkan aku rindu balik saat tu.
Walaupun masa tu ramai orang cakap “student life” is so bored.
Dah la “No money!” “No life!” pula tu.
Melimpah-ruah dengan jadual sem yang padat.
Kena pula dengan assignment and quiz yang bila datang “kedebuk” sekali gus, terus kau rasa nak jadi gila.
Bila masa tu datang, bergelas-gelas kopi and nescafe kau deguk.
Semata-mata nak stay up, ulang kaji konun.
The end milo juga kau rindu.
Hahaha. Masih kanak-kanak rebina katanya.

Pastu, Bila dah tak keriuan..
Mula la kau cari talian hayat terakhir.
Pergi ketuk pintu kawan-kawan kau yang lain.
Dengan niat boleh dijadikan mentor “Tunjuk Ajarku Sifu”..
Paling tidak pun dapat soalan spot.
That how it work every time bila ada quiz and test.
Itu belum cerita kalau ada group assignment.
Lagi panjang rasanya...

Selama hampir empat tahun dikelilingi oleh kawan-kawan yang sama.
Kawan yang bila aku nangis mereka pujuk.
Bila down mereka pujuk.
Bila ketawa sama-sama ketawa.
Apa je yang tak sama.
Dari celik mata sampailah tutup mata semula, semuanya buat sama-sama.

Then, masing-masing tak sabar nak grad and start kerja.
Aku pun sama. Tak sabar nak mengkah ke alam yang dikatakan “zaman bekerjaya”.
Zaman bekerjaya yang aku lalui SEKARANG.
DETIK INI.
Nak je aku kata, what i'm feel now is totally difference.
It not fun at all.
Even now you finally have “THAT”, which I could said “money!”
But to find the same “KAWAN” like them is “impossible!”.
Atau mungkin aku yang terlalu tutup hati aku untuk kawan dengan orang?
Tak, aku rasa aku senang berkawan.
Cuma kawan yang semacan kawan belajar, aku rasa aku dah takkan jumpa lagi dah sampai mati.

Siapa cakap aku tak ada kawan masa bekerja ni.
Kawan tetap kawan.
Tapi macam aku cakap tadi, tetap tak sama.
Lagikan lain peringkat umur, lain jawatan, lain bangsa, lain agama…
Walau baik macam mana aku dengan meraka sekali pun
Walau ramai mana pun kawan-kawan keliling aku
Aku tetap rasa aku masih seorang.

Mungkin zaman dewasa ini aku sepatutnya jadi semakin matang.
Yeke??
Kadang-kadang aku rasa nak salahkan diri sendiri
Kenapa aku macam ini.

Memang sepatutnya kite pegang, cukuplah kalau ada Allah untuk aku,
Itu aku mmg tak pernah lupa.
Aku bukan tak ingat, aku alpa walhal Allah tak pernah lupa aku.

Berapa banyak kali jatuh tersungkur, kotor penuh lumpur,
Masa tu baru ingat Allah.
Menangis…
Minta di beri kekuatan bangun.
Minta dibersihkan hati.
Minta dipermudah apa yang susah.
Kerana Allah memang tak pernah lupa aku.

Tapi kerana aku manusia biasa.
Yang memang penuh ketaksempurnaan, penuh cacat cela
Aku perlu kawan

Memang aku tak punya kuasa putar balik masa.
Aku sekadar mengenang.
Bersyukur…
Aku punya kawan seperti itu dulu
Bukan bermaksud sekarang dah tak ada
Cuma mereka kini jauh...
Rindu

p/s: post yang panjang. Harap yang membaca tidak mengeluh sepertimana aku yang mengeluh ini.


Post a Comment

2 Comments

ada kalanya kita rindu waktu yang dulu...
shasafiez said…
@Farah Waheda Wahid : betul ;(