Wednesday, July 9, 2014

1st Anniversary

Mula cerita:
Assalamualaikum..hai..
Datang dengan kemeja biru, shawl biru dan seluar hitam.
Skema sungguh~
Ku langkah kaki kanan dengan mulut terkumat kumit berdoa selepas diberi jalan oleh pak guard.
"cik.. awak ikut je group tu. semua budak baru masuk tuu..."
tunjuk pak guard tersengeh.

Ku toleh, dan mula bergerak ikut sekelompok jejaka-jejaka semuanya.
langkah kaki dilambatkan.
"takkan aku sorang je perempuan??"
Aku hampir mengambil langkah u-turn untuk lari.
Tiba-tiba, ada seorang perempuan tegur "baru masuk??"
"AAH!!" selamat~ detik hati aku.

Seminggu tempoh orintasi, macam-macam gelagat dan exposure aku belajar
Dalam kelas tu ada dalam 20 orang.
dan hanya 3 orang je perempuan... Azie...su... dan aku.
Haven!! ohh memang tak la.
Seminggu berlalu dan aku dicampakkan ke unit yang seperti tertera di surat tawaran.
dan bermulalah alam pekerjaan ketiga aku sejak tamat alam universiti.

.................................................................

"fza, siapkan management paper untuk projek airport tu"
"fza...hantar proposal and costing yang semalam Tuan mintak"
"fza.... prosedure tuk contact review kena ubah"
"fza.... draft surat kepada minister bla...bla...."
"fza... besok meeting u attend!"
"fza.... demo untuk event bla..bla.. tu ON. Nanti prepare"
"fza.. set appointment dengan bla..bla.... soonest possible"
"bla...........blaaa..................blaaaa.............."

..................................................................

Detik 9/7/2014:
Kembali. Azie...su.... dan aku.
Bersama~
Duduk menunggu laungan azan menandakan masuknya waktu magrib dan iftar yang ke-11
Dalam waktu yang sama, saling bertukar-tukar cerita.
Selang seli dengan gelak tawa dan jenaka.
ikatan yang dibina cukup tempoh setahun~

Happy 1st Anniversary
Here at Composites Technology Research Malaysia, Unmanned Systems Technology - UAV
 





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...