Luahan hati aku

Harini mood raya kian terasa..
Office tinggal separuh.
Ramai yang balik kampung oii.
Yang masuk pagi pun, ambil half day je.
Aku masih di sudut itu....
Kerja~

Lagu raya berkumandang~
Dari satu lagu, ke satu lagu.
Banyak versi.
Tapi yang lama juga lekat di hati.
Diselang-seli dengan ketawa sembang.
Mood kerja dah tak ada.
Jiwa dah kat kampung barangkali.
Aku...
Tetap sama.
Masih di sudut itu.. Kerja~

Jam terasa bergerak lambat.
Mata kejap-kejap merenung tepat jarum.
"bergerakkah??"
Tik... tikk...
Sesaat jam bergerak bagaikan tak ada beza.
Sebab aku masih di sudut itu.....
Kerja~

Manusia yang berlalu depan aku seorang demi seorang.
Keluar...
Masuk...
Ada yang berjalan laju.
Ada yang berjalan perlahan.
Aku cuma memerhati gelagat.
Itulah~
Sudut aku berhadapan dengan pintu keluar masuk.
Kadang kala hilang fokus.
Kerja yang sedikit pun mahu berjam-jam untuk siap.
Gangguan perasaan, bercampur baur.
"Dugaan.."
Nasib la labuuuuu....
Sebab sudut itu lah tempat aku.
Masih berkerja~

Deringan loceng rehat melegakan hati ramai pekerja.
Jumaat lagi..
Masa rehat lebih lama dari biasa.
12:45pm hingga 2.30pm
Aku menarik nafas lega.
Kekunci ditekan.. "CTRL + L"
Sudut itu akhirnya aku tinggalkan.
Tapi hanya untuk sesingkat waktu.
Sebab waktu aku mula bangun jam 1:45pm.
Tidak adil..
Kerja~

Muka merah padam.
Berlari aku meredah panas terik untuk sampai ke ofis.
Bahang mentari makin hilang bertemu dengan tiupan hawa dingin aircond.
Lega~
Kemudian sudut itu aku hampiri..
Kerusi ditarik, punggung dilabuhkan.
Bermula kembali.
Kerja~
Untuk fasa waktu kedua.
Menanti untuk deringan loceng pulang.

Akhirnya..
Selepas semua selesai.
Maklumat dan input dibentangkan.
Dia mengangguk faham dan puas hati.
Kertas-kertas kerja akhirnya di failkan.
Untuk rujukan dan rekod untuk next round battle.
Whatever.....
As long all the work done!! 
Mana aci during all of them enjoy the raya's mood in the office, i'm alone 'silently' struggling work.
Ohhhhhhh kerja~~ I hate u larhhhh!!!!

Tinggal beberapa minit jam pulang.
Semua sudah sedia dengan beg dan laptop masing-masing.
Loceng berbunyi dan semua happy.
"Selamat Hari Raya....."
"SELAMAT HARI RAYA......"
"SELAMAT HARI RAYA!!!"
Seorang demi seorang mengucapkan sebelum melangkah keluar.
Yang lelaki... yang perempuan...
Bersalam-salaman.
Kesempatan itu diambil.
Maaf dipohon...
Dengan harapan kosong....kosong....

Semua sistem di matikan.
Host unit..
Aircond...
Printer...
SemuaNYA~
Untuk ke sekian kali pada hari ini.
Hati girang..
Bibir mengukir senyuman..
Sudut itu akhirnya aku tinggalkan.
Jumpa kembali minggu hadapan.
Kerja~
SWITCH OFF!!

p/s: To all viewers yang beragama ISLAM dikesempatan ini saya "owner blog" ingin memohon ampun maaf sekiranya terdapat keterlanjuran tulisan... maklumat.... perkongsian.... bebelan.... dan semua sekaligus dari mula hingga post terkini INI dan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Post a Comment

0 Comments